CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Bawah Lori Sawit

8-11-2017 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2548| Komen: 8

Description: Seorang pesara kerajaan maut digilis lori muatan sawit di Jalan Keningau - Sook, Keningau, pada jam 2.30 petang semalam.
Seorang pesara kerajaan maut digilis lori muatan sawit di Jalan Keningau - Sook, Keningau, pada jam 2.30 petang semalam.

Memetik Harian Metro, Matnih Majid, 64, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan dan dibawa ke Hospital Keningau.



Foto: Harian Metro

Sebelum kejadian, mangsa dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bergerak dari arah pekan Keningau menuju ke Sook, kata Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila.

"Ketika pemandu Toyota Hilux berhenti kerana kenderaan dihadapan berhenti, motosikal yang ditunggang mangsa melanggar belakang Toyota Hilux.


"Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke lorong sebelah kanan lalu digilis tayar belakang lori dari arah bertentangan," katanya.

Tambahnya, pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah seluruh badan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - CARI
8

Bagus
9

Marah
2

Terkejut
24

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 8-11-2017 09:31 AM
Kazen kerja nabawan dia pun pernah accident dgn lori.. ni kawasan pedalaman ni banyak lori ada jalan yg sempit..jaga jarak when u drive guys
Quote Deidra 8-11-2017 10:53 AM
Innalillahi wa inna ilaihirojiun....
Quote zeed 8-11-2017 10:53 AM
Memang drive kat sabah sgt mencabar. Lebih2 lagi lepas ribut hari tu.. jalan berlubang byk sgt.. 4wd dgn lori banyak.
Quote ingatkan 8-11-2017 10:56 AM
senang nye la kerja wartawan cari, copy paste berita wartawan lain.

makan gaji buta.



Quote minguk 8-11-2017 11:12 AM
innalillah..
takziah.
Quote chinta89 8-11-2017 11:59 AM
takziah.......
Quote notyghosty 8-11-2017 05:25 PM
takziah....
Quote tembikai 8-11-2017 06:22 PM
Innalillahi wa inna ilaihirojiun....

Takziah buat keluarganya..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.317570 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top