CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

8 Sekolah Paling 'Rare' Di Dunia, No.7 Tu Macam Tak Masuk Akal Je!

21-11-2017 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15478| Komen: 32|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Kebanyakan sekolah pada dasarnya sama. Ada bas sekolah, bilik darjah, sesi pengajaran dan pembelajaran, dan kantin. Namun, terdapat beberapa sekolah di dunia ini yang berbeza dari kebiasaannya.
Kebanyakan sekolah pada dasarnya sama. Ada bas sekolah, bilik darjah, sesi pengajaran dan pembelajaran, dan kantin. 

Namun, memetik Bright Side, terdapat beberapa sekolah di dunia ini yang mungkin anda tak pernah terfikir akan kewujudannya. Jom tengok sekolah apa yang pelik sangat tu!



1. Sekolah Renang Filipina

Tak seperti sekolah renang lain, di sini anda akan diajar cara untuk berenang seperti Ariel atau Poseidon sejati! Bolehlah nak acah-acah jadi putera dan puteri duyung kan?



Kalau anda sukakan keindahan dongeng kehidupan laut tapi takutkan air, anda boleh 'berubah' menjadi duyung selama 30 minit untuk sesi fotografi.


Foto: Philippine Mermaid Swimming Academy


2. Sekolah Zoo San Antonio - Amerika Syarikat (AS)



Matlamat sekolah ini adalah untuk mengajar kanak-kanak melindungi dan menghargai alam semula jadi.

Selain sesi pembelajaran, kanak-kanak akan menghabiskan sekurang-kurangnya setengah hari di sini untuk bermain dan mengenali dunia haiwan.


3. River Plate - Buenos Aires


Foto: Flickr

Di Argentina, terdapat sebuah sekolah di salah satu stadium bola sepak paling popular di negara itu. Biasanya, sesi pembelajaran dilakukan ketika perlawanan berlangsung dan kanak-kanak boleh menonton melalui tingkap.

Uisy, mesti susah nak tumpu perhatian pada pelajaran!


4. 'Tadika Hutan' - Eropah



Lupakan bilik darjah yang membosankan, sebaliknya di prasekolah ini kanak-kanak akan bermain di persekitaran semula jadi.

Jangan sangka mereka hanya bermain sahaja sehari suntuk. Walaupun banyak meluangkan masa dalam persekitaran luaran yang hijau, mereka akan diajar mata pelajaran seni, komunikasi serta matematik. Menarik, bukan?


5. Kolej 'Perkhidmatan Pengebumian' Gupton-Jones - Atlanta



Mesti anda pelik dengan kewujudan sekolah ini, kan? Di sini, penuntut diajar segala kemahiran praktikal diperlukan dan etika ketika menguruskan kematian.


6. Sekolah Penjinak Ular - India


Foto: Flickr

Suku kaum Vadi di India mengajar anak mereka menjadi penjinak ular seawal usia dua tahun.

Budak perempuan diajar cara bermain dan menjaga ular, sementara budak lelaki diajar untuk menjinakkan ular.


7. Sekolah Mencari Jodoh - Jepun


Foto: Flickr

Memandangkan tahap kerjaya yang melampau serta perkembangan dan penggunaan laman sosial mencari jodoh yang tinggi menyukarkan wanita bertemu jodoh mereka, Jepun menyediakan sekolah ini untuk mengajar penuntutnya macam mana nak mencari suami dan memulakan keluarga.


8. Sekolah Santa Claus - Michigan



Nak jadi macam Santa Claus yang menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia? Sekolah Charles W. Howard Santa Claus merupakan sekolah tertua ditubuhkan pada 1937. Ia juga dikenali sebagai Harvard untuk Santa.

Sekolah ini sangat sesuai untuk anda belajar bertutur, tersenyum, ketawa, berpakaian serta berkelakuan seperti seorang Santa Claus sejati!


Foto: Santa Claus School

Jadi, sekolah mana yang paling anda suka? Ada tak antara sekolah berikut yang buat anda terasa nak sertai mereka? - CARI
13

Bagus
10

Marah
25

Terkejut
13

Sedih
22

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kimchipedas 21-11-2017 06:10 PM
Ok sgt rare n ada sesetgh tu aku x sanggup nk pegi
Quote mrizumi 21-11-2017 06:33 PM
Rare btul..menarik gak..skolah zoo tu ok kot..
Quote che-cikL 21-11-2017 07:13 PM
Tadika hutan tu best!!!
Quote moonbug 21-11-2017 08:32 PM
Tadika hutan nampak fun {:childlike
Quote kechikchomel 21-11-2017 08:44 PM
Nak pergi sekolah yg no.3 tu!
{:hooray
Quote pearl.silver 21-11-2017 09:07 PM
Nak gi sekolah cari jodohh {:love
Quote melinda_kerr 21-11-2017 09:21 PM
cari jodoh dan masuk hutan. mcm best jer budak2 kecik tu masuk hutan.
Quote helicornia 21-11-2017 09:27 PM
bestnya sekolaj zoo n hutan tu..mesti hari2 excited nk gi sekolah
Quote de_ikea 21-11-2017 10:07 PM
Bestnya. Iols suka. Anak2 jd all rounder dan berani.
Quote CiliPadiSedap 21-11-2017 10:51 PM
nak MC
Quote Skuau 21-11-2017 11:24 PM
'school of rock'???
Quote chaos_sweetly 22-11-2017 12:16 AM
No 2!Blh tgk football player yg hensem2.
Quote Jorja 22-11-2017 03:15 AM
No 3 tu buat I teringat sorang cikgu ni..dolu2 belajar subjek Alam & manusia dia bawa kitaorg keluar explore kt luar.. class dia best. My muse
Quote rosa_canina 22-11-2017 07:50 AM
bestnye tadika hutan  
Quote ms.mango 22-11-2017 01:41 PM
best gak kalo ada sekolah zoo dan sekolah hutan kat sini
Quote newyork 22-11-2017 01:53 PM
Merepek betul sekolah santa claus tu... hoohohoho
Quote anees~nuhara 23-11-2017 09:38 AM
tadika hutan paling best
Quote kucen_miang 23-11-2017 03:01 PM
sekolah no 7 tu ada praktikal ka?
Quote mieymiey 24-11-2017 08:55 AM
kucen_miang replied at 23-11-2017 03:01 PM
sekolah no 7 tu ada praktikal ka?

Sekolah nombor 5 ada

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.073830 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top