CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Status Doktor Ini Dikecam Netizen Kerana Dianggap Menyindir Orang Gemuk?

2-11-2017 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16501| Komen: 107|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Orang kita terlalu sensitif, mungkin inilah sebabnya ramai sukar berubah kepada kebaikan.Semuanya bermula apabila seorang doktor pakar, Dr Rafidah Abdullah yang sememangnya aktif di laman sosial berko ...
Orang kita terlalu sensitif, mungkin inilah sebabnya ramai sukar berubah kepada kebaikan. 

Semuanya bermula apabila seorang doktor pakar, Dr Rafidah Abdullah yang sememangnya aktif di laman sosial berkongsi situasi yang dilaluinya. 


Menerusi status di Twitter itu, doktor ini menceritakan bagaimana dia terkejut dengan orang di meja sebelah yang mempunyai BMI lebih 40, namun menikmati char kuay teow dengan tanpa bersalah. 

"Tatkala saya menjaga kalori makan popia basah (satu 90 kcal).

"Meja sebelah badan BMI >40 tapi makan char kuay teow tanpa rasa bersalah.."






Statusnya ini segera mendapat hentaman daripada para netizen. Meskipun doktor ini bertujuan memberi ingatan kepada semua namun ada yang menanggapnya sebagai 'judgemental'.

Tak kurang juga yang melabelkannya sebagai 'fatshaming'.

Sedar yang statusnya di Twitter itu mendapat kecaman netizen, Dr Rafidah sekali lagi menulis status panjang bagi menjawab kecaman tersebut. 


Katanya, dia sendiri tidak faham dengan istilah fatshaming dan apa yang dikongsikannya itu adalah bertujuan mengingatkan antara satu sama lain.

Jawapan balas kali ini mendapat banyak sokongan daripada pengikut Doktor ini di laman sosial. 

Rata-rata mereka turut berasa risau dengan sikap masyarakat negara ini yang seolah-olah tidak peduli dengan  kesihatan mereka. Malah, cepat tersentap ketika ditegur.




Apa pula pendapat anda tentang hal ini? Benarkah doktor ini bersikap menghakimi orang lain dan mengapa ramai yang cepat sentap? - CARI 

5

Bagus
2

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 2-11-2017 05:02 PM
X salah pun dia nak tegur, butthurt sgt netizen. Doc aku bgtau, punca penyakit adalah dr perut. So faham2 la
Quote PyoNaRi 2-11-2017 05:02 PM
Komen suruh pakai hijab tu win.ingat mengingati amalan mulia

Taktau nak komen apa bab ni.dari segi doktor,dia mungkin nampak risiko org tu berkemungkinan dpt penyakit bila tak control makan tp dari segi org luar,bila dicop badan besar makan banyak,sentap oiii.

I kenkadang nafsu makan menggila jugak.itu ini semua mai bedal ja.tu pun kalau badan naik sikit ja pun org dah komplen itu ini,tak jaga makan la apa la.bagus jgk makan cukup.kang tak lalu makan terus sapa nak tanggung.dah la tu,bila bdn kurus sikit bunyi pulak,sakit ka diet ka bla bla.
Quote barfi 2-11-2017 05:03 PM
Wahhh doc. Mentang2 uolllsss slim melim ya. Berani betul mengata macam tu. Teringat kes kevin zahri sound pilot gemok kat twitter gak.
Quote Chesire_Epilog 2-11-2017 05:05 PM
Kalo tak silap doktor ni juga yang bagitau jangan ambil supplement or jamu yang jual  kat luar. Mereka bukan nak anda sihat, tapi nakkan'poket' mereka sihat.

Ada betul juga dia cakap. Supplement jual kat luar terutamanya produk keluaran segera kebanyakkannya boleh  merosakkan buah pinggang
Quote barfi 2-11-2017 05:06 PM
Iols pernah kurus kering (underweight). Pernah overweight (sikit lagi nak obese) dan pernah ideal weight. So iols faham je macammana perasaan org gemok dan org slim.

Kadang2, kita takdek la makan banyak pun, makan sama jek macam org lain. Tapi kena sound tu lah kau melantak macam badak cemama nak kurus.

Bila iols dah kurus hasil diet kalori+jogging org cakap Nur, why you look weak? Why nampak sakit.. blablabala...
Quote noraidil_06 2-11-2017 05:14 PM
barfi: Wahhh doc. Mentang2 uolllsss slim melim ya. Berani betul mengata macam tu. Teringat kes kevin zahri sound pilot gemok kat twitter gak.

