CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baru Kutahu! Kemenyan Banyak Manfaat Untuk Kecantikan Rupanya

20-11-2017 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6402| Komen: 20|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Wanita sinonim dengan kecantikan. Pelbagai petua, amalan tradisional serta tip boleh dipraktikkan dan dimanfaatkan bagi memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.
Wanita sinonim dengan kecantikan. Pelbagai petua, amalan tradisional serta tip boleh dipraktikkan dan dimanfaatkan bagi memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.




Dan anda mungkin tidak akan percaya sekiranya kemenyan yang sinonim dengan kematian atau digunakan bagi tujuan perubatan tradisional memiliki pelbagai manfaat untuk kecantikan.


Foto: kompasiana.com


Memetik MalaysiaGazette, pengeluar produk makanan kesihatan dan kecantikan, Irma Ariandi Global Sdn. Bhd. memperkenalkan kebaikan kemenyan dalam salah satu produknya iaitu Miracle White Beauty Balm SPF35 yang mengandungi pati kemenyan.

Wah, berani betul dia mengambil risiko menggunakan kemenyan dalam produknya. Tak takut persepsi negatif orang ramai ke?


Foto: MalaysiaGazette

“Hasil kajian mendapati kemenyan berfungsi dengan dua cara, antaranya olkafri yang diperoleh daripada baunya sangat menenangkan. Apabila minda kita tenang, tekanan akan berkurangan dan kulit lebih bermaya dan sihat.

“Pati kemenyan itu sendiri pula memiliki ciri-ciri antiseptik membuatkan ia menjadi penawar kepada masalah kulit seperti jerawat, gatal, gigitan nyamuk dan lain-lain. Masyarakat luar memang guna pati kemenyan untuk kecantikan cuma kita yang bakar kemenyan,” katanya.


Foto: Sinar Harian

Selain itu, kemenyan digunakan dalam perawatan kuno dan digelar sebagai raja penawar, sekali gus membantu memanjangkan jangka hayat produk tanpa bahan pengawet yang banyak.

“Pati kemenyan mempunyai kesan antiseptik, membantu menegangkan dan mencerahkan putih kemerah-merahan pada kulit. Pati kemenyan juga tutup pori-pori dan memudarkan jeragat,” katanya.

Dr Irma kata, baik lelaki mahupun wanita boleh guna kemenyan untuk perawatan siang dan malam kerana ia tak melekit. 


Foto: PopSugar

Macam mana? Tertarik nak mencuba rawatan kecantikan menggunaan kemenyan pula? - CARI
23

Bagus
25

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mummyAS91 20-11-2017 12:16 PM
bau dia sangat menakutkan ...tapii tak boleh sangkal kebaikan dia...salah satu kebaikan utk redakan sakit kepala kronik... hari ketiga dah kurang sakit.
Quote chinta89 20-11-2017 12:44 PM
makcik jiran sebelah rumah ak dulu, tetiap masa bau kemenyan. ak plk naik seram sejak dia pindah ke sebelah rumah ak nih..

malam2 terbangun tdo bau kemenyan, ko rse????

katanya rumah dia sewa tu berhantu... asal balik kije je, penuh garam kasar n lada hitam tabur kat tangga rumah...



makanya ak x bminat nk beli produk ni, sb hari2 dh bau kemenyan kat rumah sebelah
Quote noraidil_06 20-11-2017 12:52 PM
{:dot mak esah sgt
Quote orgsepang 20-11-2017 03:04 PM
Tak suka baunya tapi bila dah diproses bau jadi sedap tu mungkin boleh mencuba
Quote HS357 20-11-2017 03:16 PM
baik jual susuk jarum emas je terus
Quote deltoid 20-11-2017 04:06 PM
Quote Artemesiaa 20-11-2017 04:29 PM
So nak promote product ler ni sebenarnya
Quote rogayahtop 20-11-2017 05:36 PM
Kunyit pun elok dicampur dgn sulfur ni. Jangan muntah2 pulak pakai masker pasal teringat geng kunyit dah.
Quote epis 20-11-2017 07:09 PM
Kemenyan ni diperbuat daripada apa?? Kenapa sering dikaitkan dengan unsur2 mistik?
Quote misslauren 21-11-2017 12:32 AM
Sulfur  kan? Elok utk kulit yg betul2 berminyak je.  Jangan salah pilih produk.
Quote haryatie 21-11-2017 08:03 AM
x takut nak mencuba mcam2 ni..
Quote jazaa100 21-11-2017 08:15 AM
epis replied at 20-11-2017 07:09 PM
Kemenyan ni diperbuat daripada apa?? Kenapa sering dikaitkan dengan unsur2 mistik?

Dari getah pokok.....

Makanan jin kan asap & tulang...bila di bakar kemenyan ni, ramai lah jin yg dtg.....
Quote iznanaziz 26-11-2017 12:56 AM
mummyAS91 replied at 20-11-2017 12:16 PM
bau dia sangat menakutkan ...tapii tak boleh sangkal kebaikan dia...salah satu kebaikan utk r ...

buat camana kemenyan tu nak ilangkan sakit kepala?
Quote iznanaziz 26-11-2017 12:58 AM
chinta89 replied at 20-11-2017 12:44 PM
makcik jiran sebelah rumah ak dulu, tetiap masa bau kemenyan. ak plk naik seram sejak dia pindah ke  ...

ko tido malam, tak rasa apa2 ke?
Quote chinta89 26-11-2017 11:20 AM
iznanaziz replied at 26-11-2017 12:58 AM
ko tido malam, tak rasa apa2 ke?

mula2 mmg terasa mcm..... mcm ape yg ko pikir lah mcm2 rse weiii

lama2 dh makan masa setahun dua, dh jd lali... sb dh tau makcik sebelah rumah tgh halau hantu

masalahnya jiran2 sebelum ni dan jiran2 selepas makcik ni, takde plk ckp rumah berhantu ke ape ke... fyi makcik tu dh pindah.

aman damai dari bau kemenyan tp kdg2 ade jugak bau kemenyan tu menusuk hidung sesekali waktu mlm

apekah ak tlalu memikirkan psl kemenyan diz makcik tu hingga terbau tetiba??
Quote cmf_premierleag 26-11-2017 04:25 PM
Setahu akak yg selalu beli kemenyan ni ialah sis @melayu.asli dan @nobito
Beliau membeli kemenyan dr kedai runcit melayu di sabak bernam.akak syak diorg tu mak esah sbb beli kemenyan
Quote mummyAS91 26-11-2017 09:45 PM
iznanaziz replied at 26-11-2017 12:56 AM
buat camana kemenyan tu nak ilangkan sakit kepala?

bakar kemenyan sambil selawat syifa 9kali...lpas tu niat supaya sembuh dgn berkat Allah swt....hidu...alfatihah jgn lupa... perawatan alternatif. inshaAllah dgn izinya
Quote notsospecial007 28-11-2017 11:24 AM
wahhhh.. ilmu baru ni.. selama ni kalo dengar kemenyan ja seremmm
Quote iznanaziz 4-12-2017 04:48 PM
chinta89 replied at 26-11-2017 11:20 AM
mula2 mmg terasa mcm..... mcm ape yg ko pikir lah  mcm2 rse weiii

lama2 dh makan mas ...

makcik tu dah tinggalkan kemenyan tu di situ.

rumah tu camana skrg? biar kosong gak ke? atau ada penghuni baru?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.124731 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top