CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sudah Bertudung, Banyak Tawaran Berlakon Ardell Aryana Ditarik Balik

8-12-2017 12:15 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 18990| Komen: 88|Original author: Oleh: Amirah

Description: Setelah Ardell Aryana berhijrah untuk bertudung, beberapa produksi telah mengambil keputusan untuk menarik balik tawaran berlakon.

Foto: IG Ardell
Selepas Ardell Aryana mengambil keputusan untuk berhijrah denagn bertudung, beberapa produksi telah mengambil keputusan untuk menarik balik tawaran berlakon.

Walau bagaimanapun, dia tidak tersinggung dengan apa yang berlaku kerana percaya pada rezeki yang akan datang walaupun telah empat kali ditolak tawaran berlakon selepas mengetahui dirinya sudah bertudung.

Foto: IG Ardell

"Mungkin sebab watak yang ditawarkan tidak sesuai. Namun, saya tak rasa sedih atau kecil hati.

"Sebab saya percaya ada rezeki yang lain akan datang dan Alhamdulillah, selepas daripada itu, saya ada menerima beberapa tawaran yang lebih baik," kata Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin kepada mStar Online.

Niat dia untuk berhijrah telah lama dipendam sehinggalah pada pertengahan bulan September ketika membawa dirinya bercuti ke Pulau Bali, Indonesia.

"Saya dah lama simpan hasrat nak berhijrah sejak ulang tahun kelahiran mak saya tahun lalu tapi tidak kesampaian.

"Terpaksa ditangguh sebab ada beberapa kontrak drama yang memerlukan saya tidak bertudung.

"Alhamdulillah, saya dapat kekuatan ketika bercuti seorang diri di Bali dan sejak itu saya terus bertudung," katanya.

Foto: IG Ardell
Ardell dalam kenyataannya juga berkata dia masih diganggu oleh lesbian dengan menghantar mesej peribadi ke akaun Instagram untuk menjadikannya kekasih.

"Biarpun saya dah bertudung pun masih lagi ada orang anggap saya lesbian. Tapi saya padam sahaja mesej tersebut," kata Ardell.

Ardell suatu ketika dahulu pernah dianggap menjalinkan hubungan sejenis disebabkan penampilannya yang seperti lelaki dan berambut pendek.

Semoga Ardell istiqamah dengan penghijrahan ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 8-12-2017 12:32 PM
Alhamdulillah awak.. umo kita sama. Huhu
Quote imanda 8-12-2017 12:35 PM
Semoga terus istiqomah. Comel gaks btudung mcm iras muka emma maembong plak.
Quote apedehal 8-12-2017 12:36 PM
lohh mana dtg ardell dr nurul hidayah tu...da bunyik cordial la pulek
Quote AnggunSophea 8-12-2017 12:39 PM
Comel dia ni. Tak bertudung comel, bertudung lagi comel. Semoga istiqamah Ardell
Quote mizkajura 8-12-2017 12:40 PM
Alhamdulillah. Ada je rejeki lain....inshaAllah
Quote EhhEtonLahh 8-12-2017 12:41 PM
nurul hidayah?????
Quote Andyscenes 8-12-2017 12:42 PM
Who are yuss??
Quote lotionmilo 8-12-2017 12:49 PM
Dia ke yang berlakon dengan zahirah dgn kamal tu?
Quote IsobelMelody 8-12-2017 01:00 PM
who are yussss???
Quote its_u 8-12-2017 01:11 PM
sedap nama secantik empunya badan
Quote kiambang 8-12-2017 01:12 PM
Sape dia ni ?
Quote merrissa 8-12-2017 01:39 PM
dia tak pakai tudung pon ...aku tak pernah nampak dia berlakon cter apa....kahkahkah

tapi pernah tgh dia mengacara dgn sherry
Quote Homewrecker 8-12-2017 01:51 PM
Alhamdulillah. Semoga istiqamahhhh
Quote delia3003 8-12-2017 02:16 PM
macam-macam alasan pelakon sendu sekarang. Tak penah pun nampak dia berlakon sebelum ni
Quote pinggan 8-12-2017 02:23 PM
Nak kata nama gabung ayah ngan Mak, mcm tak aje. Nama dpt dari watak novel ke you?
Quote mamapea 8-12-2017 02:30 PM
cantiknya pic dia kt pantai tu
Quote shailyvelera 8-12-2017 02:34 PM
semoga istiqomah ye nurul hidayah..
Quote mizruncing 8-12-2017 02:44 PM
wahhh dah bertudung. iols knl dia sejak berlakon citer asam pedas untuk dia kt tv3 dlu
Quote GigaMom 8-12-2017 03:16 PM
X kenal
Tp slu org bali berjimba
Dia pulak insaf
Bagus la...

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055366 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top