Dia pernah  put on weight ye. Dia bkn sentiasa slim mcm tu.  Sy sokong roc ni 100% dia sll ckp yg pedih2 tp betul.  Org gemuk mmg kuat sentap tp makan ttp maintain.
Quote prettyuglybabe 2-11-2017 05:15 PM
a bit judgemental maybe.. mana tau orang sebelah tu baru nak makan dari petang semalam..
or itu makanan dia untuk kenyangkan perut dari pagi sampai ke petang.. who knows..
lain la kalau dia nampak orang tu hari-hari 7am makan char kuey teow, 10am makan nasi lemak, 12pm makan nasi campur, 3.30pm makan roti canai, 8pm makan nasi lagi, 10pm makan roti telur, then its ok nak tegur cara pemakanan orang tu tidak sihat..
Quote bettyboops 2-11-2017 05:18 PM
been there done that..

hina okay jadi orang gemok ni.. i selalu kena dulu..

sampai satu stage, i sakit tumit + lutut.. bila jalan lama sikit, siap package termengah-mengah.. heartbeat tak payah cakap la bila dah penat kan.. padahal (masa tu) muda jugak la..

somehow, benda-benda ni lah yang triggered my mind to change.. sampai muntah-muntah terjeluwek eat healthy laa.. exercise laa.. u name it, i go for it.. but its worth my body n hard time..

sekarang, i wayyyyy kurus dari yang hina i dulu.. hahahaa.. tapi tu lah, diorg hina tang muka plak.. b*bi tau..!!

Quote ayorsuam 2-11-2017 05:18 PM
suka baca posts Dr ni on Fb. dia pun dulu debab & dia took charge of her weight.
Quote bettyboops 2-11-2017 05:23 PM
barfi replied at 2-11-2017 05:06 PM
Iols pernah kurus kering (underweight). Pernah overweight (sikit lagi nak obese) dan pernah ideal we ...

i pulak selalu je kena bila time ambik nasi letak kat pinggan, nanti ada je lah yang tegur banyak tu je u makan nasi.. selalu i reply balik cakap bertahun i nak hilangkan lemak 30kg ni babe.. so much tears tauuuu.. n diorang diam lah..
i makan nasi sesenduk.. if kena kat tekak lauk tu, i hentam jugak la dua senduk nasi..




Quote barfi 2-11-2017 05:24 PM
ayorsuam: suka baca posts Dr ni on Fb. dia pun dulu debab & dia took charge of her weight.


I pun pernah put on weight. But now i dah kurus macam sebelum kawin. Tapi i tak pernah up status fb menghina org gemok atau org makan banyak dan sebagainya. Sebab i faham perasaan diorang
Quote barfi 2-11-2017 05:27 PM
bettyboops replied at 2-11-2017 05:23 PM
i pulak selalu je kena bila time ambik nasi letak kat pinggan, nanti ada je lah yang tegur banyak  ...

I masa weight loss journey, i makan nasi 2kali sehari. Sekali makan nasi segengggam tgn. Husbnd i selalu cakap you nak kurus macammana nasi you tetap makan.

I diamkan je. Kuasa la nak explain panjang2 ttg diet kalori pada husband i. Tak sampai 4bulan i dah turun 12kg gtu. No supplement. Perut kenyang. Tak lapar pun. And now I dah kurus balik dah macam sebelum kawin dlu. Husbnd i pula yg berat makin naik. Dia siap cakap you kena ajar i la macammana nak kurus macam you buat.
Quote barfi 2-11-2017 05:28 PM
prettyuglybabe replied at 2-11-2017 05:15 PM
a bit judgemental maybe.. mana tau orang sebelah tu baru nak makan dari petang semalam..
or itu mak ...

Setuju sis.
Quote barfi 2-11-2017 05:30 PM
Pernah gemok dan dah jadi kurus sekarang bukanlah tiket utk you up status menghina org lain yg gemok ya!.

You boleh up status nasihat tapi in polite way la..
Quote helicornia 2-11-2017 05:32 PM
kt hosp pun ramai doc n nurse gemuk abis tu camne? aku penah jumpa doc hampir sama besar dgn abam
Quote RatuDunia94 2-11-2017 05:51 PM
Selayaknya.. Kutuk je Doc ummah yg gemok lg malas nk exercise tau melantak je.. Kalo boleh jerit kat depan muka deols..
Quote manjalara_01 2-11-2017 06:05 PM
teguran holier than thou tu...hari2 ade je forumers post kat forum cari ni..ahahaha...

nak tegur or saling ingat mengingati...ade mcm2 cara....

kalau ditegur dgn cara yg sesuai...org yg ditegur...x kan terasa....
Quote Super-M 2-11-2017 07:09 PM
betul lah tu...dah gemuk sila sedar diri.bukan asik cite diet..tp melantak mcm tiada lagi esok.

bg aku org gemuk akibat makan ni tak da beza dgn mat rempit..tahu kan mat rempit xguna akal ikut nafsu bawa motor preng..preng..keceper ..mati katak.

sama org gemuk..makan,makan,makan,bila sakit berangkai2 cerita ni ujian tuhan..ujian tuhan waklu..kau sakit sbb ikut nafsu perut kau lpstu salahkan tuhan.wat a joke.
Quote mommymonster82 2-11-2017 07:13 PM
Dr ni lepas da kurus skit nampak tua sgt2..

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.077989 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top