CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

13 Tahun Wanita Ini Makan Tahi Sendiri! Jijik, Tengok Rumahnya Boleh Muntah

22-12-2017 01:03 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 8048| Komen: 50|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Description: Apa perasaan anda apabila ada seorang jiran yang terlampau pengotor sehingga satu tahap dia boleh makan tahi mereka sendiri dalam pinggan. Gila jijik! Tapi bagi seorang wanita bernama Shanna, beliau ...

Apa perasaan anda apabila ada seorang jiran yang terlampau pengotor sehingga satu tahap dia boleh makan tahi mereka sendiri dalam pinggan?


Jijik! Tapi bagi seorang wanita  bernama Shanna, dia selesa hidup dalam keadaan begitu sehinggalah jiran-jiran melaporkannya kepada majlis perbandaran Washington dan dikenakan saman sebanyak  $250 sehari sehingga ianya bersih.


Shanna hidup bersama emaknya yang juga seorang “hoarders”. Hoarders adalah keadaan mental yang tidak sihat menyebabkan seseorang itu mengumpulkan banyak benda-benda pelik dalam rumahnya. 


Rumah Shanna tiada sistem kumbahan dan ini menyebabkan mereka membuat sistem kumbahan mereka sendiri. Bagaimana?


Sumber: reverendawesome.com

Shanna membuang air dalam sebuah baldi besar. Sekiranya penuh, baldi itu akan dituang kedalam beberapa botol dan akan disimpan di dalam rumahnya. Berlambak botol yang ada dalam rumah itu yang baunya terlampau busuk.

 Apabila ditanya, Shanna hanya menjawab yang dia baru tahu sebenarnya najis manusia ada bau. Lebih 13 tahun bergelumang dengan najis sehinggakan tidak dapat membezakan antara mana yang betul atau tidak.


Botol yang mengandungi tahi, Sumber: heydontjudgeme.com
Ahli keluarga Shanna yang lain diberitahu dan mereka berkumpul untuk menunjukkan situasi mental yang sangat teruk dialami Shanna. Matt Paxton, salah seorang pengusaha Clutter Cleaner melawat dan menasihati keluarga Shanna yang lain bersama-sama  pakar terapi psikologi, Dr. Robin Zasio. 

Matt yang melawat rumah Shanna melihat sendiri bagaimana Shanna menguruskan sistem kumbahannya. Shanna membuat demonstrasi dengan menuangkan segala tahi dan air kencing dari baldi besar tadi kedalam botol-botol kecil. Ada sedikit tumpahan di tepi baldi dan Shanna hanya mengelapnya menggunakan jari. Ewww!

Sumber: heydontjudgeme.com

Paling sadis, Dr Zasio melakukan pemerhatian yang Shanna dapat keseronokan makan makanan yang tercemar dengan najisnya sendiri. Shanna beranggapan yang makanannya masih bersih sekiranya masih berbungkus dalam plastik. Makan tengah hari berlaukkan tahi dan air kencing. Shanna juga tidak akan memakan roti yang sudah berkulat, tapi setelah kulat itu dibuang, roti tadi akan dimakannya. Tak boleh bayangkanlah!


Sumber: reverendawesome.com

Kini Shanna dalam jadual pemulihan dari sakit mentalnya dan perjalanannya masih jauh. Ahli keluarganya menempatkannya di rumah yang lain sementara mencari pusat terapi mental yang bersesuaian.

Kalau ternampak ahli kerluarga dan sahabat kita yang mempunyai simptom seperti berikut, dapatkan segera bantuan pakar. Jangan bertangguh!

- Ketidakupayaan membuang harta benda

- Kebimbangan yang teruk (anxiety) ketika cuba membuang item

- Kesukaran yang besar untuk mengkategorikan dan mengurus harta benda

- Tidak ragu-ragu untuk menyimpan apa yang patut atau meletakkannya dimana

- Tekanan atas sebab sedih atau malu dengan harta benda

- Keraguan orang lain menyentuh item simpannya

- Pemikiran obsess yang tidak masuk akal, takut kehabisan item atau memerlukannya di masa hadapan

- Memeriksa sampah untuk objek yang dibuang secara tidak sengaja

- Suka menyendiri, masalah berkeluarga atau perceraian dan juga boleh membahayakan kesihatan


Perbezaan dengan pengumpul (collectors)Kelihatan sama, tapi berbeza kerana pengumpul kebiasannya bangga dengan barangan mereka dan suka berbincang dengan pengumpul yang lain tentang barangan itu. Mereka menyusun dan menempatkan barangan dalam satu tempat khas. Ada kepuasan dalam setiap penambahan barangan koleksi mereka. Sangat berbeza dengan ‘hoarders’ tadi. -CARI

16

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
23

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 22-12-2017 11:50 AM
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote Knowlee 22-12-2017 11:50 AM
Adoi... Mmg tahap teruk sakit mentalnya. Mmg wajib dapat rawatan. Takleh imagine betapa contaminated nya rumah dia. Takde pulak dia kena food poisoning makan tahi sendiri. E coli banyak tu.
Quote paz 22-12-2017 11:53 AM
Dah kenapa baru tahu tahi busuk
Quote EvieWanKenobi 22-12-2017 11:53 AM
pengotornya.. takleh dibayangkan..
Quote ais_kosong 22-12-2017 11:55 AM
aduhh serius nak muntah..
Quote vanillaninja 22-12-2017 11:56 AM
Ni hoarder paling kronik ni. Sisa dari badan sendiri pun nak disimpannya. Macam mana pulak rumah sheols ni takde sistem kumbahan?
Quote miminn 22-12-2017 11:59 AM
Pengsan lah. Tapi sihat je dia makan najis pun.
Quote idakamaruddin 22-12-2017 12:10 PM
tak sangka mmpu ek dia duduk dlm tahi mcmtu

ya ampunn

so sakit mental dia tu diwarisi dr mak dia la ek
Quote chazey 22-12-2017 12:12 PM
Faaaaaaaak women! You two got some ssssiiiiirrrrrrius problems!
Quote Daisyna 22-12-2017 12:12 PM
ya Auloh,makan taik sendiri,jijiknya
Quote iloveselangor 22-12-2017 12:36 PM
Perempuan biawak hidup
Quote Rosie77 22-12-2017 12:42 PM
banyaknya kuman kat situuuuuuuuuuuuuuu macam mana dia boleh terus berhidup dalam keadaan macam tu
Quote mieymiey 22-12-2017 12:45 PM
Membesar dengan sihat pula dia makan taik sendiri
Quote abangadek 22-12-2017 12:45 PM
sejenis yg sayangkan barang sampai ke tahi pun kau telan balik yarkkk
Quote xtahumenahu 22-12-2017 12:47 PM
Nak tgk pon aku x sanggup wehh...
Quote putput 22-12-2017 03:22 PM
mulutnya bau apa ya?
Quote saladin780 22-12-2017 03:43 PM
bagusnya..mengamalkan kitar semula
Quote miemiecha 22-12-2017 04:06 PM
mek baca dgn kembang tekak nya.. part lap tepi baldi ngan jari
Quote mrizumi 22-12-2017 05:34 PM
pgotor gila...
Agknya sbb dh biasa sgt n hidung dh sebati ngn bau tahi..tu yg kata baru tahu tahi tu ada bau..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.091062 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top