CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belajar Daripada Kejahilan Lalu, Wan Nor Azlin Seru Rakan Artis Ke Kelas Agama

18-12-2017 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 8090| Komen: 16|Original author: Oleh: Suzy

Description: Tidak mahunya dirinya seorang mendapat barakah dalam berkarya, pelakon drama popular Wan Nor Azlin tidak akan berdiam diri sekiranya melihat rakan-rakan artis melakukan perkara yang tidak baik disisi ...
Tidak mahunya dirinya seorang mendapat barakah dalam berkarya, pelakon drama popular Wan Nor Azlin tidak akan berdiam diri sekiranya melihat rakan-rakan artis melakukan perkara yang tidak baik di sisi agama ketika di set pengambaran. 


Wan mengakui menjadi peranannya untuk melakukan teguran kepada rakan-rakan artis sekiranya mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. 

Menurut Wan, semenjak menghadiri kelas agama, dia sering mengunakan ilmu yang diperoleh untuk memberi teguran kepada rakan artis. 

Wan Nor Azlin semakin mendalami ilmu agama.
"Jika saya lihat ada sesuatu yang tidak betul di set penggambaran, memang tanggungjawab saya untuk menegur. Tapi teguran itu biasanya dalam bentuk mengajak ke arah kebaikan dan bercerita, bukannya menghukum mereka. 


"Saya tidak kisah sekiranya individu yang ditegur tidak dapat menerima apa yang cuba saya sampaikan," katanya. 

Sementara itu, Wan memaklumkan dia menggunakan laman Instagram miliknya untuk mengajak rakan-rakan artis dan karyawan menyertai kelas pengajian agama. Dia berasakan sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang muslim untuk melakukan dakwah. 

Lakonan adalah sumber rezeki utama Wan Nor Azlin.
"Bila kita belajar agama, memang salah satu tujuannya adalah untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu. Saya menggunakan laman sosial untuk mengajak rakan-rakan supaya lebih dekat dengan Allah.

"Jika ada kelapangan, mereka boleh sertai kelas yang saya hadiri," kata pelakon drama 'Syurga Yang Kedua' yang mempunyai 70 episod itu. 

Mengakui jiwanya lebih tenang setelah menghadiri kelas agama.
Dalam pada itu, pelakon senior ini juga mengakui jiwanya lebih tenang semenjak menghadiri kelas agama. 

"Tiada sebab lain, semua ini untuk diri sendiri. Apabila belajar agama, jiwa lebih tenang. Saya banyak belajar dari kejahilan lalu, kini saya mahu bersihkan jiwa dan roh," ujarnya. - CARI 
13

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cari-Faizal 18-12-2017 12:22 PM
Alhamdulillah. Semoga istiqamah
Quote myakayina 18-12-2017 12:30 PM
Alhamdulillah .. ini yg sebaiknya..dari jahil kembali ke jalan yg benar.. bukan dari baik kembali jahil.. mohon kita semua juga pengakhiran yg baik nanti.. Aamin..
Quote helicornia 18-12-2017 12:53 PM
apa ending citer dia dgn ayah dia yg sampai gi court dulu
Quote adel7 18-12-2017 12:54 PM
Dejavu. Rasa mcm dah penah ade benang cite pasal ni hmmm
Quote dubuk 18-12-2017 01:03 PM
الحَمْدُ ِلله
Quote Burong_Hantuk 18-12-2017 02:24 PM
sudah ada la ini topik
Quote chinta89 18-12-2017 02:34 PM
semoga kekal dlm kebaikan
Quote notyghosty 19-12-2017 10:03 AM
Alhamdulillah... semoga terus istiqamah
Quote devilito2 19-12-2017 11:54 AM
alhamdulillah...
Quote AznieBunnie 19-12-2017 03:04 PM
helicornia replied at 18-12-2017 12:53 PM
apa ending citer dia dgn ayah dia yg sampai gi court dulu

ni yang kes build in cabinet tu kan? ke?
kes lama tu.... sejak edisi dia kembali dari kuburan...
Quote helicornia 21-12-2017 08:54 PM
AznieBunnie replied at 19-12-2017 03:04 PM
ni yang kes build in cabinet tu kan? ke?
kes lama tu.... sejak edisi dia kembali dari kuburan...
...

ye yg kes kabinet tu la
Quote naina 21-12-2017 08:57 PM
Alhamdulillah..bila dh dpt ketenangan tu rasa perkara2 lain dh tak heran dah. Semoga istiqamah.
Quote hiswife 22-12-2017 07:36 AM
Alhamdulillah.. all d best kak lin
Quote mieymiey 22-12-2017 09:28 AM
Semoga istiqamah.
Quote dutch_lady 22-12-2017 09:36 AM
alhamdulilah...
Quote meow8948 22-12-2017 01:00 PM
Alhamdulillah... Moga istiqamah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073472 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top