CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Murah Dan Halal! Pergi Hatyai, Makan Di Chabura Dim Sum Memang Puas Hati

4-1-2018 02:46 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 28037| Komen: 14|Original author: Oleh: Diba S.

Description: Siapa antara anda yang suka makan Dim Sum? Ia merupakan makanan ‘bite size’ sesuai untuk mereka yang tak gemar sangat makan banyak.
Siapa antara anda yang suka makan Dim Sum? Ia merupakan makanan ‘bite size’ sesuai untuk mereka yang tak gemar sangat makan banyak. 

Lebih kurang dengan Tapas, iaitu makanan 'bite size' dari Sepanyol, cuma bahan-bahan dan rempah yang digunakan mungkin berbeza.

Pelbagai teknik digunakan untuk memasak Dim Sum antaranya dikukus, digoreng dan juga dibakar. 


Foto: Dim Sum Chabura FB
Kalau ada rancangan nak ke Selatan Thailand, Hat Yai jangan lupa singgah ke Chabura Dimsum HALAL untuk pelbagai pilihan Dim Sum murah lagi sedap. 


Selain Dim Sum, restoran ini turut menyediakan hidangan goreng, menu makanan Thai yang biasa seperti Tom Yam, kerabu mangga dan lain-lain. 


Foto: Dim Sum Chabura FB
Ia dibuka seawal pukul 6 pagi hingga 2 petang. Jadi anda bolehlah datang untuk sarapan. 

Ada pekerja restoran yang fasih berbahasa Melayu, memang mudah untuk berkomunikasi nanti. Dimiliki oleh seorang usahawan muda Muslim Thailand, restoran ini memang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.

Harga makanan di sini memang murah-murah! Hidangan kecil Dim Sum berharga 15 baht, manakala hidangan besar pula berharga 20 baht.

Foto: Dim Sum Chabura FB
Pelbagai menu anda boleh pilih antaranya ayam siew mai, cendawan, bebola ikan udang, pau kacang, sup ketam dan banyak lagi yang sebut pun dah kecur air liur! 

Foto: Dim Sum Chabura FB
Kalau ke Hat Yai memang tak sah kalau tak pekena teh tarik ais Hat Yai yang terkenal tu! Ia turut dihidangkan di restoran ini, tukang tarik teh pun mengancam, pasti lebih terangkat! 

Foto: Dim Sum Chabura FB
ALAMAT: 
Chabura Dimsum HALAL
T.Klong hae A.Hatyai
Songkhla 90110
Thailand

Hubungi: 091-0472105, 091-0471206

Jomlah ke Hat Yai untuk cuti hujung minggu ini! -CARI
15

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yangsemb 4-1-2018 02:48 PM
Jommzzz...hansemnya sipembacuh teh iteww {:cryrun
Quote dory.thefish 4-1-2018 02:55 PM
waaa sedapnyaaaaa....
Quote Siputjelly 4-1-2018 03:11 PM
wahhhh sedapnyaa!!{:childlike
Quote treefor 4-1-2018 03:16 PM
pehhhh sedapnya..
Quote MsKathryn 4-1-2018 03:32 PM
Favourite ni..
Quote Lagubestbest 4-1-2018 03:34 PM
Bentuk lain2 rasa sama je. hahah
Quote amyza 4-1-2018 03:37 PM
Rinduuuu teh ais thai.
Beli serbuk teh thai tu buat sendiri pun tetap rasa tak sama.
Quote aleesyasofia 4-1-2018 03:38 PM
bestnya.. nmpk sedap.. boleh la plan bercuti ke sana..
Quote moonbug 4-1-2018 03:43 PM
Amboii, jom ke sana hujung minggu ni gitu 6 jam juga dari KL ni ha
Quote manehnya 4-1-2018 03:44 PM
teringinnya nk p
Quote drivethru 4-1-2018 04:21 PM
Buffet dim sum kat quality hotel kl pun murah n sedap2.
Quote syue86 4-1-2018 05:11 PM
sedapnya lahaiiii
Quote Cikbedah_janda 4-1-2018 08:40 PM
OMG! Ni syurga dimsum nih. Kecur air liuk mekkk
Quote chazey 5-1-2018 04:59 AM
Tak teringin akak makan. Macam mengarut jah dim sumnya. Prefer old fashioned dim sum.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.079463 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top