CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Culik Remaja, Polis Buru Lelaki Menyamar Polis

28-12-2017 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17579| Komen: 152

Description: Polis memburu lelaki menyamar sebagai anggotanya selepas dilaporkan membawa lari remaja perempuan berusia 16 tahun, lapor BH Online.
Polis memburu lelaki menyamar sebagai anggotanya selepas dilaporkan membawa lari remaja perempuan berusia 16 tahun, lapor BH Online.

Kejadian berlaku di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, petang semalam.


Difahamkan, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi dilarikan suspek lingkungan usia 20-an, menggunakan nama Faiz dan mengaku anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.


Foto: BH Online

Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di kawasan itu keluar membeli buku sekolah untuk adiknya kira-kira jam 11 pagi, kata ibunya, Wan Maziah Wan Mat, 37.

"Selepas itu, dia singgah membeli pisang goreng di gerai berhampiran simpang Ulu Gali dan di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis yang meminta pertolongannya untuk membawa motosikal baharu dibelinya di sebuah premis di Sungai Ruan.


"Lelaki itu kemudian mengikuti Nur Syaminn Nabila ke rumah dan bertemu dengan saya. Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz dan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.

"Dia juga beritahu mahu meminta tolong anak saya untuk mengambil motosikal baharu dibelinya, tanpa syak wasangka saya membenarkannya dan mereka menaiki sebuah kereta berwarna perak," katanya.

Namun, kira-kira jam 3 petang kemudian dia menerima panggilan daripada mangsa yang memberitahu dia berada di Gua Musang, Kelantan bersama lelaki itu.

"Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya diambil lelaki itu sebelum talian diputuskan. Saya kemudian memeriksa dengan rakan yang juga anggota polis, namun mendapati tiada anggota bernama Faiz di Balai Polis Sungai Ruan.

"Bimbang dengan keadaan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, jam 4 petang," katanya. 

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya sedang melakukan siasatan. - CARI
11

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 28-12-2017 12:47 PM
What??? Kau kasi anak gadis kau naik kereta lelaki yg kau baru kenal seminit dua?

Aku edit tambah gadis.... Anak gadis bbnu kot!!
Quote fahima80 28-12-2017 12:53 PM
Macam pelik je cerita mak budak ni. Semudah tu ke percaya kat orang?
Quote gdspls 28-12-2017 12:56 PM
berbau ikan..
siapa kah Faiz dlm cerita ini?..
Quote moonbug 28-12-2017 01:15 PM
Alahai makcik. Bagi anak free2 kat orang. Nak mintak tolong amik motor baru beli? Dah kenapa nak mintak tlg kat org tak kenal, budak perempuan pulak tu. Jalan cerita tak masuk akal langsung
Quote paz 28-12-2017 01:15 PM
Alamak mak dia tak mampu pikir ke apa?
Quote Siput_Sawah 28-12-2017 01:20 PM
mak age 37yo..tak pa next year boleh beranak lagi kekdahnye!!

adoii senang nye kau kasi anak kau ikut jate tak kenal sesenang kau "crett" mlm mlm dgn laki kau
Quote jazaa100 28-12-2017 01:22 PM
Klu mak aku....mati kau kena hamput...

Apsal lak nk mintak tlg ank dara bawak motor kau....kata polis, tak de org lain ke yg blh tlg ?...klu tak de...memang kau polis giler, sampai tak de kwn nk tlg...


Quote fifie_olin 28-12-2017 01:23 PM
ko tgk pakai smart skit trus bg izin..
omak jns pe ko ni
abisla jd laok kang
Quote iloveselangor 28-12-2017 01:24 PM
Koser akak nak cari anak kau.....dah tak reti bela anak lepastu menyusahkan orang pulak.
Quote arasham 28-12-2017 01:25 PM
Tak dinafikan ramai je ibu2 yg gelenyar nak ank2 gadis depa Ada teman lelaki seawal umur 14/15 taun.. so Tak pelik pun kes in. Harapannya adik ni selamat sejahtera Dan dpt balik ke pangkuan keluarga
Quote mogey 28-12-2017 01:29 PM
[youtube]IazcbIUkong[/youtube]

aku harap kes ni tak berulang kembali
Quote haryatie 28-12-2017 01:30 PM
peliknya citer...bru bape jam kenal jerk, betul kerrr
susah aku nk hadam
Quote Jajabeans 28-12-2017 01:33 PM
lawabudaknya
Quote prettyuglybabe 28-12-2017 01:41 PM
culik la sangat.. habis celebrate tahun baru nanti balik la anak tu..
harap tak jadi nenek la acik ni tahun depan
Quote sukacactus 28-12-2017 02:05 PM
Edited by sukacactus at 28-12-2017 02:06 PM

Kalau laki tu je yg menipu, mudah betul mak dgn ank kena tipu
Tolong la celik minda skit
Mcm xde org lain plak laki tu nak minta tlg
Tp lg haru kalau laki & budak pompuan tu pakat tipu mak...apa nak jadi la
Quote amyza 28-12-2017 02:18 PM
Mungkin mak dia percaya laki tu baik, siap dtg rumah mintak izin. Tak sangka pulak penyangak.
Quote saviour_09 28-12-2017 02:23 PM
something wrong somewhere ni
aku tak percaya ada lagi manusia sebodoh mak dia ni
boleh bagi strangers bawak anak naik kereta bagai
seriously?
Quote zulka 28-12-2017 02:32 PM
aduhai mak dia ni pun...harapkan muka je lawa otak takde
Quote Rosie77 28-12-2017 02:44 PM
budak nie la yang makcik aku cerita awal pagi tadi.. tapi bukan diculik, tp mmg budak pompuan tu yg lari ikut lelaki tu.. umh makcik ak kat raub tu jugak..dia trsrempak dgn isteri tok 4 gali tu  then dia ckap budak tu lari ikut lelaki tu.

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.099653 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top