CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cuti Bajet 2018? 14 Negara Tersenarai Termasuk Malaysia. Bestnya Malaysia Masih Aman Dan Murah Kan?

5-1-2018 11:58 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5892| Komen: 2|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Ramai yang plan untuk cuti bajet tahun ini. Maklumlah dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, eloklah semua berjimat-cermat. Lihat 14 negara yang tersenarai sebagai destinasi bajet berdasarka ...

Ramai yang plan untuk cuti bajet tahun ini. Maklumlah dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, eloklah semua berjimat-cermat.

Lihat 14 negara yang tersenarai sebagai destinasi bajet berdasarkan penginapan hotel tiga bintang serta bajet makan sehari.

Anda takkan percaya nombor 14 yang disenaraikan antara percutian indah dan bajet murah.


1) Argentina
Negara yang menyeronokkan hingga digelar ‘Paris di Amerika Selatan’ kerana kemuncak gunungnya yang indah.

Tukaran mata wangnya pula 17 pesos bersamaan 1Usd yang pastinya banyak boleh ditukarkan kepada ole-ole, menonton persembahan tango, muzium, kedai vintage.


2) Slovenia
Kombinasi layanan mesra orang Itali, gunung mempesonakan di Austria dan hidangan lazat Istria, ternyata Slovenia ada semua itu dengan harga yang murah.

Rasai masakan Mediterranean, kunjungi tasik indah di Bled dan apa sahaja yang membuka mata anda pada dunia luar.


3) Nepal
Terokai ceruk kampung dan anda boleh berkhemah di kaki gunung Everest untuk melihat budaya menarik di sana.

Penginapan semurah 10Usd dengan tiga kali makan lebih kurang 9Usd sahaja.


4) Colombia
Hargai alam semulajadi dengan melawat Bandar popular di Colombia. Dengan jalannya yang mudah dilalui, era kolonial dan mural yang memaparkan budaya setempat.

Ada satu lagi yang best iaitu ‘Bandeja Paisa’ iaitu makanan tradisi Colombia. Cer cuba.


5) Estonia
Istana, rumah agam dan rumah pantai pastinya membuatkan anda beriya-iya mahu ke sana. 

Dengan 40Usd bagi penginapan dan 18Usd untuk makan sebenarnya boleh tahan kan?


6) Peru
Diiktiraf sebagai bandaraya warisan dunia oleh Unesco, Peru pastinya lokasi bajet yang sesuai. 

Hanya 10Usd diperlukan untuk memenuhi perut anda. Kemudian saksikan pantai, gunung, sungai yang menakjubkan.


7)Albania
Berkongsi sempadan dengan Greece dan hanya menaiki feri dari Itali, anda akan sampai ke Albania yang menawarkan pakej mendaki, taman negara, kubu dan pelbagai lagi. 

Penginapan pula bermula dari 17Usd dan makanannya juga boleh tahan.


8) Guatemala
Dipenuhi dengan seni bina yang menarik, bangunan era kolonial, gunung berapi, Bandar kecil ini juga sangat mesra pelancong. 

Serendah 25Usd anda akan dapat penginapan serta makan untuk sehari.


9) Mexico
Kaya dengan kebudayaan yang berwarna-warni, tradisi, makanan lazat, penduduk yang ramah, nyata Mexico ternyata murah. 

Bayangkan 1Usd bersamaan 19 pesos membuatkan anda pasti gila bershopping.


10) Sri Lanka
Pulau kecil yang digelar mutiara di kepulauan India ini bersedia untuk menerima kedatangan anda. 

Penginapan cuma 13Usd dan makan pula 9Usd.


11) Chile
Mendaki Gunung Andes, bersiar-siar di Chilean Incan Trail dan meneroka taman negara pastinya memberi kenangan manis. 

Dengan 20Usd penginapan serta 10Usd untuk makan, anda tidak perlu berfikir banyak kali untuk ke sana.


12) Morocco
Makanan sedap dan tempat menarik – itu sudah cukup sebagai daya tarikan pelancong. 

Apa lagi bila dapat tahu penginapannya cuma bermula 12Usd, anda boleh habiskan malam di Gurun Sahara dan menonton kambing memanjat pokok argan.


13) Portugal
Pulau Azores yang berada di tengah Lautan Atlantik sangat sesuai untuk pencinta alam dan suami isteri yang mencari lokasi romantik.

Tidak terlalu murah tapi masih dalam lingkungan bajet iaitu 63Usd dengan 8Usd untuk setiap kali makan. 


14) Malaysia
Macam tak percaya, Malaysia boleh terpilih destinasi bajet mengalahkan negara Asia Tenggara yang lain. Apa lagi bila Mat Salleh mengatakan kita terkenal dengan makanan sedap dan pasar malam terbaik di dunia.

Banyak penginapan murah dan makanannya pula senang didapati hingga larut malam. Pulau Langkawi dan Pulau Pinang pula disebut-sebut sebagai destinasi yang harus dituju.

Jadi, anda dah tahu nak bercuti ke mana untuk tahun ini kan? Cuti-cuti Malaysia (sambil nyanyi lagu yang selalu didengari di radio). - CARI 
10

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sulan01 5-1-2018 01:10 PM
mana indon takder dalam list, bukan ke indon lagi murah.... USD100 pun dah boleh jadi jutawan rupiah...
Quote sherry70 18-1-2018 07:44 PM
Peru dlm list end of the yr 2018

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.046637 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top