CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amaran Merah Dikeluarkan, Bentang Usul Tergempar

6-11-2017 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5706| Komen: 23

Description: Air di Sungai Muda di utara Seberang Perai telah melimpah ke tebing berikutan paras air meningkat kepada 5.2 meter (m) iaitu lebih satu meter dari paras maksimum biasa, 3.96m.
Air di Sungai Muda di utara Seberang Perai telah melimpah ke tebing berikutan paras air meningkat kepada 5.2 meter (m) iaitu lebih satu meter dari paras maksimum biasa, 3.96m.



Foto: mStar Online

Memetik The Star, limpahan itu menyebabkan air bah tidak surut walaupun cuaca sudah semakin baik.

Ekoran limpahan itu, amaran merah kini dikeluarkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Sementara itu, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP pada Isnin membentangkan usul tergempar di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung bencana yang melanda negeri berkenaan, lapor Bernama.



Foto: Bernama

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menggesa pihak berwajib dan pihak berkuasa tempatan untuk meneliti dan menambah baik Prosedur Operasi Standard dalam menyampaikan maklumat, menggerakkan kerja menyelamat dan penyaluran bantuan agar lebih berkesan dan cekap.

Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pula berharap agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan memberi komitmen tinggi dalam membantu masyarakat terjejas banjir.

Manakala, Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) mencadangkan papan elektronik dipasang bagi menyampaikan maklumat mengenai banjir dan ribut kepada rakyat dengan lebih pantas dan efisien sementara Soon Lip Chee (DAP-Jawi) meminta Jabatan Meteorologi Malaysia bertindak lebih pantas dalam menyalurkan maklumat. - CARI

17

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizkajura 6-11-2017 04:00 PM
Kesiannya. Tak de ke menteri2 yg letak jawatan? Sbb tak dpt benteras banjir dgn cepat????
Quote ainashiqa 6-11-2017 04:04 PM
kesiannya depa...
Quote putera_daruna 6-11-2017 04:13 PM
langit gelap dah sekarang ni.... so be prepair....
Quote saviour_09 6-11-2017 04:51 PM
semoga semuanya selamat
Quote dizzzek 6-11-2017 04:57 PM
mizkajura replied at 6-11-2017 04:00 PM
Kesiannya. Tak de ke menteri2 yg letak jawatan? Sbb tak dpt benteras banjir dgn cepat????

tgh tunggu tokong resign
Quote mizkajura 6-11-2017 06:11 PM
Mattiey la tak resign
Quote mizkajura 6-11-2017 06:12 PM
Jom pakat luluskan peruntukan. Job/geran kita bg kat warih kita

Duit untung boleh beli banglo
Quote mjla 6-11-2017 06:14 PM
Sian depa
Pakat ghamai2 nolong
Quote giyomi 6-11-2017 06:27 PM
Semolek2nya kita doakan lah yg baik2 dari wat kecaman kurang bijak.
Quote alesandra 6-11-2017 06:36 PM
aku doakan semoga keadaan semakin pulih.kesian budak2 nak amik periksa.nephew aku nak amik stpm esok...
Quote AbukRokok 6-11-2017 06:47 PM
klu tgk kat https://www.windy.com/?11.415,113.335,5
aku rasa mcm monsun timur laut dah sampai
Quote AbukRokok 6-11-2017 06:48 PM

kepimpinan melalui teladan...sapa nak resign..
Quote Jesrina 6-11-2017 08:14 PM
AbukRokok replied at 6-11-2017 06:47 PM
klu tgk kat https://www.windy.com/?11.415,113.335,5
aku rasa mcm monsun timur laut dah sampai

Xreti nak tgk camne huhuhuhu noobnye aku
Quote Mary_jane 6-11-2017 08:29 PM
Moga mangsa2 tabah hadapi dugaan ini. Pray for penang.
Quote akusukaq 6-11-2017 08:29 PM
ainashiqa replied at 6-11-2017 04:04 PM
kesiannya depa...

memang kesian sgt pada yg rosak harta benda. apa lagi yg hilang nyawa.pernah dengar kawan terpaksa bayar ribu2 repair kerete rosak sbb banjer.insuren memang tak cover
Quote Nokiaman 6-11-2017 08:53 PM
Jesrina replied at 6-11-2017 08:14 PM
Xreti nak tgk camne huhuhuhu noobnye aku

Macam aliran sang sperma masuk kedalam lobang Vagina...
Quote batmana 6-11-2017 08:57 PM
moga dipermudahkn
Quote Jesrina 6-11-2017 09:16 PM
Nokiaman replied at 6-11-2017 08:53 PM
Macam aliran sang sperma masuk kedalam lobang Vagina...

Choiiiiiii sgt hahahahah adoi
Quote salmon-suki 6-11-2017 11:36 PM
Urm...caner ni..next week kena g penang ada urusan..matilaa nakkkk~~{:yameteh

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059186 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top