CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sadis! Lelaki Ini Dipaksa Jadi Wanita Sejak Lahir, Akhirnya Mati Bunuh Diri

27-12-2017 10:24 AM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 10435| Komen: 76|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Description: Siapa sangka yang sebenarnya ada eksperimen dalam dunia ini yang terlepas dari norma dan etika sang saintis. Asal namanya manusia, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Begitulah yang terjadi ...

Siapa sangka yang sebenarnya ada eksperimen dalam dunia ini yang terlepas dari norma dan etika sang saintis. Asal namanya manusia, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Begitulah yang terjadi pada Dr John Money yang telah tersilap dalam eksperimennya seterusnya menjadi penemuan baru dalam dunia perubatan moden.


Kes bermula pada tahun 1965, apabila seorang bayi lelaki yang sihat pada asalnya tetapi mengalami masalah ketika hendak kencing. Bayi lelaki itu dinasihatkan doktor untuk melakukan khatan dan atas persetujuan ibu dan bapanya, pembedahan yang sepatutnya berjalan lancar menjadi tragedi. Zakar bayi yang diberi nama Bruce telah rosak keseluruhan kerana pakar bedah telah mengkauterisasikan bahagian zakar itu menggunakan alat kauteri yang rosak.


Sumber: spherebowl.com

Kauterisi (cauterizing) adalah cara pakar bedah untuk menutup luka, memotong anggota atau menghentikan pendarahan dengan cara membakar pisau bedah sehingga merah menyala sebelum memotong. Asalnya untuk menghalang pembiakan bakteria, namun teknik ini telah menyebabkan kemalangan kepada Bruce.


Beliau dirujuk kepada Dr John Money setelah para doktor telah menasihatkan ibu bapanya yang sedih dengan apa yang terjadi, untuk berjumpa Dr John Money. Beliau adalah ahli Psikologi yang khusus dalam penukaran jantina.  


Dr. John  beranggapan bahawa jantina adalah hasil dari pembentukan sosial dan bukan melalui fitrah. Beliau merasakan Bruce adalah eksperimen yang terbaik untuk membuktikan bahawa teorinya benar. Ibu bapa Bruce telah bersetuju untuk membesarkan Bruce sebagai perempuan dan menukarkan namanya menjadi ‘Brenda’. Sejurus persetujuan itu, Bruce yang berumur 17 bulan telah menjalani pembedahan jantina sepenuhnya.


Sumber: dailymail.co.uk


Pada umurnya 9 tahun, Dr John percaya yang teorinya betul dan menulis jurnal akademik mendedahkan kejayaannya dengan merujuk Bruce/Brenda sebagai John/Joan untuk menutup identitinya. Namun 4 tahun kemudian Bruce mula menunjukkan tanda-tanda akil baligh yang ketara. Bruce sangat berbeza dengan anak perempuan yang lain. Ini menyebabkan Bruce seringkali diejek kerana sifat fizikalnya seperti lelaki, berbadan tegap dan besar.  Ini menyebabkan beliau depresi dan mempunyai risiko untuk membunuh diri.


Melihat keadaannya begitu, Dr John terpaksa memberitahu beliau perkara yang sebenarnya. Dia menukar nama kepada David dan cuba untuk menjadi lelaki semula. Bruce melakukan semula pembedahan jantina, berkahwin dan menjadi bapa tiri kepada 3 orang anak tirinya.

Sumber: sophmoet.wordpress.com

"Dia tidak mengetahui bahawa kesnya telah menemukan banyak buku teks perubatan dan psikologi yang kini menubuhkan protokol untuk mengubati hermaphrodit (khunsa) dan orang yang kehilangan zakar mereka," kata John Colapinto, wartawan untuk New York Times yang mendedahkan cerita David.


Cerita ini juga telah menyebabkan sesiapa yang mahu membuat pembedahan jantina yang secara fitrah manusia tercipta lelaki dan perempuan asalnya dan sukar untuk diubah. Terbukti juga sekiranya individu terbabit menukar jantina, apa yang mereka perlukan bukan penukaran semula jantina, tetapi sesi kaunseling yang berpanjangan.


