CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aktor Kasanova ‘Dua Alam’ Cuba Jerat Bella Nazari

18-12-2017 11:28 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 19701| Komen: 101|Original author: Oleh: Suzy

Description: Pelantun suara runut drama popular Duda Pujaan Dara, Bella Nazari baru-baru ini mendedahkan dia dirapati aktor berhidung belang! Dia dikatakan hampir menjadi mangsa aktor kasanova itu yang didakwa tel ...

Pelantun suara runut drama popular Duda Pujaan Dara, Bella Nazari baru-baru ini mendedahkan dia telah dirapati oleh aktor hidung belang! Dia dikatakan hampir menjadi mangsa aktor kasanova itu yang didakwa telah melakukan beberapa siri penipuan. Mengenali aktor tersebut di laman Instagram, Bella mengakui sudah berkomunikasi dengan aktor tersebut sejak 2 minggu  yang lalu dan masih berhubung mneggunakan whatsappp sehingga harini. 

"Dia tegur saya di Instagram dan mahu kenal lebih rapat. Dia kata dia juga seorang pelakon, jadi saya berani bertukar nombor dan bermula daripada situ kami berhubung melalui aplikasi Whatsapp,” terang Bella.

Bella yang dahulunya pelakon kini lebih dikenali sebagai penyanyi.
Sejurus bertukar nombor telefon, aktor itu dikatakan sering menghubunginya dan ini menimbulkan rasa kurang senang padanya. Bella atau pemilik nama sebenar Mas Nabiella Nazari berkata aktor tersebut sering kali meluahkan niat untuk menjadikannya sebagai isteri.

"Kebanyakan topik yang dibualkan adalah mengenai perkahwinan dan turut meminta nombor telefon ibu untuk meminang saya. Saya difahamkan lelaki ini sebenarnya sudah berkahwin dan punya seorang anak namun cara hidupnya seperti orang bujang. 

"Dia pandai 'memancing' gadis-gadis untuk mendapatkan duit. Bukan sahaja wanita, lelaki turut menjadi mangsa. Seorang teman rapatnya yang saya kenali turut tertipu," jelas Nabila.

Di awal kemunculan sebagai pelakon, Bella membawa watak antagonis.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Oh Cintaku ini memaklumkan dia kini sedang mengumpul bukti bagi memastikan lelaki tersebut tidak lagi menggunakan taktik yang sama untuk menipu orang lain. Ujarnya lagi, lelaki tersebut menggunakan kemewahan dan ayat manis untuk memikat gadis-gadis dan golongan lelaki lembut.

"Mujurlah saya tak kena tipu lagi kerana menyedari taktik dia menipu orang ramai dan sebenarnya lelaki itu tidaklah kaya seperti yang digambarkan. Sekarang ini saya sedang mengumpulkan beberapa bukti dan akan mendedahkannya nanti supaya tiada lagi yang tertipu. 

"Pesan saya kepada masyarakat di luar sana, jangan terpedaya dengan kemewahan palsu yang ditunjukkan dan terpengaruh dengan janji manis lelaki kasanova begini," katanya lagi.

Pertunangan Bella pada akhir 2015 gagal sampai ke jinjang pelamin.
Mengulas mengenai aktiviti penipuan yang dikatakan dilakukan oleh seorang aktor, daripada laporan yang diperolehi didapati kasanova berusia 30-an tersebut menabur janji-janji manis untuk mendapatkan wang daripada wanita yang berjaya masuk dalam perangkap cinta palsunya itu. 

Aktor tersebut yang memilki kad keahlian Pesatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedang diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dan peras ugut. Antara laporan polis dibuat terhadapnya termasuk di Puchong, Serdang, Taman Melawati dan Tanjung Rambutan. - CARI 
13

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
2

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 18-12-2017 11:33 AM
Sapa ler aktor kasanova ni agaknya ye...{:hero
Quote Burong_Hantuk 18-12-2017 11:37 AM
siapa agaknya si idong belang tuh"?
Quote miemiecha 18-12-2017 11:37 AM
mek lau tgk dia ni berlakon, mesti mulut mek cam nk terikut2 memek mulut dia tu.. kahkahkah.. adoiiii
Quote sunquick 18-12-2017 11:38 AM
dia ni berlakon ok gak...
menyanyi pon sedap suaranye..
Quote kiah_mai_pulak 18-12-2017 11:44 AM
Senduknyyaaa muka ko dekkk...
Quote mieymiey 18-12-2017 11:45 AM
Who are yussssssssss?
Tapi boleh tak kalau i nak speku kasanova tu Pisperos
Quote kiah_mai_pulak 18-12-2017 11:45 AM
Burong_Hantuk replied at 18-12-2017 11:37 AM
siapa agaknya si idong belang tuh"?

Jejai tu retis x?? Meolss nk speku jejai boleh?? Kihkih
Quote Aduradura 18-12-2017 11:48 AM
Yang sheolls gatal naww pg bg num.phone tu dah kenape....
Quote lotionmilo 18-12-2017 11:56 AM
Dua dua who are yousss ?
Quote MH3707 18-12-2017 12:02 PM
sape sundal ni...haram tak kenal
Quote zameyla 18-12-2017 12:07 PM
kiah_mai_pulak replied at 18-12-2017 11:45 AM
Jejai tu retis x?? Meolss nk speku jejai boleh?? Kihkih

Tapi jejai anak dah tiga...
Kat sini dia kata kasanova tu anak sorang..
Quote nisako 18-12-2017 12:08 PM
sape ooi........... bg tau le............
Quote Issandra 18-12-2017 12:09 PM
Ha Dua2 meols x kenal. Sorry
Quote bukan_ustazah 18-12-2017 12:12 PM
who a yus. tak popular malas nak ambik tahu ..
Quote Lorra2411 18-12-2017 12:19 PM
siapakah pelakon tersebut?
Quote cmf_premierleag 18-12-2017 12:20 PM
bella nazari whoareyusss?
aktor kasanova idung belang whoareyuss?
Quote susukambingbest 18-12-2017 12:20 PM
mieymiey replied at 18-12-2017 11:45 AM
Who are yussssssssss?
Tapi boleh tak kalau i nak speku kasanova tu Pisperos

pis anak 2, jantan ni anak sorang. rsanya plakon sendu/plakon baru sbb pompuan ni xkenal pun laki tu sapa. bila laki tu kata dia pun plkon gak, trus pompuan ni sudi brtukar2 no fon
Quote September14 18-12-2017 12:22 PM
Bosan la pelakon2 bru skg, fasha jgk yg best
Quote BookerT 18-12-2017 12:24 PM
kiah_mai_pulak replied at 18-12-2017 11:44 AM
Senduknyyaaa muka ko dekkk...

kira lawa la tu nyah...kau nyah...??

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.097916 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top