CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Biskut 3 Bahan Yang Rangup Dan Sedap Gila! Sila Percaya, Okey

15-12-2017 10:59 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 12127| Komen: 1|Original author: Oleh: Zailina

Description: Bayangkan biskut yang mempunyai tiga bahan saja tapi rasanya memang tidak akan anda lupakan sepanjang hayat! Ia tidak lain tidak bukan – shortbread! Senang dan cepat nak buat, tau. Kalau malas juga, ...
Bayangkan biskut yang mempunyai tiga bahan saja tapi rasanya memang tidak akan anda lupakan sepanjang hayat! Ia tidak lain tidak bukan – shortbread! Senang dan cepat nak buat, tau. Kalau malas juga, tak tahulah nak kata apa. 


Anda tidak akan mahu membeli biskut mentega lain yang diimpot dan dijual di dalam tin (serta mahal harganya) setelah merasai shortbread yang anda buat sendiri ini!


Ayak gula aising sebelum dihidangkan
Foto: myfoodbook

Sedap betul makan bersama secawan teh atau kopi. Nak-nak dapat semangkuk aiskrim di sebelah. Fuh, memang layan habis! 


Kalau rajin atau sukakan hiasan yang cantik-cantik, boleh juga dibungkus dengan kertas yang cantik macam hadiah. Atau anda boleh tabur hiasan manik, badam mahupun cip coklat di atas biskut


Boleh hias dengan 'Royal Icing' berwarna-warni
Foto: thescullykitchen

Inilah asas doh biskut yang sungguh mudah. Mentega (bukan marjerin), gula kastor dan tepung gandum. Kalau nak lebih rangup, boleh tambah sedikit tepung beras. Tak guna telur langsung, jimat kan!

Pilihlah mentega paling baik kerana aromanya lebih harum. Mentega terbaik (harga mahal sikitlah) diperbuat daripada krim susu tulen dan tiada campuran soya, kelapa sawit atau jagung. Namun, jika anda tidak sukakan rasa mentega, boleh digantikan dengan marjerin. Bagi yang tak tahu, shortbread adalah dasar (base) untuk kek keju. 


Bahan utama, tak nak guna tepung beras pun tak mengapa

Pastikan anda menekan doh supaya rata dan sama ketebalannya. Jika ada bahagian shortbread yang tebal, ia tidak akan masak sempurna. Manakala, bahagian nipis akan lebih cepat hangus. Jadi, sentiasa pastikan ketebalannya sekata. Potong dengan pisau tajam supaya membentuk jejari atau segi empat. Bila shortbread sudah masak, barulah dipotong terus dan dialih ke atas redai untuk menyejukkannya.


Adunan shortbread mudah diubahsuai. Nak perisa oren, cip coklat atau kismis atau koko, kurangkan tepung sukatan yang sama.
Foto: bettycrocker

Bahan Biskut Shortbread:
125 gram (g) mentega
50 g gula kastor
175 g tepung gandum, diayak
1 sudu besar tepung beras (opsyenal) 
Gula kastor, untuk tabur


Cara Membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan tepung beras (jika guna). Uli perlahan hingga menjadi doh.
3. Lengser tin pembakar berukuran 25-26 cm dengan mentega.
4. Ratakan adunan tadi, biar sekata tebalnya dalam anggaran 4mm.
5. Cucuk permukaannya dengan garpu.
6. Potong bentuk jejari tapi jangan sampai putus.
7. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 40-45 minit atau hingga keemasan. Bila sudah masak barulah dipotong hingga putus.


Sesuai sebagai cenderahati atau Krismas

Semudah 1, 2, 3 saja kan? Selamat mencuba semua! - CARI
10

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • AlanaBracy

  • PamilaRBowman

  • RaginiEHarris

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapasapa 14-5-2021 06:03 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039135 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top