CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jihan Muse Bengang, Fattah Amin Dikatakan Tidak Bertanggungjawab?

14-12-2017 11:28 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 20488| Komen: 107|Original author: Oleh: Suzy

Description: Tak habis-habis lagi dengan kontroversi Fattah Amin ‘lesap’ semasa program Meletop, Jihan Muse pula memuatnaik status yang berbaur sindiran terhadap seorang hero yang tidak bertanggungjawab.

Jihan Muse muatnaik status, peminat kaitkan nama Fattah Amin
Tak habis-habis lagi dengan kontroversi Fattah Amin ‘lesap’ semasa program Meletop, Jihan Muse pula memuatnaik status yang berbaur sindiran terhadap seorang hero yang tidak bertanggungjawab. 

Status yang dimuatnaik pada 13 Disember itu berbunyi,

“Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikirkan tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri. Sebab dia pulak kerja kita disekat-sekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha”

Membaca status tersebut, tanpa berfikir panjang, ramai netizen yang terus menghentam Fattah Amin dan mengaitkan hero yang dimaksudkan Jihan adalah pelakon itu disebabkan kontroversi yang dicetuskan baru-baru ini.  


Menurut  status itu, Jihan Muse menyatakan peminat masih menyokong seorang hero yang gagal menunaikan tanggungjawabnya dengan baik berbanding dia yang sanggup melaksanakan kerja walaupun sedang sarat mengandung. 

Meletop mengumumkan kehadiran Fattah Amin dan Fahrin Ahmad dalam program tersebut
Terdahulu, ‘kehilangan’ Fattah Amin ketika program Meletop yang sejak awal mengumumkan kehadirannya menyebabkan peminat mengamuk dan mengatakan Fattah tidak profesional. 

Walau bagaimanapun, Astro telah menafikan Fattah Amin bersikap tidak professional. 

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menjelaskan Fattah sememangnya mempunyai urusan yang tidak dijangkakan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum program itu bersiaran secara langsung. 

Bagaimanapun peminat tidak dapat menerima penjelasan tersebut. 

Fattah Amin bersiap sedia untuk kemunculannya sebelum 'hilang'.
Kemudiannya, isu ini menjadi lebih panas apabila peminat Neelofa mengaitkan Fazura dalam kejadian ini dan menyatakan Fazura mengawal pergerakan Fattah supaya tidak bertemu dengan hos tersebut. 

Agaknya bilakah perbalahan ini akan berakhir. Lagipun Fattah dan Fazura sudah berkahwin, Neelofa juga dikatakan sedang hangat bercinta. Harap peminat masing-masing dapat bertenang dan lalui kehidupan seperti biasa. - CARI 
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sickchild72 14-12-2017 11:30 AM
Udah udah ler fanatik nilopak.. move on laaa
Quote MatDeghem 14-12-2017 11:34 AM
Sapa2 artist yg nak tumpang popular Fatah amin boleh lah comment2 sindir2....macam si  jihan nie  
Quote Despacito 14-12-2017 11:36 AM
Tak pasal2 si faz jugak yg kena kutuk
Quote MatDeghem 14-12-2017 11:37 AM
Kalau hajjah sedang hangat bercinta...bg mat rasa bala tentera semua tentu happy. Kalau mereka happy mereka  tak akan meroyan satu kampung....bacul baculkan  fatah amin.

