CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bukan Cikgu Je Cantik, Sekarang Pengawal Keselamatan Sekolah Pun Dah Macam Model

3-1-2018 02:24 PM| Diterbitkan: Cari-Abdul| Dilihat: 10767| Komen: 22|Original author: Oleh: Abdul

Description: Kalau tahun-tahun sebelumnya kecoh tentang cikgu-cikgu muda dan cantik tapi kini lain pula ceritanya apabila tularnya di laman sosial, seorang gadis menawan yang menjadi pengawal keselamatan sekolah.
Kalau tahun-tahun sebelumnya kecoh tentang cikgu-cikgu muda dan cantik tapi kini lain pula ceritanya apabila tularnya di laman sosial, seorang gadis menawan yang menjadi pengawal keselamatan sekolah.


Gadis berkenaan yang dikenali sebagai Sri Mahyuni Munif, 19 tahun menjadi bualan netizen setelah rakan setugas memuat naik gambarnya sedang bertugas di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney dia Kuala Lumpur.

Lihatlah gambar-gambarnya, maniskan senyumannya?

Foto: Facebook

Namun di sebalik senyuman itu, ada pelbagai kisah sedih yang dilalui sepanjang zaman remajanya.

Menurutnya, dia terpaksa berhenti sekolah semasa tingkatan dua kerana ingin menyara keluarga selepas bapanya mengalami masalah kesihatan.

Setelah berkecimpung dalam pelbagai bidang pekerjaan dia akhirnya memilih kerjaya sebagai pengawal keselamatan sekolah sejak Januari tahun lalu kerana sukakan kanak-kanak.

Foto: Facebook
Ujarnya, dia sedikit pun tidak kisah meskipun terdapat segelintir yang memandang rendah pada pekerjaanya, asalkan rezeki itu halal.

Pengorbanannya itu telah mendapat pujian dari para netizen yang kagum dengan semangat dirinya yang tidak memilih bidang pekerjaan yang diceburi meskipun mempunyai rupa paras yang menarik.


Harap-harap kisah Mahyuni menjadi inspirasi buat anak-anak muda yang lain untuk terus mencari rezeki yang halal.

Tapi janganlah lepas ni ramai bapa budak berkumpul dekat pondok pengawal keselamatan pula ya. -CARI
5

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 3-1-2018 02:31 PM
Kagum dengan ketabahan ko dik.. cara ko bercakap pun nampak baik dan naif je. Akak suka.. muka ko pun cantik. Tapi berbeza betul warna muka dengan warna tangan ko dik..
Quote mieymiey 3-1-2018 02:37 PM
barfi replied at 3-1-2018 02:31 PM
Kagum dengan ketabahan ko dik.. cara ko bercakap pun nampak baik dan naif je. Akak suka.. muka ko pu ...

Hahahahaha. Tergelak i baca, terpaksa i scroll balik gambar atas.
Quote chinta89 3-1-2018 04:02 PM
barfi replied at 3-1-2018 02:31 PM
Kagum dengan ketabahan ko dik.. cara ko bercakap pun nampak baik dan naif je. Akak suka.. muka ko pu ...

keh3.. oiii sempat ko tilik dia punya colour skin. adoii..


laju plk ak skroll tgk gmbr dia.
Quote barfi 3-1-2018 04:05 PM
chinta89 replied at 3-1-2018 04:02 PM
keh3.. oiii sempat ko tilik dia punya colour skin. adoii..



Yg dalam gambar ni tak ketara sgt beza uolsss. Dalam video interview dia di fb harian metro mmg jelas..
Quote yangsemb 3-1-2018 04:11 PM
Cutenya {:thief{:thief
Quote Minami2013 3-1-2018 04:14 PM
Sesuai le kat sekolah... sian tingkatan 2 dah kena berhenti sekolah...
Quote onexox97 3-1-2018 04:38 PM
JANGAN nanti mak budak pulak jeles bapak antar anaknya ke sekolah
Quote SOFIA2017 3-1-2018 09:45 PM
oklah tu jadi guard...janji halal
keje pun senang jer
Quote batu kikir 3-1-2018 10:23 PM
InsyaAllah........
Dalam hidup aku, tak pernah lagi aku memandang rendah Pak dan Mak Guard ni.
Tempat tinggal, tempat kerja ......... semua ada guard.
Kalau ada rezeki.....aku belikan nasi lemak, teh tarik sekali sekala
Musim buah.......ketepikan sikit untuk diaorang.
Quote batu kikir 3-1-2018 10:26 PM
Aku pernah nampak
Ada orang tu......dahlah tak ikut aturan yang ditetapkan
Bila Pak Guard nasihat........terus maki hamun guard dan ajak bertumbuk.
Stupid asshole la orang macam ni.
Quote cyber_mania 3-1-2018 10:41 PM
Berkat pengaruh KPop & KDrama, org Malaysia makin ramai putih2. Dan menjaga kulit jugak. Baguslah. Sejuk mata memandang.
Quote cyber_mania 3-1-2018 10:44 PM
Btw, ada satu komen kat FB kt atas tu tulis "Enak seribu daya, tak nak seribu dalih".  Harapnya typo semata lah ye.

Jgn ko ajar bebudak darjah satu peribahasa ke laut ni.
Quote sofiazara 4-1-2018 12:32 AM
cyber_mania replied at 3-1-2018 10:44 PM
Btw, ada satu komen kat FB kt atas tu tulis "Enak seribu daya, tak nak seribu dalih".  Harapnya typo ...

asal pepatah melayu dari tulisan jawi, jadi
bila dirumikan, ada yg kata bukan erti yg asal. mcm perkataan 'dalih' , ada yg kata asalnya perkataan 'dialih' ada juga kata ' dalil'

nak seribu daya (dal alif ya), taknak seribu dalih (dal alif lam ya ha- dal alif amzah lam ya ha - dal alif lam ya lam)

Quote sofiazara 4-1-2018 12:34 AM
nak seribu daya, tak nak seribu dalih
enak seribu daya, tak enak seribu dialih
nak seribu daya, tak nak seribu dalil
Quote whitePoison 4-1-2018 12:58 AM
bagus la tak memilih kerja.. good job
Quote cyber_mania 4-1-2018 07:15 AM
sofiazara replied at 4-1-2018 12:32 AM
asal pepatah melayu dari tulisan jawi, jadi
bila dirumikan, ada yg kata bukan erti yg asal. mcm p ...

Yg uols reply, kita faham. Bila ubah jawi ke rumi mmg ada kekeliruan mcm tu. Mcm kita biasa dgr "seperti melepas batuk di tangga". Padahal "batok". Batok ni mcm pencedok air dlm tempayan org dulu2.

Sebenarnya kita nk cakap pasal perkataan "enak" tu. Salah kan perkataan enak tu? Yg kita tau, hendak seribu saya, tak nak / tak hendak seribu dalih.
p/s sori klau iols salah jgk. Iols dah Google. Hee..
Quote kucen_miang 4-1-2018 09:12 AM
Tapi janganlah lepas ni ramai bapa budak berkumpul dekat pondok pengawal keselamatan pula ya. -CARI
Quote maitang 4-1-2018 09:29 AM
mieymiey replied at 3-1-2018 02:37 PM
Hahahahaha. Tergelak i baca, terpaksa i scroll balik gambar atas.

samaaa haha!! cepat2 scroll atas nk tengok balik
Quote ladyflower 4-1-2018 09:47 AM
bagus la tak memilih kerja.. good job
budak2 muda lain yg xde keje kena tgk adik ni....jgn nak pilih keje glamer je

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075493 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top