CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Throwback Zaman Muda-Muda! Elyana Dan Iqram Dinzly Di IG Live, Gamat Jadinya

5-1-2018 10:19 AM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 12734| Komen: 40|Original author: Oleh: Amirah

Description: Rasanya semua tahu perangai ‘gila-gila’ Elyana dari zaman remaja hinggalah sekarang. Tapi perangai ‘gilanya’ itu ada pula Iqram Dinzly yang muncul secara tiba-tiba. Memang gamat jadinya!
Rasanya semua tahu perangai ‘gila-gila’ Elyana dari zaman remaja hinggalah sekarang. Tapi perangai ‘gilanya’ itu ada pula Iqram Dinzly yang muncul secara tiba-tiba. Memang gamat jadinya!



Gabungan Elyana dan Iqram di Live Video Instagram memang kelakar dan menghiburkan netizen yang turut menonton perbualan mereka berdua.

Foto: Live Video IG Elyana
Semuanya terjadi ketika Iqram mengajak Elyana berbual di Live Video tersebut dan menyibuk dalam ruang komen. Sepanjang perbualan, Iqram memang tidak berhenti bercakap sehingga Elyana turut terhibur melayan perangai Iqram. 


Memang tergelak melihat keceriaan kedua-dua rakan baik ini yang pernah berlakon bersama dalam drama popular ‘Dunia Baru’ suatu ketika dulu.

Foto: IG Elyana

Elyana juga menegur apa yang terletak di atas kepala Iqram yang kelihatan seperti serban. Namun Iqram menjelaskan bahawa itu adalah topi yang diletakkan di atas kain kepalanya dan Elyana memuji kreativiti Iqram tersebut.

Kemudian Elyana pula mencari topi yang berada berdekatan dengannya supaya dia juga kelihatan sama seperti Iqram ketika itu.

Peluang berbual itu telah membawa mereka kepada gurau-senda kenangan lama semasa bekerjasama di set penggambaran.

Foto: IG Iqram Dinzly

Dalam video itu juga, Iqram mengajar Elyana untuk menyebut tagline ‘LV Dinzly’ yang selalu digunakan olehnya, ‘Zone Princhinqy Positivity Dinzly Cheeki Cheeki Boom Boom’!

Foto: Live Video IG Elyana

Selain itu, dia memuji sifat positif Elyana yang ceria walaupun menempuhi ujian besar dalam menjalani kehidupannya dan perlu dijadikan contoh untuk orang lain.

Sebelum perbualan tamat, mereka sempat berduet lagu Bukan Cinta Biasa dan Iqram benar-benar menghayati lirik lagu tersebut. Memang pelik melihat Iqram dengan personalitinya sekarang dari awal sehingga tamat video ini.

Terhibur sungguh melihat mereka ditambah pula dengan kejengkelan Iqram. Memang gamat terus jadinya! - CARI
12

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 5-1-2018 10:55 AM
dia ni gila perhatian je pun bukan gila

so korang stop la bg perhatian kt dia
Quote virgocircus 5-1-2018 11:24 AM
Elyana pon layankan je wlpon mmpk blur2...hahahahaha...lawak la gak...
Quote evlinne 5-1-2018 11:27 AM
Sesuatu sgt picca dinzlyna gigit pishang ittew...........
Quote dutch_lady 5-1-2018 11:28 AM
attention seeker la iqram ni...ni la kot perhatian yg dia nak...
Quote EncikRhoma 5-1-2018 11:41 AM
idakamaruddin replied at 5-1-2018 02:55 AM
dia ni gila perhatian je pun bukan gila

so korang stop la bg perhatian kt dia

menjadi gimik dia kan. Followers dari sendu terus naik 700k. Lepas ni boleh la buat ig review
Quote kiah_mai_pulak 5-1-2018 11:46 AM
Mula2 tgk mmg iqramina dinchz geli ni nampak gila.. tp bila lama2 mcm ni yg gila sebenarnya yg duk hadap dia duk live kat ig tu.. mcm xda life.. kossserrrrr
Quote MyNameIsIris 5-1-2018 11:49 AM
bagilah iqram ni jobbb
barulah ada matlamat hidup sikit
Quote mummydarling 5-1-2018 11:55 AM
malas laa nak g kat ig theoollsss ni tepek la vidoee
Quote noraidil_06 5-1-2018 12:10 PM
Terhibur plak kaka tgk{:laugh
Quote ladyflower 5-1-2018 12:10 PM
negatif pon 1 publisiti gak...asal adoooo
Quote umbut 5-1-2018 12:19 PM
Aku dulu muda2 suka ikut dressing elyana.. sempoiii...
Quote BookerT 5-1-2018 12:23 PM
MyNameIsIris replied at 5-1-2018 11:49 AM
bagilah iqram ni jobbb
barulah ada matlamat hidup sikit

kalau orang nak tengok dia kat tv pun dengan perangai gila dia..bukan lakonan dia menjadi abang yang sesuatu nyah..
Quote BookerT 5-1-2018 12:24 PM
umbut replied at 5-1-2018 12:19 PM
Aku dulu muda2 suka ikut dressing elyana.. sempoiii...

tabaek cross dressing nyah...
Quote bukan_ustazah 5-1-2018 12:25 PM
Iqram for melodi ganti Jana rempts
Quote sepitsiput 5-1-2018 01:31 PM
bila elyana nk iglive dgn patrik komis ? @beta_carotene
Quote MyNameIsIris 5-1-2018 01:32 PM
BookerT replied at 5-1-2018 12:23 PM
kalau orang nak tengok dia kat tv pun dengan perangai gila dia..bukan lakonan dia menjadi abang ya ...

bekerja supaya dia takde masa nak ber live menari-nari macam kena sampuk #hantuseni je nyah
sekarang ni masa banyak sangat
tu yang melalut banyak tu
Quote epis 5-1-2018 01:45 PM
Live ig ni blh digabungkan ke??
Quote noni165 5-1-2018 01:51 PM
untuk hiburan kdg2 boleh la layan..tp iqram tu mcm dah geli pulak bila duk sebuk ciki ciki boom boom lat lat ape benda lg tah..tp aku xla smp benci dia.kdg2 ada benda jugak dia share tu,cumanya cara dia salah..dia sbny tgh mencari diri sendiri.mmg mcm tu.biasa org jadi pelik bila fasa ni.
Quote sukacactus 5-1-2018 01:52 PM
Gang siri Dunia Baru ni siap ada grup wsapp
Diorang mmg close

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.319248 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top