CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Keranda Tepi Jalan

28-12-2017 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2854| Komen: 19

Description: Sebuah keranda misteri di tepi jalan Batu 4, Jalan Apas, Tawau, mengejutkan pengguna jalan raya di daerah itu.
Sebuah keranda misteri di tepi jalan Batu 4, Jalan Apas, Tawau, mengejutkan pengguna jalan raya di daerah itu.

Memetik Harian Metro, keranda misteri itu dipercayai ditinggalkan di situ sejak beberapa hari lalu.



Foto: Harian Metro

Menurut Sainal Sarsan, 28, dia mendakwa menyedari kehadiran keranda itu Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau. Ketika itu, dia melihat empat lelaki bertopeng dipercayai remaja sedang mengheret sebuah keranda dan salah seorang daripada mereka membawa pedang samurai.

“Saya memandu lori membawa muatan ikan dan melalui jalan itu menuju ke Batu 4 pada jam 1 pagi. Sebaik tiba di lokasi, saya terlihat empat remaja lelaki bertopeng mengheret keranda itu ke tengah jalan raya,” katanya.

Terkejut dengan situasi itu, Sainal gagal mengelak hingga kenderaannya melanggar keranda berkenaan sementara empat remaja terbabit melarikan diri.

Ketika dia berhenti di tepi jalan, sebuah Perodua Myvi yang kebetulan melalui kawasan itu turut memberhentikan kenderaannya dan Sainal mengalihkan keranda ke tepi jalan.

“Selepas diperiksa keranda itu kosong dan ia dialihkan bagi mengelak kejadian buruk,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus mengesahkan kejadian dan pihaknya akan menyiasat empat individu terbabit. - CARI
13

Bagus
25

Marah
13

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 28-12-2017 10:35 AM
baru2 ni ada dengar ulangan misteri jam 12, ada org ni htr email kt KC cite pasal misteri keranda terbang kt area sabah

aku syak ni salah sorang ahli yg buat keje mistik la ni

Quote prettyuglybabe 28-12-2017 10:43 AM
misteri tu kalau tetiba je keranda tu muncul entah dari mana..
ni dah sah-sah ada orang yang bawak keranda tu sebelum lori tu terlanggar..
apa yang misterinya..
Quote SWORKS27 28-12-2017 10:44 AM
ni keje2 nak prank orang kot ni
Quote moonbug 28-12-2017 10:49 AM
Nasib baik tak terbabas kereta yg langgar keranda tu
Quote batmana 28-12-2017 11:40 AM
kecik benar keranda.
keranda binatang agknya
mgkin bdk2 tu nk kebumikan binatang perliharaan dorg
Quote minguk 28-12-2017 11:45 AM
keranda tuyul barangkali
Quote samasam90 28-12-2017 11:51 AM
apa yg misteri dgn keranda kosong yg dibawa remaja? apa pentingnya keranda kosong ne berbanding dengan remaja bertopeng membawa samurai? apa kepentingan berita ne?
Quote sukacactus 28-12-2017 11:51 AM
4 remaja tu sengaja buat camni nak kasi viral kot
Dah exposed, xde apa yg misterinya lg
Quote kucen_miang 28-12-2017 11:53 AM
budak budak setannnnn..... kata haji bakhil.
Quote palmolive 28-12-2017 01:41 PM
Dari mana datangnya KERANDA itu
Menuju tepat ke arah LORIku
KERANDA misteri beracun merosak jiwa
Membuat ku lemah tidak bermaya
KERANDA beracun ..
KERANDA beracun ..
KERANDA beracun ..
KERANDA beracun ..

Quote miemiecha 28-12-2017 03:42 PM
hati2 lah, risau ade bnda x baik,.. kot nk prank pastu merompak ke ape kan..
Quote CiliPadiSedap 29-12-2017 10:31 AM
dah kenapa ahchong main sorok dalam keranda?
Quote mieymiey 29-12-2017 10:49 AM
Haritu kecoh pasal prank hantu pocong kat bus stop. Tempat yang sama kan?
Quote yangsemb 2-1-2018 07:04 AM
Uiiiiitty seramnyaa{:cryrun
Quote Simunggu 2-1-2018 07:18 AM
strategi nak merompak tu....
Quote chinta89 2-1-2018 10:49 AM
kalau tertengok malam2 ni... haihhh makin laju pecut kereta
Quote DollahRepek 2-1-2018 11:45 AM
Ada percubaan memuja?
Quote onexox97 7-1-2018 02:51 PM
seriau la
kalau malam malam
Quote Maideen. 9-9-2020 09:18 AM
Seram pula bila membaca kisah misteri ini...........

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065279 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top