CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Dicemuh Sebab Bergaya Macam Orang Kaya, Rupanya Pinjam Barang Orang...

7-11-2017 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16350| Komen: 61|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Tak tahulah nak berasa lucu atau pun sedih.Jika anda melihat mereka yang gemar bergaya atau pun 'show off' di laman sosial, belum tentu itu adalah semua barangan milik mereka.Itulah yang berlaku kepad ...
Tak tahulah nak berasa lucu atau pun sedih.

Jika anda melihat mereka yang gemar bergaya atau pun 'show off' di laman sosial, belum tentu itu adalah semua barangan milik mereka. 


Itulah yang berlaku kepada seorang model lelaki di Thailand yang menjadi kemarahan netizen kerana sering memuat naik gambar kehidupan mewah, sedangkan dia merupakan pemegang kad kebajikan masyarakat.


Model bernama Wachrin Tankuranan, 26 sering didapati menggunakan gajet jenama Apple, produk berjenama mewah, minum di kedai kopi Stacbucks dan sebagainya. 

Yang peliknya dia merupakan penerima bantuan kebajikan di negaranya. Disebabkan itu, nama Wachrin tiba-tiba menular di Twitter kerana netizen menyelar kelakuannya itu. 


Namun, rupanya jawapan yang diberikan oleh lelaki ini sangat mengejutkan. Bukanlah menggunakan duit dan barangannya sendiri, segala apa yang dipaparkan adalah pinjaman semata-mata. 

"Mengenai Starbucks, ada masanya kawan saya akan ajak saya minum kopi. Kadang-kadang saya tak perlu membayarnya kerana saya pergi bersama rakan-rakan. Semuanya mereka punya.




"Saya hanya memuat naik gambar cantik-cantik di Twitter dan Instagram kerana semua orang melakukannya. Saya tegaskan bahawa saya tiada apa-apa harta," katanya kepada Amarin TV. 

Apa yang dilakukan untuk menampung kehidupan ialah membuat review produk yang dianggap tidak terjamin pendapatannya. 

"Saya buat produk “review” untuk hidup.  Pendapatan saya tidak terjamin.  Sesetengah bulan, saya tidak mempunyai pendapatan langsung, dan kadang-kala saya hanya dapat mengunakan produk secara percuma.  Saya hanyalah orang miskin yang biasa. Saya tidak kacak atau kaya," katanya lagi.



Jadi memang benarlah kata orang jangan cepat menghakimi luaran seseorang. Nampak je kaya bergaya, rupanya taklah berduit sangat dan juga sebaliknya.. - CARI 

11

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 7-11-2017 04:47 PM
Biarlah, asal dia bahagia..
Quote merrissa 7-11-2017 04:59 PM
kalo kawan dia ok je..takpe lah....bukannya dia pinjam duit x byr
Quote prettyuglybabe 7-11-2017 05:12 PM
ayat cover line lepas kantoi la tu..
takut elaun kena tarik..
Quote cmf_premierleag 7-11-2017 05:30 PM
kat msia ni pun ramai gak
contoh:
Watie elite - dah tahu sengkek, tp berangah nak toyota
shahir kuburan AF8 - sengkek + pemalas, tp nak sewa vellfire udahnya 4 bulan x bayar..baik ko naik lrt jah dek
Quote oak.balustrade 7-11-2017 05:36 PM
Biar papa asalkan bergaya kekdahnya. Berlambak aje kat msia spesis gini sebab nak fit into the society
Quote pearl.silver 7-11-2017 05:40 PM
I pun selalu jeles tgk lifestyle kwn2 kt socmed..taktaula genuine ke x
Quote kiambang 7-11-2017 06:13 PM
Ramai yang macam ni ... Nak nampak berwang tapi pokai ...
Quote MeghanK 7-11-2017 06:14 PM
hadap sangat nak up status di mata masyarakat..menipu diri sendiri pon tak kesah..pathetic
Quote abangadek 7-11-2017 06:29 PM
muda2 sihat pun penerima bantuan kebajikan ke? sah kau ni pemalas nk cari kerja kalau kt mesia mcm ni alamatnya makin banyak la longgokan pendadih  
Quote dinopower2 7-11-2017 06:29 PM
cmf_premierleag replied at 7-11-2017 05:30 PM
kat msia ni pun ramai gak
contoh:
Watie elite - dah tahu sengkek, tp berangah nak toyota

khen.... yg jalan kaki naik bas lg mulia dr spesis nak gah.... ujung2 takde saving.....
gigih kereta mahal bagai.... dgn sewa tak byr....... pakai la kereta kancil pun... nak malu watpe.... retis khen....
time sendu mula la buat kisah sedih....
Quote dinopower2 7-11-2017 06:30 PM
pearl.silver replied at 7-11-2017 05:40 PM
I pun selalu jeles tgk lifestyle kwn2 kt socmed..taktaula genuine ke x

takyah la jeles weh.... yg btul2 mewah idok la 24 jam show off.... kecuali che ta ratu show off
Quote pearl.silver 7-11-2017 06:51 PM
dinopower2 replied at 7-11-2017 06:30 PM
takyah la jeles weh.... yg btul2 mewah idok la 24 jam show off.... kecuali che ta ratu show off :l ...

Nak sedapkan hati memang fikir macam tu je..hahah..
Quote AinRaz 7-11-2017 07:00 PM
Kesian kat gegadis yang dah jatuh cinta kat dia..
ingatkan handsome, kaya, bergaya atas duit sendiri.. hihi.. sabar je la ada org macam ni..
Quote AinRaz 7-11-2017 07:01 PM
abangadek replied at 7-11-2017 07:29 AM
muda2 sihat pun penerima bantuan kebajikan ke? sah kau ni pemalas nk cari kerja kalau kt me ...

haha.. Tu la dari td pikir benda yg sama.. muda lg mamat ni..
tubuh badan pun sihat..

Quote skinskin 7-11-2017 07:32 PM
aik bleh dpt bantuan kebajikan erkk..malas nye ko.. kt malaysia ni mmg ko x dpt la
Quote cocorex 7-11-2017 07:47 PM
Kalo dia tak tunjuk iphone tu maybe nitizen xhencap kot
Quote @pplegreen 7-11-2017 08:01 PM
kawan2 dia pon x kisah ok la tu siap belanja starbuck lagi
Quote PongKang 7-11-2017 08:55 PM
tetiba teringat king coco n lakinya
Quote Jorja 7-11-2017 09:06 PM
Bagusnya budak ni..bukan semua orang mampu to laugh at yourself

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.333417 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top