CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Burger Sebesar Pinggan Di Bangi, Tapi Harganya Memang Mengejutkan!

29-11-2017 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 15019| Komen: 28|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Kelainan dalam menu yang disediakan mampu menarik lebih ramai pelanggan ke gerai mahupun kedai seseorang itu.Mungkin apa yang dijualnya sudah biasa didapati di tempat lain, namun sedikit suntikan kela ...
Kelainan dalam menu yang disediakan mampu menarik lebih ramai pelanggan ke gerai mahupun kedai seseorang itu. 

Mungkin apa yang dijualnya sudah biasa didapati di tempat lain, namun sedikit suntikan kelainan dan kreatif sudah mampu membuahkan hasil luar biasa.


Itulah yang dilakukan oleh pemilik Tip Top Burger yang menjual burger gerai yang sebesar pinggan. 


Bukan sahaja enak dan menjadi kegemaran di kalangan pelanggan setianya, katanya harga yang ditawarkan pun tak mahal.

"Burger kahwin cincang roti besar ini murah dan berbaloi,” ujar Shahrim Ismail, 54 iaitu pengusaha gerai tersebut kepada Projek MMO.

Memang saiznya sebesar pinggan saiz sederhana atau pun sama besar dengan roti Arab. Harganya cuma RM6 sahaja. Memang sangat berbaloi. 



Foto: Projek MMO
Dalam sebiji burger besar itu, terdapat dua biji telur, lada hitam, mayonis dan sedikit sayur, selain campuran daging lembu atau ayam cincang. 

“Kita campur daging dan ayam yang dicincang bersama ramuan sendiri. Sayur [dalam burger itu ada cukup], ada mayonis. 

“Kalau hendak tambah keju, kita caj RM1,” katanya lagi. 



Foto: Projek MMO
Terletak di Seksyen 15 Bangi, gerai ini turut pernah dikunjungi selebriti seperti Johan Raja Lawak dan juga Shamsul Ghau Ghau. - CARI 

9

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 29-11-2017 04:50 PM
mcm sedap je
Quote skinskin 29-11-2017 04:54 PM
dap nye.. mlm kang nk bli la burger ramly
Quote Jeasabri 29-11-2017 04:54 PM
nampak sedap....
Quote umbut 29-11-2017 05:10 PM
Murahnya..


Quote Konahhh 29-11-2017 07:47 PM
Murahnyaaa sekarang pun burger ramly seketul je dah almost rm4 alahai
Quote pearl.silver 29-11-2017 08:32 PM
Haritu mcm dah ada je reporter cari tulis psl burger ni..sbb i rasa baru je komen psl beger besar kat somewhere in bukit mertajam
Quote AbukRokok 29-11-2017 10:04 PM
dah femes nti naikla harganya
Quote jazaa100 30-11-2017 12:02 AM
AbukRokok replied at 29-11-2017 10:04 PM
dah femes nti naikla harganya

Rm12 terus......
Quote jazaa100 30-11-2017 12:03 AM
Mana dia dpt roti besar tu.....
Special order ke.....
Quote syue86 30-11-2017 08:57 AM
murahnyaaaa skg burger ramly sbijik pn dh brp
Quote vanillaninja 30-11-2017 09:40 AM
Murah jugak for the size. Tapi jauh la pulak from my area.
Quote merrissa 30-11-2017 11:08 AM
AbukRokok replied at 29-11-2017 10:04 PM
dah femes nti naikla harganya

kannn.....
bile g sana...burger yg rm6 sume dh hbs...yg tingai rm12...wakkakaa

mcm kes p nk mkn lobster rm20 katanya...biler sampai sana

yang ada udang mahai2 jah...ceh..dalam news xde lak cter juai udang mahai...gebang rm20 tuh jah...nampak benor nipunyaaa
Quote Lilly.june 30-11-2017 03:23 PM
Menarik nyeee....dekat dgn rumah. Nak gi la weekend ni
Quote kamalesh 1-12-2017 12:04 AM
burger kaw kaw lagi sedap....
Quote emelia1509 1-12-2017 02:34 AM
beger malaya ni ok gak la sekali sekala makan...tapi orang kita ni memang jenis letak sos melimpah..selalu beli beger malaya request tak nak sos @ mayonis..
Quote debab76 1-12-2017 03:11 PM
scary nye tgk mayonis dia campak dekat 1 mangkuk
Quote EvieWanKenobi 1-12-2017 05:48 PM
gerai buka waktu malam aje ke?
Quote pinkypetal 1-12-2017 07:23 PM
Nampak menarik.
Quote JerryJemima 2-12-2017 12:37 AM
jazaa100 replied at 30-11-2017 12:03 AM
Mana dia dpt roti besar tu.....
Special order ke.....

Dia tulis situ guna roti arab


Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.346021 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top