CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Boleh Terpacak Bulu Roma Kalau Masuk Dalam Hospital Boneka Ini!

18-12-2017 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 10144| Komen: 22|Original author: Oleh: Zailina

Description: Kalau Gen-Y mungkin tak main anak patung tapi main gajet pulak. Dalam gajet ada juga anak patung tapi tak boleh sentuh apa lagi cucuk matanya sampai jatuh dalam tengkorak.
Ingat lagi anak patung atau boneka yang jadi mainan zaman kanak-kanak dulu? Ingatkan, manusia sahaja yang akan dimasukkan ke hospital kalau jatuh sakit. Rupa-rupanya, boneka juga kena masuk ke hospital jika 'tercedera'. 

Maklumlah, budak-budak kan suka hempuk-hempuk mainan. Bukan setakat kaki dan tangan terburai, kepala pun boleh pecah. Itu belum lagi bola mata terperosok ke dalam kepala. Boleh meremang kita dibuatnya!


Anda rasa mereka 'hidup' ke menjelang malam?
Foto: Brilio

Di Lisbon, Portugal, terdapat sebuah hospital boneka. Hospital De Bonecas ini ditubuhkan sejak tahun 1830. Maknanya, sudah 187 tahun! Ia memberikan 'rawatan' kepada boneka dari bahan plastik, porselin, seramik, metal, bulu biri-biri dan kain yang rosak. 


Boneka yang cedera akan dirawat 'doktor' Manuela Cutilero yang sudah berkhidmat di situ selama 30 tahun. Ada juga pakar bedah plastik berkhidmat di situ.


Foto: AFP

Seperti hospital lain, pemilik perlu menunggu hingga boneka 'sembuh'. Kalau mengganti mata, bibir atau tangan, ia akan mengambil masa 4 bulan atau lebih. Pendek kata, selagi tak sempurna takkan boleh dibawa pulang. Alamak, mesti tak tahan rindu!


Bahagian anggota 'palsu' yang menunggu untuk dipasang semula
Foto: Brilio

Boneka yang dihantar akan dikenal pasti terlebih dahulu sebelum diagnosa dibuat. Setelah itu, barulah 'pembedahan' dilakukan. 

Sama seperti hospital biasa, hospital ni dilengkapi stok donor organ. Mata, kaki, tangan, bahkan kepala juga ada yang disumbangkan kepada hospital ini untuk dipasangkan kepada boneka rosak. Paling banyak adalah stok mata kerana budak-budak memang suka jolok mata dulu. Dah nasib boneka macam tu, nak buat macam mana lagi kan.


Foto: AFP

 
Kalau ke Lisbon, jangan lupa melawat

Kini, rata-rata pengunjung adalah orang tua yang ingin 'memulihkan' boneka dari zaman kanak-kanak mereka dengan tujuan untuk disimpan sebagai kenangan. 

Hospital de Bonecas juga memiliki sudut-sudut klasik. Banyak laci, ruang perawatan dan semestinya pelbagai bentuk tubuh boneka.

Seram? 

Sudah tentulah! Mesti ada kisah di sebalik boneka yang dah jadi sejarah ini.


Ada juga aksesori dijual di sini
Foto: Brilio

Gajet

Kalau Gen-Y, mungkin tak main anak patung macam kita dulu-dulu dah. Tapi main gajet pula hingga ketagihan. Dalam gajet memang ada anak patung, tapi tak boleh sentuh apa lagi nak dirodok matanya sampai terperosok dalam tengkoraknya. - CARI
7

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
19

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cari-Faizal 18-12-2017 12:25 PM
Ya allah ada juga bunda alah ni kn
Quote Artemesiaa 18-12-2017 12:50 PM
Mesti boneka yang dihantar kesana untuk diperbaiki ada kenangannya tersendiri.  Kalau jenis biasa2 mungkin dah lama dibuang je.
Quote yangsemb 18-12-2017 03:04 PM
Wowwwww...can turn into museum pun
Quote chauky314 19-12-2017 11:13 AM
ngeri seh....
Quote kuzaime 19-12-2017 03:12 PM
Tang budak2 suka korek mata anak patung tu mmg betul sbb kecik2 dulu pun aku mcm tu
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 01:56 PM
sangat menyeramkan
Quote mieymiey 20-12-2017 02:09 PM
Patung mahal kot. Kalau patung murah, rosak, masuk tong sampah. Kos nak baiki ni mesti mahal kan?
Quote DollahRepek 20-12-2017 04:27 PM
seramnyer
Quote AznieBunnie 27-12-2017 02:58 PM
kuzaime replied at 19-12-2017 03:12 PM
Tang budak2 suka korek mata anak patung tu mmg betul sbb kecik2 dulu pun aku mcm tu

nak tanya, kenapa suka korek mata anak patung?

kesian anak patung tu....
Quote shernazz 28-12-2017 12:58 PM
dedolu iols ada anak patung seramik..
mmg rasa comel sgt
patung zaman dedolu
naseb masa tu iols x kenal lagi annabelle
Quote makneng 28-12-2017 10:47 PM
Mak maseh ingat barbie doll arwah ayah beli masa umur mak 5thn. Suka betul dandan rambut patung n siap minta ibu rmh mak jahitkan baju utk barbie doll tu.
Quote kuzaime 29-12-2017 07:42 PM
AznieBunnie replied at 27-12-2017 02:58 PM
nak tanya, kenapa suka korek mata anak patung?

kesian anak patung tu....

Nama pun budak2 lg masa tu sis.. gerammm ngan mata patung tu..dok gerak2 ngan bulu mata keras kejung dia tu..
Quote ninjago 11-1-2018 10:25 AM
bykla setan2 duk lepak kat situ..
Quote nordiana87 29-1-2018 08:51 AM
Scary amat
Quote Aerhys 2-2-2018 07:34 PM
Nanti ada patung yg kena possess oleh jin syaitan sebab menyerupai fizikal manusia. Lebih lebih lagi kalau dipuja puja. Confirm haunted tempat ni
Quote Ambola 7-3-2018 09:15 AM
Creepyyyyyyyyyyyyy
Quote afie_m 5-4-2018 03:24 PM
seram...banyak sangat patut menankutkan rasa
Quote Supersirap 27-2-2022 07:33 PM
Lain orang lain hobinya
Quote alongweeda 2-3-2022 01:29 PM
teringat anabell

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.317776 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top