Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Membazir Beratus Ringgit Beli Kek Aiskrim! Buat Di Rumah Je, Hanya Guna 4 Bahan

21-12-2017 10:34 AM|Oleh: Apish Apijjie| Komen: 14

Kek aiskrim atau kek span mana pilihan anda? Sudah pasti setiap satunya mempunyai peminat masing-masing tetapi bagi yang meminati kek aiskrim sudah pasti nikmatnya tidak terbayang.

Bila sebut kek aiskrim mesti akan fikir harganya yang sedikit mahal berbanding kek biasa. Tetapi jangan khuatir di sini ada caranya untuk hasilkan kek ais krim buatan sendiri dan anda boleh makan sepuas-puasnya.

Resepi yang dikongsi oleh laman sesawang Kaki Sini amat mudah untuk disediakan selain daripada bahan-bahannya yang cukup ringkas.

Jadi apa lagi jom kita lihat resepinya yang akan membuatkan anda terus ingin mencuba sediakannya.

Foto: Jom Masak
Bahan-Bahan
1) Dua perisa ais krim kegemaran - coklat, vanila, strawberi (lembutkan)
2) Kepingan Biskut Pilihan - Oreo, Marie, Digestive (dihancur kasar)
3) Mentega (dicairkan)
4) Kekacang atau hirisan coklat sebagai hiasan (tabur atas kek)

Foto: Jom Masak
Cara-Cara
1) Alaskan loyang dengan baking paper
2) Masukan kepingan biskut ke dalam plastik dan ketuk sehingga hancur kasar
3) Masukkan biskut yang dihancurkan dalam mangkuk lalu dicurah mentega yang dicairkan, kemudian gaul
4) Ambil separuh serbuk biskut digaul bersama mentega tadi lalu diletak di dalam loyang sebagai permukaan pertama
5) Kemudian masukan ais krim pilihan anda sebagai lapisan kedua di dalam loyang
6) Lakukannya selang seli antara serbuk biskut dan pelbagai perasa ais krim sehingga ke atas loyang
7) Taburkan kekacang atau hirisan coklat dibahagian atas kemudian tutup dengan plastik makanan jernih
8) Masukan ke dalam peti ais beberapa jam untuk ia membeku sebelum dihidangkan.

Anak-anak mesti melompat seronok kalau di rumah sentiasa ada ais krim buat mereka. Sesuai sangat dihidangkan untuk majlis hari jadi dan sebagainya. Selamat mencuba! -CARI

Kredit Resipi: Kaki Sini

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
10
Terkejut
3
Sedih
11
Lawak
7
Bosan
8
Komen: 14
Komen

Previous : 5 Jenis Makanan Penyumbang Kanser, No 2 Tu Memang Mengejutkan!

Next       : Jom Naik Hop On Hop Off Tengok Penang, Jimat Masa Duit Minyak!

Komen Terbaru

Quote Foxey 23-9-2018 09:16 AM
Macam mudah je nak buat

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 21-12-2017 10:51 AM
Iols pernah buat.tp nk potong ssh ya amat
Quote friedfishsoup 21-12-2017 10:52 AM
Ok nak try.thanks fr the recipe
Quote zawara 21-12-2017 11:05 AM
pernah buat tp aiskrim tu pun ai buat sdri
Quote moonbug 21-12-2017 12:04 PM
Aiskrim kalau dah cair lps tu bekukan balik tak sama texture dia. Less creamy. Tp oklah kalau saja2 nak buat kelainan utk birthday anak ke apa kan. Jimat duit
Quote CardiGans85 21-12-2017 01:36 PM
Yummy..{:hooray
Quote dubuk 21-12-2017 01:43 PM
dubuk suka aiskrim kit kat bites
Quote zakiahmahadi 28-12-2017 07:35 PM
Terbaik akan dicuba
Quote xyura 2-1-2018 01:24 PM
bestnye macam senang je nak buat

tq tt
Quote samasam90 8-1-2018 12:52 PM
noraidil_06 replied at 21-12-2017 02:51 AM
Iols pernah buat.tp nk potong ssh ya amat

akak tak letak pisau dlm air suam ke kak? sy pun first tu susah juga.. tapi bila letak pisau dlm air suam, baru senang nak potong..
Quote noraidil_06 8-1-2018 01:10 PM
samasam90 replied at 8-1-2018 12:52 PM
akak tak letak pisau dlm air suam ke kak? sy pun first tu susah juga.. tapi bila letak pisau dlm a ...

Oooo.tp kaka x buat dh kut.beli jelah noks.kaka pemalas sebenonye.buat jamu kaka rajin la
Quote chinta89 19-4-2018 09:43 AM
tekstur asi krim jadi lain dh bila dh cair then keraskan balik
Quote Daintymerry19 20-9-2018 03:42 PM
Bestnye..budak suke ni
Quote Daintymerry19 20-9-2018 03:43 PM
Tq for the recipe
Quote Foxey 23-9-2018 09:16 AM
Macam mudah je nak buat

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
14.949479s Gzip On
To Top