CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Melancong Tapi Mahu Bajet? Ini Dia 3 Destinasi Luar Negara Bawah RM1.5k

19-12-2017 11:03 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4857| Komen: 8|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Tak pernah ke ‘oversea’ tapi teringin…Masalahnya bajet pun cuma RM2,000 ja.Mana ‘oversea’ yang boleh dituju?Jangan risau,Masih ada 3 destinasi luar negara yang anda boleh nikmati. Semuanya lebih ...
Tak pernah ke ‘oversea’ tapi teringin…
Masalahnya bajet pun cuma RM2,000 ja.
Mana ‘oversea’ yang boleh dituju?

Jangan risau,
Masih ada 3 destinasi luar negara yang anda boleh nikmati. Semuanya lebih kurang RM1,500 sahaja dan lebihan RM500 tu bolehlah beli ole-ole nanti atau simpan saja.



1.
Bali, Indonesia

Terkenal dengan pantai, pemandangan dan kesenian. Antara daya tarikan pelancong termasuklah Tanah Lot, Kuil Uluwatu (Pura Luhur), Gunung Batur dan Ubud.

Terletak di tebing yang curam, Pura Lahur adalah satu daripada sembilan kuil Hindu yang bertujuan melindungi Bali daripada sebarang anasir jahat, manakala Tanah Lot dibina di atas batuan di laut yang jauhnya terletak lebih kurang 100m dari pesisir pantai.

Ubud yang terletak di gunung sejuk terkenal dengan keunikan ukiran kayu, kraftangan, tekstil, barangan kemas dan restoran. Anda boleh mengupah pemandu van mini yang juga boleh menjadi pemandu pelancong untuk bersiar-siar di sekitar Bali selama 4-8 jam.


Anggaran kos 4 hari 3 malam
Tiket penerbangan dan hotel 3 bintang di Kuta  -  RM600
Van mini (Bemo) antara lapangan terbang dan Kuta (2 sesi) –  RM10
Bajet per hari (RM80 x 4 hari) – RM320
Pemandu dan van (untuk 8 jam, 2 hari – van mini boleh memuatkan sehingga 5 orang)  –   RM400
Kos keseluruhan – RM1,330


2) Ho Chi Minh, Vietnam

Ho Chi Minh (HCM) adalah bandar terbesar di Vietnam.
Matawang USD diterima di sini tetapi lebih murah jika anda gunakan Vietnam Dong (VND). Tipsnya tukar terlebih dahulu dengan ringgit Malaysia (RM1= VND5,500).

Semangkuk mi di medan selera berharga sekitar RM7-9. Makanan jalanan yang murah juga mudah didapati, anda boleh beli sandwich dengan hanya beberapa ringgit. Cubalah secawan kopi kaw Vietnam, mi sup (‘pho’)  yang enak atau ‘spring rolls’ tradisional penduduk Vietnam.

Lokasi wajib pula ialah Muzium Perang, Pejabat Pos Utama, Katedral Notre Dame,  Istana Merdeka dan Rumah Opera. Anda boleh pergi ke Pasar Ben Thanh untuk tawar-menawar beg tangan tiruan, pakaian dan makanan.

Gunakan separuh hari untuk melawat Terowong Cu Chi bagi melihat terowong bawah tanah yang panjang dan curam (di mana para tentera Vietnam bersembunyi selama berbulan-bulan lamanya semasa peperangan).


Anggaran kos 4 hari 3 malam:

Tiket penerbangan dan hotel 3 bintang  KL – HCMC –  RM500
Teksi antara lapangan terbang dan bandar (2 sesi) –  RM80
Bajet per hari (RM80 x 4 hari) –  RM320
Terowong Cu Chi untuk lawatan separuh hari  –  RM90
Kos keseluruhan  – RM990


3)  Angkor, Kemboja

Antara tempat pelancongan paling terkenal di dunia. Ia kawasan prasejarah yang terpelihara dan terdiri daripada banyak kuil. Dengan hanya pas lawatan sehari, anda boleh masuk bermula dari pukul 5 petang sehari sebelumnya untuk melihat keindahan matahari terbenam lalu menghabiskan masa sebanyak mana yang anda mahu pada hari berikutnya.

Selain itu, anda boleh menyewa ‘tuk-tuk’ (treler yang ditarik oleh motosikal) untuk bersiar-siar di persekitaran tersebut kerana ianya sangat luas. Sesetengah orang menghabiskan 2 atau 3 hari di Angkor tetapi anda boleh melihat banyak perkara hanya dalam satu hari.

Kuil yang paling terkenal ialah Angkor Wat (kuil utama dan terbesar), Angkor Thom, Bayon dan Ta Phrom (pembikinan filem Tomb Raider dilakukan di sini). Musim kering selalunya bermula pada November hingga Mac.

Taraf hotel di Siem Reap terdiri daripada hotel murah hingga ke kelas pertama. Harga makanan murah tetapi kebanyakan barangan dijual dalam dolar Amerika (USD).


Anggaran kos 4 hari 3 malam:
Tiket penerbangan dan hotel bertaraf sederhana  -  RM600
Pengangkutan – tuk-tuk sekitara Angkor per hari  –   RM60
Teksi antara lapangan terbang dan bandar (2 sesi) –   RM60
Masuk ke Angkor – pas lawatan sehari –  RM160
Bajet per hari (RM80 x 4 hari) –  RM320
Lain-lain – cukai lapangan terbang (Siem Reap – KL) – RM110
Kos keseluruhan  – RM1,310


Jadi, siapa kata bajet RM1,500 tidak mampu ke luar Negara? - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Iema5008 19-12-2017 01:12 PM
Bali.cambodia. jogja dan thai.. aku boleh spend 3k scara mewah.. bbaloi lah dengan pcutian bajet. Cuma kdg2 tdapat acik2 pakcik2 yg kurang btamadun mgacau mood masa bcuti2.. tolak sna sini
Quote Artemesiaa 19-12-2017 04:44 PM
Betul kesemua negara2 tu tak banyak kosnya untuk melancong kesana
Quote watachiwa 20-12-2017 08:36 AM
ye asalkan ko gi bercuti bukan nak bersopping
kalo gi vietnam tu bwk 500 cukup nak sopping kot.hahaha
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 01:55 PM
tq for info. blh la plan nk bercuti nnt
Quote sherry70 23-12-2017 11:00 AM
Edited by sherry70 at 23-12-2017 03:28 PM

Bangkok pun masih murah . tapi Cambodia lagi best bab sewa basikal  sepanjang 5 hari , main redah je jln ke mana2 cuma satu je  la meka guna USD
Quote notsospecial007 29-12-2017 03:52 PM
good idea.. pegi krabi aritu pun lebih kurg 500 sj.. naik van.. sgt jimat tapi pengalaman menyeronokkan
Quote zetty1978 31-12-2017 02:03 AM
Bajet mcm mana sekalipun jgn lupa beli insurans perjalanan ye .. bkn nk minta yg tidak elok tp lbh baik bersedia dgn apa2 kemungkinan ..
Quote xyura 2-1-2018 12:19 PM
yeay dah bole plan cuti lepas ni tapi nak tunggu flight ticket murah le haha

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061511 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top