CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khotijah Didenda Kerana Minta Sedekah

10-11-2017 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5917| Komen: 52

Description: Gara-gara meminta sedekah di tempat awam, wanita warga Myanmar didenda maksimum RM100 di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, lapor Sinar Online.
Gara-gara meminta sedekah di tempat awam, wanita warga Myanmar didenda maksimum RM100 di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, lapor Sinar Online.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali selepas tertuduh, Khotijah Soyot, 45, mengaku bersalah meminta sedekah di Jalan Memanda 1, pada jam 10.50 pagi, 27 Oktober.



Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu didakwa mengikut Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100 atau satu bulan penjara atau kedua-duanya.

Dia diperintahkan mahkamah untuk dipenjara 14 hari jika gagal membayar denda, namun menurut laporan Sinar, tertuduh sudah membayar denda itu.


Terdahulu, Khotijah yang diwakili peguamnya, Kelvinder Singh Sidhu memohon hukuman denda paling ringan dengan alasan mempunyai lima anak dan dia menyesal serta memohon maaf atas perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman denda maksimum kerana tertuduh mendapatkan perlindungan di negara ini, tetapi mengambil kesempatan memperdaya orang ramai dengan meminta sedekah. - CARI
5

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 10-11-2017 12:39 PM
denda 100 jer..dia punye income byk la
Quote nisako 10-11-2017 01:21 PM
rm100 je? sikit tul..............
Quote zeed 10-11-2017 01:26 PM
Siap boleh appoint lawyer..denda 100..wakaka
Quote Daisyna 10-11-2017 01:35 PM
kat dpn four season sblh klcc berderet myanmar rohingga minda sedekah,dari yg nenek hingga
ke baby.
Quote friedfishsoup 10-11-2017 02:00 PM
Aimy kalau kene denda pun bagus jugak

@mummy75 @kenarikelabu @dinopower
Quote kivio 10-11-2017 02:03 PM
Denda 100 je?

Dia gelak jela income dia 1k per day
Siap upah lawyer

Quote memeque12 10-11-2017 02:12 PM
myanmar  atau rohingya?
Quote ChentaSofea 10-11-2017 02:20 PM
zeed replied at 10-11-2017 01:26 PM
Siap boleh appoint lawyer..denda 100..wakaka

kan....bayar lawyer jer dah berapa ribu....

Quote munchkin 10-11-2017 02:40 PM
ada lawyer lagi tu. and yet bagi muka
Quote prettyuglybabe 10-11-2017 02:47 PM
patutnya penjara sekali..
denda rm100 tu celah bontot jah..
collection sekali mengemis beribu..
Quote MH3707 10-11-2017 02:50 PM
padan muka...patut terndang je balik negara asal sana...buat semak aje...dah lah pengotor
Quote cikgukafa 10-11-2017 02:52 PM
jangan lah kamu mengherdik apalagi menghina orang2 yang meminta sedekah.

Quote namieamuro 10-11-2017 02:59 PM
ptt hukum halau keluar dr msia aje utk dorg ni..merate org dorg mtk sedekah..kt trafik light tu serupe mcm negara jiran...
Quote deathacker 10-11-2017 03:00 PM
Set2 bangsa myammar n rohingya ni mmg pemalas. Kerja nya minta sedekah je.
Unlike indon or bangla diorang x de nya nak minta sedekah.
Quote cikgukafa 10-11-2017 03:01 PM
Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur). (ADH DHUHAA 9-11)

Quote Artemesiaa 10-11-2017 03:34 PM
Ada sindiket jaga ke hapa sampai mampu guna lawyer.  
Quote afie_m 10-11-2017 03:37 PM
dasyat boleh pkai lawyer...
Quote skinsandstars 10-11-2017 03:59 PM
Kalaulah semua orang yang minta sedekah tu didakwa, kan bagus. Cara mudah buat duit untuk kerajaan. And Pastu mesti orang dah tak berani nak minta sedekah kan.
Quote Z77 10-11-2017 05:00 PM

wartawan malaysia ni kalau orang rohingya yg buat perangai buruk di tulisnya orang myanmar yg buat perangai buruk itu..biasalah..hahaha

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.057287 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top