CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pulangkanlah 'Kaki' Saya"

30-11-2017 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5493| Komen: 10

Description: Malang nasib seorang wanita apabila kaki prostetiknya dicuri individu tak bertanggungjawab.
Malang nasib seorang wanita apabila kaki prostetiknya dicuri individu tak bertanggungjawab.

Victoria Milligan kehilangan kakinya dalam satu tragedi bot yang meragut nyawa suami dan anak perempuannya pada May 2013 di Padstow, Cornwall. Victoria dan tiga lagi anaknya bagaimanapun terselamat dari nahas itu.




Memetik Mirror, ketika kejadian Victoria berada di sebuah restoran di Chelsea, London bersama rakan-rakannya apabila dua lelaki menaiki motosikal bersenjatakan pisau memecah masuk ke dalam Audi Q5 berwarna putihnya.

Seorang pemandu van mengakui ternampak dua penyangak itu memecahkan cermin tingkap dan mencuri sebuah bagasi berjenama Eastpak kira-kira jam 4.15 petang Ahad, waktu tempatan.


Malangnya, tiga kaki prostetiknya itu, masing-masing dengan fungsi berbeza berada di dalam bagasi yang dicuri berkenaan. Kesemua 'kakinya' itu bernilai lebih RM165 ribu (30,000 Pound Sterling).



Victoria meluahkan kekesalannya itu menerusi laman mikro Twitter.

"Sungguh tak percaya! Tiga kaki prostetik saya dicuri dari dalam kereta berhampiran restoran Megan pada Ahad lalu. Kaki itu tak bernilai pada sesiapa kecuali saya," tulisnya.




Difahamkan, Victoria menggesa pencuri terbabit untuk memulangkannya di suatu tempat kerana mereka mungkin tak menyedari apa yang telah mereka ambil.

Jurucakap polis Metropolitan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kecurian itu pada 26 November lalu.

"Masih tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.

Berkata kepada The Daily Telegraph, Victoria sangat mengesalinya kerana kaki prostetik itu begitu berharga buatnya.



Foto: Mirror

"Takkan nak beli lagi yang baru kerana prosesnya akan mengambil masa hampir tiga bulan lamanya.

"Saya rasa, mesti mereka dah perasan dan membuangnya (kaki prostetik) di mana-mana," katanya. - CARI
16

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
11

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 30-11-2017 06:53 PM
mesti pencuri tuh dpt idea nak buat kaki meja diy  lepas tuh post dlm ig
Quote Genkidesuka 1-12-2017 08:18 AM
noell: mesti pencuri tuh dpt idea nak buat kaki meja diy  lepas tuh post dlm ig

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Ni kelakar.  Hahahahaha.
Quote samasam90 1-12-2017 09:46 AM
noell replied at 30-11-2017 10:53 AM
mesti pencuri tuh dpt idea nak buat kaki meja diy  lepas tuh post dlm ig

masuk nifty ler.. feeling greatest decor for halloween..
Quote Artemesiaa 1-12-2017 09:55 AM
Jangan di jualnya semula murah2 kat online dah ler.  Maklum ler Xmas dah nak dekat ramai je yang tengah cari hadiah.
Quote moonbug 1-12-2017 05:19 PM
Kaki prostetik ni customized kan? So bkn sape2 je boleh pakai rasanya. Kesian dia, mahal pulak tu
Quote Konahhh 2-12-2017 08:53 AM
Tabahnya victoria ni..
Quote nisako 2-12-2017 09:02 AM
kaki pun nk dicuri.....
Quote tupaiterbang 2-12-2017 07:58 PM
Quote miemiecha 4-12-2017 03:47 PM
fetish kaki palesu mybe??
Quote zakiahmahadi 29-12-2017 12:49 PM
Pulang kan la...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060353 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top