CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Ketabahan Elyana Menyentuh Hati, Moga Tiada Yang Ambil Kesempatan!

12-12-2017 02:49 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 1741| Komen: 2

Description: Nama Elyana kembali mewarni dunia seni apabila muncul dalam Gegar Vaganza musim keempat. Penampilannya sangat dirindui ramai. Sudah lama menyepi diri kini kembali dengan imej baru dan matang. Dia memp ...
Nama Elyana kembali mewarni dunia seni apabila muncul dalam Gegar Vaganza musim keempat. Penampilannya sangat dirindui ramai. Sudah lama menyepi diri kini kembali dengan imej baru dan matang.  Dia mempunyai peminat yang ramai. Itu adalah kenyataan… 


Elyana adalah peserta GV4 paling popular! Bayangkan penyanyi kelahiran Shah Alam ini memenangi sebanyak empat kali Anugerah  Gelora Vida Vaganza Pamoga berdasarkan dari 'like'.  Terbukti suaranya tetap bagus, lantang dan sedikit husky! Itu adalah keistimewaan Elyana. 

Penampilan terakhir  Elyana di pentas pertandingan penyanyi senior itu, menarik perhatian saya. Dia muncul dalam pakaian baju tidur dengan bulu bulu berwarna pink. Berani. Itu satu penampilan luar biasa dan penyanyi ini ada kelas tersendiri. Tahniah untuk pereka fesyen!  

Nasib baik tidak berpihak padanya!  Lagu yang dibawakan itu kurang menggigit. Seni tarik vokalnya menjadi hambar. Perjuangannya terhenti di minggu kelima. Terasa sebak apabila diumumkan tersingkir dalam pertandingan itu, begitu juga peminatnya! 



"Lagu yang diberi agak mencabar, semasa menyanyikan lagu bernada tinggi kamu sangat bagus, tapi bila nada rendah agak flat dan mendatar," kata Hetty, juri yang saya minat dan hormati! Tokoh penyanyi yang berilmu dan berpengalaman.

Dengan suara yang bergetar, Erneelya Elyana Emrizal, 30 tahun secara spontan mengumumkan penderitaan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 7 tahun. Bukan untuk meraih simpati tapi adalah masa yang tepat untuk memberitahu kepada peminat dan penyokong setiannya yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.  

"Selama tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Sepanjang tujuh tahun saya menghidap kanser, saya cuba mencari cara dan waktu terbaik bagaimana saya mahu memberitahu kepada peminat. Dan saya berasakan apabila saya tersingkir dari GV4, ia adalah satu peluang," katanya.

Kata penyanyi yang sangat popular dengan lagu Kalis Rindu itu, dia juga berasakan perlu memberitahu umum memandangkan ramai yang membuat dakwaan dan menuduh dia sombong dan tidak lagi mahu menyanyi.


"Sebaik disahkan doktor saya menghidap kanser selepas melahirkan Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu saya menghilangkan diri bagi membolehkan menjalani rawatan. Saya menolak tawaran yang datang. Ada yang beranggapan saya sudah berhenti menyanyi ”.

Sebenarnya sepanjang tempoh tujuh tahun itu, dia telah berusaha untuk menjalani rawatan di dalam dan luar negara. Dia memperoleh kekuatan sepanjang tujuh tahun berhadapan dengan penyakit  itu, datangnnya dari Allah SWT. 

 “Setiap malam saya takut hendak tidur! Paling menakutkan saya akan terus tertidur! Tak berpeluang menatap wajah Cinta Sumayyah lagi…” – Elyana.

Saya mengenali  Elyana  sejak bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music. Sering ditemani emaknya. Kami berjumpa sama ada temubual di radio THR  ataupun buat fotografi di Karangkraf. Beberapa tahun kemudian, saya lihat  penyanyi ini mempunyai karektor yang unik. Seorang gadis yang cantik, ceria, suka berjenaka dan ketawa besar tapi ada sifat degil!

Dia memulakan karier menyanyi seawal usia 14 tahun yang dibentuk oleh Patric Khamis.  Artis seangkaan dengannya Siti Nordina dan Syura. Tiga artis remaja berlumba mencari populariti.  Elyana sentiasa mahukan kelainan dan saya kagum dengan cara dia membina  imejnya. 

Biarpun mula dikenali dengan lagu berentak pop, balada dan R&B tapi untuk album terbarunya bergenre pop rock yang diterbitkan Tam Spider, 'Cahaya  Gelita’ menyaksikan Elyana muncul sebagai `Rock Star’ seperti penyanyi idolanya Avril Lavigne, penyanyi rock Kanada. 

Imej ghotik itu ditampilkan menerusi album kedua dan ketiganya. Termasuklah tidak memakai kasut!!! 


Sebagai DJ ketika itu saya boleh pilih lagu kegemaran kami. Lagu seperti Niat, Kalis Rindu, Bicara Mata Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu selalu ada ada dalam senarai.  Malah lagu Tak Tercapai Akalmu melayakkan Elyana tanpa bersepatu muncul di pentas final Anugerah Juara Lagu ke-21. Di kalangan artis remaja namanya sangat menonjol.  

She is so special!. Elyana ada jampi! Diva rock ini berkahwin pada tahun 2010 dengan Khairul Anuar Husin 41, dan dianugerahkan seorang permata  hati  bernama Cinta Sumayyah berusia 7 tahun. 

# Semoga Elyana tabah menghadapi dugaan ini! 
15

Bagus
19

Marah
18

Terkejut
21

Sedih
16

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote lhrunderground 18-1-2018 10:04 PM
Sian dia. Doakan yg baik2
Quote lhrunderground 18-1-2018 10:04 PM
Sian dia. Doakan yg baik2

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.041426 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top