CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perut Dah Buat 'Goyang Gerudi'! Rasa Masakan Baba Nyonya, Hanya Di Baba Low

14-12-2017 04:33 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 5695| Komen: 9|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Kali ini kami pilih Baba Low di Bangsar Utama sebagai lokasi bagi memenuhi nafsu perut kami.
Baba Low di Bangsar Utama kali ini menjadi lokasi pilihan bagi memenuhi nafsu makan kami!

Dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam, Baba Low menawarkan pelbagai pilihan makanan Peranakan asli dari Melaka dengan harga berpatutan. 


Bagi anda yang sukakan sajian homecooked, bolehlah datang berkunjung.  Apa yang anda boleh pesan di Baba Low? Berikut 5 menu wajib rasa di sini.

Laksa Nyonya RM8.80
Laksa Nyonya resepi tradisi dari Melaka ini dihidangkan dengan penuh kasih sayang dengan sentuhan santan lemak berkrim, udang, telur, kuah yang agak pedas dengan hirisan timun sebagai hiasan penambat hati dan rasa. Cuba sekali, pasti terbayang-bayang dan nak lagi! 


Ikan Goreng Cili Garam RM8.80
Ikan kembung digoreng rangup dan dilumurkan dengan cili sedikit pedas, masam dan sudah tentu sedap menjilat jari! Pinggan anda pasti licin! 

Cendol RM5.80
Diperbuat daripada daun pandan segar dan beraroma enak, digabungkan pula dengan Gula Melaka, santan dan kisaran ais yang menyegarkan anak tekak. Memang sesuai nikmati Cendol Baba Low sebagai pencuci mulut atau penghilang dahaga. 

Bendi Sambal Belacan RM7.10
Selain bahan utama seperti bendi dan sambal belacan, bahan-bahan seperti cinta dan kasih sayang turut menjadi antara ramuan penting menu ini. Dibuat pula dengan pelukan mesra jari jemari chef Baba Low. Pasti kecur air liur! 

Kepak Ayam Berperisa 
Sedap juga ratah kepak ayam sambil selang-seli makan nasi. Kepak Ayam Baba Low dihidangkan dalam tiga perisa. Anda boleh pilih perisa Honey Mustard, Teriyaki atau BBQ. 

Jika anda pesan 12 ketul ayam, anda boleh pilih dua perisa kegemaran anda.

Alamat: 
Baba Low Bangsar Utama
2, Jalan Abdullah,Bangsar
59000 Kuala Lumpur

No Telefon: 
03-2202 0038
012-250 0278

Perut dah mula buat 'goyang gerudi', tunggu apa lagi? Ayuh ke Baba Low!  -CARI
8

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 14-12-2017 05:02 PM
Cendolllll{:laugh
Quote myakayina 14-12-2017 05:07 PM
sedapnya lahai..dah la aku tengah laparrrr....
Quote noraidil_06 14-12-2017 09:15 PM
Mesti payah parking. last weekend nk mkn nasi daun pisang, sampai sudah x dpt parking{:hero
Quote alesandra 14-12-2017 10:17 PM
hambarnya rupa cendol tu
Quote mis_j_alexanda 15-12-2017 09:30 AM
Dunia dah makin advance. budak2 dah makin pandai dan cerdik. so kenala ada mekanisme macam mana nak atasi masalah ini. mmg dah x boleh ikut kaedah yg dulu2...
Quote empatmataku 15-12-2017 10:29 AM
mahal

bendi 7.10?
Quote yangsemb 17-12-2017 03:37 PM
Not badddd{:cryrun
Quote kittypong31 18-12-2017 10:28 PM
ohh sedapnya!!
Quote vanillaninja 20-12-2017 11:21 AM
Dari dulu nak try Baba Low tapi tak terpergi pun. Bangsar, susah parking, sangat synonym.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.177952 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top