CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penutup Lubang Berseni Di Jepun - Dari Besi Buruk Jadi Tarikan Pelancong!

20-12-2017 10:17 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5462| Komen: 14|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Apa jadi dengan penutup lubang di jalan raya di Malaysia? Berkeladak? Berlubang atau akhirnya dicuri?Ia perkara biasa kan? Maklumlah apa sahaja yang berkaitan besi pastinya ‘mendapat perhatian’.Lupa ...
Apa jadi dengan penutup lubang di jalan raya di Malaysia? Berkeladak? Berlubang atau akhirnya dicuri?

Ia perkara biasa kan? Maklumlah apa sahaja yang berkaitan besi pastinya ‘mendapat perhatian’.

Lupakan seketika hal itu kerana ada cerita menarik mengenai penutup lubang di Jepun.

Ya, selain kebersihan dan budi bahasa masyarakat Jepun, ada sahaja teknologi atau budaya yang perlu dicontohi oleh bangsa lain. 



Bukan sebarang penutup lubang - kerana di Jepun, bahagian atas penutup tersebut dilukis motif yang menggambarkan budaya dan seni sesuatu kawasan.

Sebanyak 12,000 motif ukiran tutup lubang boleh ditemui di seluruh Jepun.

Misalnya di Ise, ukirannya menggambarkan sekelompok warga pada zaman Edo berziarah di Kuil Ise.

Ada juga yang memotretkan gaya tradisional sementara sisinya pula dihias dengan rekaan ala manga dan anime.






Malahan pemandangan tempat-tempat terkenal seperti Gunung Fuji dan Teluk Yokohama juga dijadikan motif lukisan.

Unik dan cantik inilah yang menarik perhatian para pelancong yang mengetahuinya melalui Instagram atau Twitter.

“Ia adalah budaya yang boleh kami banggakan," kata Hideto Yamada, pemimpin Gesuido Koho Purattofomu (peminat seni penutup lubang) kepada Japan Times.  

Kumpulan ini terdiri daripada golongan profesional. Sangat hebat  negera sakura hingga mempunyai kelab khusus!




Sejarahnya bermula sejak tahun 1980-an dibawah Kementerian Infrastruktur yang bertujuan meningkatkan sistem pembentungan di negera matahari terbit.

Tampaknya ia bukan sahaja mencantikkan sistem pembentungan malah menjadi daya penarik pelbagai lapisan masyarakat.

Mengambil populariti ini, kerajaan Jepun mengambil inisiatif mengeluarkan kad bergambar penutup lubang yang pelbagai motif ini dan ternyata ia benar-benar popular hingga diulang cetak sebanyak 30,000 lembar.



Antara peminatnya adalah Hidetoshi Ishii, pegawai di Tokyo, berusia 60-an ini menghabiskan masa lebih 20 tahun untuk mengumpul penutup lubang seni ini di setiap penjuru Jepun. Bermodal basikal lipat dan gulungan peta, dia sudah mengelilingi 1,700 daerah lalu mengumpulkan 4,500 foto.

"Rasanya seperti menemui permata. Ia membuat saya tersenyum," tuturnya. - CARI 

7

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 20-12-2017 10:24 AM
cantik sgt                                                
Quote azradiza 20-12-2017 10:30 AM
mmg unik & design cantik
aku sempat amik few pics of my own

PA090789.JPG

PA091010-crop.JPG

P5170414.JPG
Quote cairel_azlie 20-12-2017 10:33 AM
kalau dekat Malaysia dah ghaib benda ni kena kutip dengan MAT KILO! haha
Quote mrizumi 20-12-2017 10:44 AM
Kreatif..bila lah nk p jepun..haha
Quote fly_in_d_sky 20-12-2017 10:54 AM
cairel_azlie replied at 20-12-2017 10:33 AM
kalau dekat Malaysia dah ghaib benda ni kena kutip dengan MAT KILO! haha

hahaha betul-betul
apa sahaja boleh dijual dan dapat duit ..
wajib diambil ...



Quote MissMamamia75 20-12-2017 11:08 AM
Impressed...{:childlike
Quote Artemesiaa 20-12-2017 11:36 AM
Wah banyaknya koleksi beliau.  Kalau kemana2 negara memang suka je ambil gambar penutup besi cam ni.
Quote syue86 20-12-2017 12:20 PM
kat kuria pn sama tp cantik lg jepun punya
klu mlysia ghaib dh..mcm basikal sewa tu
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 01:47 PM
Canitk dan kreatifnya
Quote tengah_bosan 21-12-2017 07:50 AM
sangat kreatif...
sape tau penutup lubang boleh jadi secantik ni..
Haha
Quote notsospecial007 29-12-2017 03:48 PM
wahh.. kreatifnyaaa.. secara x langsung boleh jadi 1 tarikan walaupun hanya penutup lubang
Quote uda 29-12-2017 07:51 PM
Mmg sangat cantik and sgt kreatif.
Ttg budi bahasa-ni nak komen sikit. Smlm saya telah sengaja dilanggar dan hampir dihantuk kepala oleh sorang pemuda japan. Rasanya dia memang anti muslim.
Saya telah berhenti di pintu masuk store and nampak pemuda ni meluru kearah saya and saya sempat jerit dan elak but terkena sikit and hampir2 jatuh.
Saya terus maki dia. Dia dan kawan dia berlalu without even saya sorry or sumimasen. Kawan dia tu tua, mcm bapa dia aje.
I dah 6 kali g japan and tak sangka kali ni dapat bad experience
Quote zetty1978 31-12-2017 02:00 AM
Masa gi Jepun ritu byk gak dpt amik gmbr manhole ni .. tp mana yg ada nama city tu x jumpa sgt .. impressed sgt sbb benda2 mcm ni pun dorang ambil kira ..
Quote xyura 2-1-2018 12:30 PM
memang kreatif betul orang jepun ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.076138 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top