Hanya loser yg selalu meroyan

Quote shahirakay 14-12-2017 11:41 AM
tapi betul apa yang jihan cakap. hak elaaaaa. ai rasa lofa okay je jumpa fattah. fattah yang elak-elak alahai
Quote adm7 14-12-2017 11:42 AM
Tak payah nak melenting..apa nak harapkan industri hiburan malaysia ni? Tgk jenis dan akal fanatik pun dah tau..disiplin, professionalism dgn bakat out pun xpa janji ada rupa sikit2..asal diorg boleh berangan
Quote miemiecha 14-12-2017 11:51 AM
semoga selamat perjalanan bersalin nnt jihan, xyah sbuk ah ngan org lain, pk baby lg baguih,.. sian kat baby nnt sama stress ngan mommy
Quote mawarika 14-12-2017 12:23 PM
Jihan ada petik nama patah ke? Takde... patah balik sebab adik takut kakak marah.
Quote CiliPadiSedap 14-12-2017 12:35 PM
orang lain bersalin juga, tapi tak de lah meroyan sebab artis kesayangan hero rakyat malaysia tak datang gegar vaganza. cerita sebenar peminat fattzura dah tahu.

biar kebenaran terbuka daripada tersungkur di pintu istana #TeamFattzura #TeamDodi #TeamSajatAuwAuw
Quote sepitsiput 14-12-2017 12:37 PM
mohon Jihan jelaskan siapa pula yg sheols royankan itteww....nak juga meols tahu siapa.. xkan berani menceceh kt twitter jah.

Quote Aduradura 14-12-2017 12:40 PM
Wowwwww momod, wlau benang fatah dah dicampak ke ulu banat....walau ramai yang bising gosip fatah memanjang.....tapi kenapa benang fatah yg tetap top di bodgos ni....

APE YANG AHLI BODGOS SEBENARNYA INGINKAN NI? Adakah kebanyakan mendambakan si fatah jugak kekeke
Quote dory.thefish 14-12-2017 12:41 PM
lama2 muak la psl gosip berkaitan fattah-nelofa ni. rase nak muntah if bkk ig terkeluar cerita sampah psl mahluk berdua ni.
Quote Aduradura 14-12-2017 12:44 PM
Oh maaf mencerca momod, benang dibukak sbb nk tolak ke depan jadi article cari khennnnn.....okengg okenggg

Curlass mek jihan mendoniaaa di saat sarat mengandung yach.......adoilaaaa ehehe
Quote kipasartis 14-12-2017 12:46 PM
Aduradura replied at 14-12-2017 12:40 PM
Wowwwww momod, wlau benang fatah dah dicampak ke ulu banat....walau ramai yang bising gosip fatah me ...

Benang all about g campak ke ulu banat.. lepas tu bukak thread asing2 untuk setiap isu..

Jihan dh ckp bukan ke fattah, tt ni dh kenapa? Nnt yg disalahkan karatz fattah jugak.. @suzy_2912 ada orang cari..
Quote sofiazara 14-12-2017 12:48 PM
Aduradura replied at 14-12-2017 12:40 PM
Wowwwww momod, wlau benang fatah dah dicampak ke ulu banat....walau ramai yang bising gosip fatah me ...

ko dah ada kat porem tak time nora denis dengan fasha?
yaampun time tu aku pun loya nak terbelahak muntah banyak beno benang deme dan bercakor saja peminat dua ekor tu

jadi utk turut sama menjadi part of the legend, aku telah turut sama menjadi penyumbang komen aku jadi team fasha time tu hahahaha


Quote LauraRichis 14-12-2017 12:54 PM
Kalau bukan tuju dak patah sape hero tu jihan oi??? Tak padan mengandong jari dok hansuang gak...last2 play victim salahkan acik bawang! Tu jah lah mo retis bajet A lister nih koserrrr

Sheols skrg mmg membongak je keje nye...kat ig pown galak reply acah2 good kat komen netizen
Quote pukulrata 14-12-2017 12:56 PM
lu punya nasi lu mkn,dia punya nasi dia mkn.
jaga periuk nasi sendiri.
mak buyung ni melalak lebih ni, mesti nak anak keluar muka cam patah amin
Quote damian_lee 14-12-2017 01:02 PM
Fattah amin xdatang pans si lopak yang over
Jihan meroyan xpetik nama pans pattah yang over


Pokoknya pansss lah yang overr
Quote BungaMataKucing 14-12-2017 01:05 PM
Alah saje je ni bikin panas

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.066856 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top