CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Tegur Cara Nabil Dan Jihan Yang 'Berlebih' Ketika Mengacara

2-11-2017 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14376| Komen: 84|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Nampaknya pengacara Nabil Ahmad masih tak terlepas lagi daripada ditegur dari masa ke masa.Bukan sahaja dari kalangan netizen, malah cef selebriti Chef Wan pun sudah 'berbunyi' dan kurang berkenan den ...
Nampaknya pengacara Nabil Ahmad masih tak terlepas lagi daripada ditegur dari masa ke masa. 

Bukan sahaja dari kalangan netizen, malah cef selebriti Chef Wan pun sudah 'berbunyi' dan kurang berkenan dengan cara pengacara itu mengendalikan program GV4. 


Kali ini, pengacara bersama, Jihan Muse juga terkena dengan komen yang diberikan oleh Chef Wan. 

“Malam tadi, barulah saya ada peluang menonton konsert minggu pertama. Saya akui memang seronok. Inilah kali pertama saya menjadi juri  untuk pertandingan seperti ini dan agak gementar jugalah.

“Dalam rasa tu, saya cuba untuk rileks dan bersikap jujur dalam setiap komen saya, cuma saya perhatikan pengacara Nabil dan Jihan ‘agak berlebih’ ketika mengacara,” kata bapa kepada Serina ini menerusi laman Instagram.



Katanya lagi, kedua hos itu seharusnya lebih bijak menjaga kata-kata dan juga perbuatan mereka ketika mengendalikan acara yang live.

“Saya rasa Nabil perlu banyak berlatih lagi. Tak manis bergurau dengan Datuk Ramli MS begitu memandangkan beliau jauh lebih berumur daripada mereka.

“Jangan buat lawak yang bukan-bukan hingga boleh menjengkelkan. Bila juri sedang komen, berilah peluang untuk kami bersuara,” tulisnya lagi. 

“Begitu juga, juri tetap, Ibu Hetty (Hetty Koes Endang) herdik sampai kata... kasi ibu omong sekarang, bisa!

“Bukan sekali tetapi dua kali perkara itu terjadi. Saya rasa beliau kecewa dengan drama-drama pengacara ini yang tak henti-henti menjadikan suasana atas pentas itu kecoh tak tentu pasal,” ujarnya. 

Foto Carian internet
Dalam pada itu, Chef Wan tidak menafikan kedua pengacara tersebut melakukan tugas dengan baik. Namun harus lebih berhati-hati di masa akan datang. 

“Tolonglah, lebih rasa hormat dengan penonton dan peserta yang lebih senior dari kamu. Kamu berdua pasangan pengacara yang bagus, jaga batasan dan jangan terlalu sangat mengusik juri,” katanya lagi. - CARI 
9

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 2-11-2017 05:55 PM
a'ah perasan jgak yg HKE tu ckp mcm tu, tp kalau tokram mmg dah biasa ngn c hajbil + jihan kan so mcm biasa ja laa iols tgok. .
Quote wana89 2-11-2017 05:55 PM
chef wan..benda ni berbangkit dari GV2 dah chef wan..kowser ler
Quote ariellin 2-11-2017 06:13 PM
Benci tokram duk beruk2 time live walu pun aku tau nabil pun lebih kurang je lawak dia
Quote Burong_Hantuk 2-11-2017 06:16 PM
cef wan pun sama
Quote RatuDunia94 2-11-2017 06:18 PM
Berapa byk thread ni?
Quote CiliPadiSedap 2-11-2017 06:56 PM
chef wan sekarang dikenali sebagai pengkritik kurang dikenali sebagai chef.

insya Allah one day nak berguru dengan chef wan masak nasi goreng tomyam sawadikap
Quote CtMaryam123 2-11-2017 07:02 PM
CiliPadiSedap replied at 2-11-2017 06:56 PM
chef wan sekarang dikenali sebagai pengkritik kurang dikenali sebagai chef.

insya Allah one day  ...

Ahahahaaa.... x apa kritikan betul kita boleh terima.. makin semangat dia kritik hehee
Quote faiz-za 2-11-2017 07:27 PM
Memang nabil makin lama makin melampau
Alasan dia baik dengan orang tu, orang tu tak kesah
Quote KelisaOren 2-11-2017 07:53 PM
Bukan nabil n jihan je tokram pun Sama...Tak patut la dia cakap perangai diaorg tu mcm beruk dlm live show....kalau kat belakang pentas nak gurau mcm tu ok la kot....ada skali tu masa dia nak Komen,nabil menyampuk dia sound nabil 'diam la beruk'....berubah jugak la muka nabil....tokram pun boleh tahan jugak kurang ajar aku rasa....yg chef wan pulak pokpek2 Tak boleh stop sampai nabil n jihan kelam kabut nak suruh dia stop bercakap....cerita pasal ex-bini dia beranak serina la, dia ceraikan ex-bini sebab ex-bini  suka menjerit la, menyampah aku dengar....maybe ramai yg suka dengar chef wan membebel tapi aku Tak berkenan....gv last week memang semak n kelam kabut
Quote Madel 2-11-2017 08:00 PM
Pakcik ni pun sama..bergurau lucah dgn acik Vida..
Geli taik telinga aku dengar org tua melawak lucah hal dlm kain
Quote cocorex 2-11-2017 08:22 PM
Ko pun sama la chef wan..dlm socmed bukan main kutuk si vida tu..bila vida tanyer depan2 tau pulak ko buat muka terkedu pastu ko pulak boleh melucah dgn vida..so pukis sgt perangai
Quote Orix 2-11-2017 08:38 PM
Kau pn sama la over mokcik wan ! Eh pokcik ! Eh ?
Quote mesmerize 2-11-2017 08:54 PM
chef wan pun buat aishah sentap malam tu sebab cakap sheols  badan besar
Quote meteorspeed 2-11-2017 08:58 PM
Iols pun perasan... Dulu jihan boleh kawal sikit si nabil tp skrg ngan dia plak terjebak..buhsan tiap tiap tahun bahan org sama
Quote sixret 2-11-2017 09:01 PM
mesmerize replied at 2-11-2017 08:54 PM
chef wan pun buat aishah sentap malam tu sebab cakap sheols  badan besar


Quote imransulaiman 2-11-2017 09:03 PM
Patutlah chef wan dah suka pada DSV... jadi juri GV4 rupanya...

Jihan tu dah bersalin ke? Saya tak tengok konsert... Hihi
Quote CiliPadiSedap 2-11-2017 09:04 PM
cocorex replied at 2-11-2017 08:22 PM
Ko pun sama la chef wan..dlm socmed bukan main kutuk si vida tu..bila vida tanyer depan2 tau pulak k ...

Telur tercooq masa jumpa lavida
Quote ALDRIN 2-11-2017 09:06 PM
Chefwan pon sama jer...drp citer janda terberanak..smpi melayan DSV..dah laa benda2 bontot..buasir semua disebut....terlebih excited plak. Patut dia tu Dato Profesor tunjuk la perangai educated sket...Tok Ram pon sama...planet of the apes jugak..
Quote amone 2-11-2017 09:06 PM
makin lama makin kurang ajar & annoying jer si nabil, jihan & tok ram... chef wan pun sama gak.. tak perlu pun nak cerita bab rumahtangga ko yg lepas tu... GV makin lama jadik makin tak best...  nak bergurau pun berpada2lah...dahlah buat live... pelbagai peringat umur tgk...tp rancangan makin haukkk.... sungguh memalukan org2 mcm ni buat keje....

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071074 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top