CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pelik! Gula-Gula Getah Jadi ‘Trademark’ Dinding Di Seattle, Amerika Syarikat

27-12-2017 12:24 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6293| Komen: 11|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Pelik – gula-gula getah jadi ‘trademark’ dinding di Seattle, Amerika Syarikat.Pasti ramai yang pernah mengalami insiden terlekat gula-gula getah (chewing gum) di seluar atau baju di mana-mana tempa ...


Pasti ramai yang pernah mengalami insiden terlekat gula-gula getah (chewing gum) di seluar atau baju di mana-mana tempat awam kan?

Rasanya ewww…. geli lalu membebel pada orang yang tidak bertanggungjawab itu.

Tapi bagaimana pula jika gula-gula getah memenuhi dinding batu berhampiran Pike Place Market, Post Alley hingga menjadi trademark di Bandar Seattle, Washington?

Ada rasa nak membebel atau hairan dengan perbuatan pelik ini?



Pemandangan berwarna-warni ini boleh dilihat dengan aksi pengunjung yang melekatkan gula-gula getah yang telah dikunyah ke dinding yang tingginya 15 kaki hingga mencapai 50 kaki.

Berdekatan dengan Market Theater, tradisi ini sebenarnya bermula pada tahun 1993 ketika Patron Unexpected Productions Seattle Theatresports melekatkan gula-gula getah di dinding sebagai simbolik perasmian.

Namun lama kelamaan ia jadi kebiasaan apabila orang yang lalu lalang turut menempek gula-gula getah hingga ia menjadi tarikan pelancong pada tahun 1999.

Malahan ada juga ‘pelukis sukarela’ yang membuat hasil seni dengan gula-gula getah terpakai ini.






Patutlah ramai juga yang menjadikan lokasi ini untuk berselfie mahupun merakamkan kenangan sebagai tanda pernah berada di Seattle.

Malahan filem Love Happens lakonan Jenniffer Aniston juga pernah mengambil latar belakang The Market Theater Gum Wall sebagai adegannya pada tahun 2009.

Setelah membiarkan gula-gula getah di dinding selama 20 tahun, akhirnya pihak berkuasa dengan kerjasama Pike Place Market membersihkan dinding tersebut bagi mengelakkan jangkitan kuman pada 10 November 2015.

Kerja pembersihan ini mengambil masa 130 jam untuk menghapuskan gula-gula getah seberat 1,070kg.




 

Bagaimanapun tiga hari kemudian, pengunjung tetap hadir lalu menempek kembali  gula-gula getah yang baru ke dinding tersebut.

Jadi, anda rasa ia masih pemandangan yang menarik atau jijik melihatnya? - CARI 

14

Bagus
19

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 27-12-2017 12:34 PM
cantiknyaaa... tapi mcm gelipun ada. mcm sarang bakteria
Quote ninja boy 27-12-2017 12:40 PM
pasang aja dinding anti lekat, bakteria serupa ludah sana sini sembur sireh  
Quote mrizumi 27-12-2017 01:32 PM
Kalau tgok wrna wrni tu cntik ar..tp pkr air liur tu..geli plak..
Quote nisako 27-12-2017 02:11 PM
eiiiiiiiiiii geli la...............mesti byk kuman
Quote saladin780 27-12-2017 02:29 PM
eeeiiii zizikkk
Quote syue86 27-12-2017 05:58 PM
yucks!
Quote miemiecha 28-12-2017 09:41 AM
mesti berbau kan
Quote tengah_bosan 28-12-2017 10:40 AM
Euww.
Walaupon cantik as background..
tapi duk imagine banyaknya bacteria..
Quote whadda 28-12-2017 11:01 AM
eee... walopon cantik tapi geli plak tengok.. automatic teringat air liur.. yuckkkss
Quote notsospecial007 29-12-2017 03:33 PM
hahahhaha.. kalo yg baru lekat tu, dapat tgk real punya ayaq liuq
Quote Ambola 6-3-2018 09:09 PM
Ewwww geli nyer

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.131025 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top