CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Negara Lain Dah 2018, Tapi Mereka Masih Di Kurun.. - Apa Dah Jadi?

3-1-2018 03:24 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5009| Komen: 5|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Negara lain dah 2018, tapi mereka masih di kurun … - Apa dah jadi?Kita sudah berada di hari ketiga pada tahun 2018. Tiadalah yang luar biasa. Tapi tahukah anda, ada sembilan Negara yang tidak menyamb ...


Kita sudah berada di hari ketiga pada tahun 2018. Tiadalah yang luar biasa. Tapi tahukah anda, ada sembilan negara yang tidak menyambut tahun 2018? 

Ini kerana mereka ada kalendar dan kepercayaan sendiri.


1) 2561 tahun di Thailand

Secara rasmi, Thailand mengikut kalendar lunar Buddha, dengan kronologi bermula dari saat Buddha mencapai nirvana. Sebab itu tahun ini adalah 2561 di Thailand.

Eh! Lagi ‘advance’ pula. Tapi jika anda berkunjung ke sana, mereka sebenarnya masih gunakan calendar ‘Gregorian’ khusus untuk aktiviti pelancongan.


2) 2011 tahun di Ethiopia

Berbeza pula di Ethiopia yang baru saja menyambut tahun 2011, yakni 7 tahun ke belakang.

Lagi satu yang aneh, Ethiopia ada 13 bulan dalam setahun iaitu 12 bulan mempunyai 30 hari manakala bulan terakhir pula sangat pendek, hanya 5 atau 6 hari sahaja.

Keanehan terakhir iailah kalendar mereka tidak bermula pada tengah malam tetapi pada waktu matahari terbit. Ia berdasarkan kalendar purba Alexandria.


3) 5778 tahun di Israel

Hanya yang pelik-pelik di Israel. Menggunakan kalendar Ibrani membuatkan negara ‘penjajah’ ini sudah berusia 5778 tahun!

Kalendar Ibrani sebenarnya bermula dengan bulan baru pertama pada 7 Oktober 3761 SM. Satu jam bermaksud 1,080 bahagian iaitu adalah 76 saat bagi setiap bahagian.


4) 1439 tahun di Pakistan

Sangat menarik sebab Pakistan gunakan Kalendar Islam sebagai kalendar rasmi. Bermula dari Hijrah iaitu tarikh Nabi Muhammad dan pemindahan Muslim pertama ke Madinah (622 AD).

Selain itu, permulaan hari pula adalah pada waktu matahari terbenam dan bukannya pada tengah malam. Tempoh setahun dalam kalendar Islam adalah 10-11 hari kurang daripada tahun solar.


5) 1396 tahun di Iran

Gabungan kalendar solar astronomi dan kalendar Islam ini dicipta oleh sekumpulan ahli astronomi termasuk penyair terkenal Omar Khayyam.

Patutlah setiap bulan tetap pada musim yang sama.


6) 1939 tahun di India

Lagi jauh ketinggalan nampaknya India kerana Kalendar nasional mula diperkenalkan pada tahun 1957.

Lagi berkecamuk apabila pelbagai bangsa dan suku menggunakan calendar mengikut kepercayaan masing-masing seperti bermula tarikh kematian Krishna (3102 SM) dan ada juga yang mengikut kalendar Vikram pada tahun 57.


7) 30 tahun di Jepun

Pelik kan? Negara maju tetapi baru 30 tahun. Ini kerana terdapat 2 buah kronologi iaitu pertama bermula dengan kelahiran Nabi Isa dan  yang kedua pula berkisar pada pemerintahan Maharaja Jepun.

Di kebanyakan dokumen rasmi, 2 tarikh digunakan: satu menurut kalendar Gregorian dan satu mengikut era semasa di Jepun.


8) 4716 tahun di China

Gunakan kitaran astronomi planet Musytari sebagai kalendar, negara China dianggarkan sudah berusia 4716 tahun!

Musytari mengelilingi Matahari selama 12 tahun membuatkan orang China percaya 12 ekor haiwan menguasai setiap tahun.


9) 107 tahun di Korea Utara

Negara ditaktor ini pula baru berusia 107 tahun. Ia sempena kelahiran Kim Il-sung, (pengasas Korea Utara dan presiden kekal negara itu) pada tahun 1912. Rasa macam tak percaya tapi itulah kebenarannya. 

Ada yang terlalu laju sehingga usia bumi 5000 tahun dan ada juga yang baru puluhan tahun. Apa pun, setiap orang mempunyai kepercayaan masing-masing. Raikan perbezaan. - CARI 

28

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
22

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 3-1-2018 03:49 PM
wahh.. sy baru tahu. info yg menarik
Quote ahlisihircute 3-1-2018 04:18 PM
Info yg sgt bagus...
Quote nisako 3-1-2018 04:41 PM
wah baru tahu......................
Quote sherry70 3-1-2018 09:36 PM
bagus juga dpt  new info
Quote Cikjie 3-1-2018 10:29 PM
Info yg sangat menarik..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.165392 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top