Dr. John William Money
Sumber: puppetstringnews.com


Menurut Jabatan Perkhidmatan Kesihatan di UK, ramai transeksual menyesal keputusan mereka untuk hidup dalam jantina berlawanan. Laporan salah satu jabatan kerajaan di UK juga menyebut mengenai transeksualisme, yang dikeluarkan pada bulan April 2000, berkata: "Ramai orang kembali kepada jantina biologi mereka setelah hidup beberapa ketika dalam jantina berlawanan".

Sumber: library.csun.edu


Apa yang terjadi dengan Bruce?


Bruce akhirnya mati membunuh diri pada tahun 2004 pada umur 30’an kerana mengalami kemurungan yang teruk selepas berpisah dengan isteri, kehilangan kerja dan adik kembarnya meninggal dunia.


Sadis kan? -CARI

11

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 27-12-2017 11:07 AM
mmg sedih sgt.. teringat kisah budak yg bersunat pastu doc terpotong tuh.. aduh... moga allah permudahkan segala urusan hidupnya
Quote Simunggu 27-12-2017 11:34 AM
memang ada kes mcm ini dolo dolo di kampung...

pasangan yg teringin anak perempaun...semua anak lelaki...1 anak dipakaikan pakaian mcm perempuan, rambut bagi panjang...siko punya ibu bapa...
Quote HannahMontana 27-12-2017 11:35 AM
malang ..........
Quote tayam 27-12-2017 11:55 AM
kesiannya kat bruce
Quote cicicumel 27-12-2017 01:04 PM
Hollywood xde ke buat film biografi psl ni? Menarik utk ditonton
Quote EncikRhoma 27-12-2017 01:18 PM
sajat elok pulak. siap ada bf lagi
Quote supernaturalee 27-12-2017 01:36 PM
cicicumel replied at 27-12-2017 01:04 PM
Hollywood xde ke buat film biografi psl ni? Menarik utk ditonton

kann
mcm filem the danish girl



Quote naina 27-12-2017 01:40 PM
Kesiannya.. Hanya kesilapan doktor. Habis rosak masa depan anak tu
Quote vanillaninja 27-12-2017 01:43 PM
Kesiannya la hidup Bruce ni.
Quote xtahumenahu 27-12-2017 02:13 PM
Kesian dia..mangsa keadaan
Quote mieymiey 27-12-2017 02:58 PM
Berlainan pula dengan Bruce Jenner.
Quote Muntz 27-12-2017 03:32 PM
Itu maknanya identiti jantina tak boleh dipaksa.
Quote salmon-suki 27-12-2017 08:20 PM
EncikRhoma replied at 27-12-2017 01:18 PM
sajat elok pulak. siap ada bf lagi

Sajat tu rela hati nk jd pmpuan..bruce ni "dipaksa" dan dia xde ingatan psl dia dilahirkan sebagai lelaki..bila besar,dah keluar identiti lelaki,kena ejek2 bagai smpai kua citer sebenar..tp salute sbb dia nk stay as who he is..bkn mcm sajat,safiey tu..memondan je walhal dah terang2 membesar as lelaki and dorg aware y dorg tu laki..
Quote moonbug 27-12-2017 08:35 PM
Kesiannya hidup dia. Kesilapan org lain, dia yg tanggung
Quote famri7 27-12-2017 08:37 PM
Isnt that cute his name is also bruce.
Quote SOFIA2017 27-12-2017 09:10 PM
tragis nyer hidup dia..
kesian...
Quote imransulaiman 27-12-2017 09:51 PM
EncikRhoma: sajat elok pulak. siap ada bf lagi

Safiey pun... Hahaaaa!
Quote dani-rox 27-12-2017 11:08 PM
wpun sadis, ini membuktikan jantina dan seksualiti takda suis on off yg ko boleh tekan ikut suka, spt yg digembar gemburkan.
Quote fairy_fairy 27-12-2017 11:31 PM
Macam one of the episodes in SVU ja..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.101638 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top