CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Biar Betul Bawang Putih Dan Bawang Merah Boleh Rawat Rambut?

23-11-2017 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8130| Komen: 34|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Umum tahu bawang putih dan bawang merah merupakan antara bahan pelengkap untuk menyedapkan makanan. Siapa sangka kedua-dua bawang ini juga berkesan merawat serta menyuburkan rambut.
Umum tahu bawang putih dan bawang merah merupakan antara bahan pelengkap untuk menyedapkan makanan. Siapa sangka kedua-dua bawang ini juga berkesan merawat serta menyuburkan rambut.



Foto: Garnett-Powers & Associates

Menurut StyleCraze seperti dipetik Merdeka.com, bawang merah kaya dengan vitamin A, vitamin C, dan vitamin E di mana ketiga-tiganya sangat berkhasiat untuk rambut. Sementara kandungan sulfur membantu memperkuat lapisan keratin, iaitu protein serat yang merangkumi 60 hingga 90 peratus daripada setiap helai rambut.

Manakala, bawang putih mengandungi zat mineral selenium dan sulfur yang menguatkan serta merangsang pertumbuhan rambut. Vitamin C dalam bawang putih berfungsi menjaga kesehatan rambut dan kulit kepala, manakala zat besi dapat membantu peredaran darah ke kulit kepala.



Foto: Thin Edges


Macam mana cara nak guna bawang untuk kesuburan rambut?


Masker jus bawang merah
Kisar dan tapis jus bawang, kemudian campur dengan madu, minyak kelapa, atau yogurt.

Sapu pada kulit kepala dan rambut, biarkan sekitar 30 minit. Selepas itu, bilas rambut dengan syampu bagi menghilangkan aroma tajamnya.



Foto: Hair And Beauty

Syampu bawang putih
Parut seulas dua bawang putih dan campurkan ke dalam syampu secukupnya. Kemudian, cuci rambut seperti biasa dengan syampu itu.


Tonik minyak bawang putih
Rendam bawang putih segar yang sudah dihiris atau diparut ke dalam sebotol minyak kelapa atau zaitun untuk dijadikan tonik. Kemudian, sapu rata minyak ini pada kulit kepala dan biarkan dalam 30 minit sebelum dicuci seperti biasa.


Untuk dapatkan hasil lebih cepat, gunalah ramuan bawang ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi, jangan pula anda guna bawang merah dan bawang putih secara bersamaan. Nanti pedih pula kulit kepala tu.

Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI
16

Bagus
8

Marah
19

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 23-11-2017 12:15 PM
Tak busuk ke guna bawang
Quote gerbera.memopad 23-11-2017 12:25 PM
Pakai minyak kelapa jah la senang. Tak payah pakai conditioner pun tak apa, lembut je rambut
Quote nisako 23-11-2017 12:27 PM
bawang ? tul ke ni...............
Quote Burong_Hantuk 23-11-2017 01:02 PM
lebih selesa rawat rambut dispa hotel
Quote Jorja 23-11-2017 01:20 PM
Beli aja tonik ready made
Quote pokaibanktokyo 23-11-2017 03:20 PM
Itu macam ka
Quote paz 23-11-2017 03:27 PM
Macam pernah perasan shampoo bawang. Tak silap modelnya Jackie Chan.
Quote Artemesiaa 23-11-2017 04:26 PM
Beli jer lah yang siap dijual dipasaraya tu.  Ni kalau buat sendiri takut bukan makin ok tapi jadi makin botak
Quote pearl.silver 23-11-2017 09:20 PM
I sekarang sedang rawat rambut gugur guna air garam..so far berkesan..
4 jenis syampu anti hairfall iols guna x berkesan{:cryrun
Quote ahcun90 24-11-2017 05:32 PM
nak try la
Quote iznanaziz 26-11-2017 01:02 AM
Jorja replied at 23-11-2017 01:20 PM
Beli aja tonik ready made

setengah tonik tak sesuai, makin gugur rambut tu.
Quote noraidil_06 29-11-2017 01:59 PM
Iols penah try daun kari. Astagfirullah bauuuuuu. Inikan plak bwg putih
Quote makton 29-11-2017 02:25 PM
shampoo bawang jackie chan tu mmg guna extract bawang ke?

or sekadar brand aje ?
Quote renko 29-11-2017 04:58 PM
pearl.silver replied at 23-11-2017 09:20 PM
I sekarang sedang rawat rambut gugur guna air garam..so far berkesan..
4 jenis syampu anti hairfall ...

macam mana?
bancuh air garam or campur garam dalam syampu?
guna garam ape
Quote pearl.silver 29-11-2017 06:36 PM
renko replied at 29-11-2017 04:58 PM
macam mana?
bancuh air garam or campur garam dalam syampu?
guna garam ape

I ada beli garam aura haritu..uols boleh try guna garam bukit..campurkn dgn air dlm baldi..mandi air tu jirus sekali kepala..
Klu malas ada org kata campur je garam masak tu dlm syampu kita..yg ni xpernah try lagi
Quote yangsemb 17-12-2017 10:40 AM
Betul ke, nanti bucuk lak rambut
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 02:07 PM
biar betul ni??
Quote SOFIA2017 20-12-2017 02:29 PM
sape yg dh cuba tu bagitaulah berkesan ke idokkk
Quote Babygugu 2-1-2018 03:34 PM
tapi kalau rambut cantik tp bau bawang.. mm...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.079078 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top