CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerana Ego, Fizi Ali - Shakilla Khoriri Bermasam Muka

5-1-2018 10:50 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 24573| Komen: 56|Original author: Oleh: Suzy

Description: Dugaan dalam fasa pertunangan, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui sering tidak ‘sebulu’ dengan tunangnya, Shakilla Khoriri mengenai persiapan perkahwinan mereka. Oleh kerana ego masing-masi ...


Dugaan dalam fasa pertunangan, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui sering tidak ‘sebulu’ dengan tunangnya, Shakilla Khoriri mengenai persiapan perkahwinan mereka. 

Oleh kerana ego masing-masing, pasangan itu pernah tidak bertegur selama dua minggu. 

Fizi Ali - Shakilla Khoriri selamat bertunang pada 16 Jualai 2017.

"Perkara pertama yang membuatkan kami bergaduh adalah fasal kahwin. Sampaikan dia cakap saya tak ambil kisah bab tu.

"Kita ini pula lelaki, mana la tahu sangat. Kalau gaduh tu, masing-masing diam saja. Ada waktu ketika itu, kami bergaduh dua minggu tak bertegur.


"Mungkin sebab jarang dapat jumpa untuk berbincang. Tak tahu siapa nak mula dulu minta maaf. Dua-dua pula memang ada sikap ego yang tinggi," kata Fizi dipetik daripada mStar Online.

Pasangan ini bercinta selama 4 tahun sebelum bertunang.

Oleh kerana gagal mendapat kata sepakat dan kesibukan kerja, menurut Fizi lagi mereka terpaksa menundakan tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 31 Disember lalu kepada 18 Februari depan. Bagaimanapun, Fizi masih belum berkesempatan melakukan persiapan lain selain daripada menyediakan dokumen pernikahan. 

“Majlis akan berlangsung pada 18 Februari depan. Tapi kad kahwin pun belum buat lagi. Segala persiapan pun tak ada lagi.

"Yang ada cuma sekadar cop dokumen nikah sahaja. Masing-masing tak ada cuti. Sekarang ini pun, kami cari barang hantaran untuk diri sendiri je dulu," ujarnya ketika ditemubual wartawan mStar Online di majlis pelancaran album terbaru Ir Radzi, Sempurna di Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Jadual yang padat menyebabkan pasangan ini jarang berjumpa.

Namun di sebalik kekalutan itu, Fizi bersyukur kerana mendapat tajaan berupa dewan, busana dan pelamin untuk majlis mereka nanti. 

"Alhamdulillah, kami ada terima beberapa tajaan iaitu dewan, busana pengantin dan pelamin untuk majlis tersebut.

"Insya-Allah majlis itu akan diadakan di Dewan Mara Junction, Kuala Lumpur," katanya.

Penyampai segmen Suria Pagi dan Shakilla bertunang pada 16 Julai tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun. - CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote K_Lily 5-1-2018 10:54 AM
owhh.... cam tu buat yang wajib sajalah lebih afdhol....nikah saja
Quote edoraixora 5-1-2018 11:08 AM
macam tak serius nak kawen je ni
Quote idakamaruddin 5-1-2018 11:09 AM
mcm kunyit je kawen sbb nk coverina sajooo

Quote missinpiece 5-1-2018 11:10 AM
So......?
Buat yg afdal jela.
Ops, banyak pihak terbabit. Leceh
Quote sharlenetexas 5-1-2018 11:18 AM
Suka tgk shakilla ni berlakon tak kiralah watak serius atau komedi. Dia ni bambam yg comel. Nampak sihat.
Quote putribonda 5-1-2018 11:22 AM
sharlenetexas replied at 5-1-2018 11:18 AM
Suka tgk shakilla ni berlakon tak kiralah watak serius atau komedi. Dia ni bambam yg comel. Nampak s ...

iols pun suka shakilla ni.
berlakon pun ok je bawak watak apa2 pun.
Quote raihaneem 5-1-2018 11:27 AM
Comel..tp kulit makin gebu n pinky
Quote virgocircus 5-1-2018 11:28 AM
Buat yg wajib dulu la dek..nikah trus sng...pasal persiapan kawen pon bole jd gado...
kang gado plak siapa yg dapat duit salam keruk...sedehhhhh
Quote Telolet 5-1-2018 11:32 AM
macam tak serious je...
Quote sheqim 5-1-2018 11:33 AM
Fizi ni nmpk cam kude jering pulok.. oppss!
Quote mummydarling 5-1-2018 11:52 AM
blom pape dah gadooo jangan kawen skejap dahh ceraii uollss.
Quote kiah_mai_pulak 5-1-2018 12:48 PM
Helokk gak Fizi ni.. tp who are yusss??? Shakila kekanankekiri who r yusssss?????
Quote tomaz 5-1-2018 12:52 PM
4 tahun bercinta then tunang tp preparation kawen punya la liat nak settle. Biar betik. Mcm x serius je nak kawen
Quote diamondhoney 5-1-2018 12:52 PM
Ouh tunang. .xtau punnn
Quote awexgaban7 5-1-2018 12:57 PM
Meolz pon mcm pelik busy naw sampsi tunda tarikh kawen... sejenis slumber.com apakahh... bamtah & kakfaz all outt jahh kawen diam2 demi mencapai misi halal
Quote sepitsiput 5-1-2018 01:13 PM
idakamaruddin replied at 5-1-2018 11:09 AM
mcm kunyit je kawen sbb nk coverina sajooo



anyways, Shakila koriri tu masuk list retis gebor meols tahun lepas
Quote Av3ng3rs 5-1-2018 01:16 PM
awexgaban7 replied at 5-1-2018 12:57 PM
Meolz pon mcm pelik busy naw sampsi tunda tarikh kawen... sejenis slumber.com apakahh... bamtah & ka ...

Tp betul la.. org lain byk je yg busy tahap ape je.. ni mmg mcm x serius je..
Quote noni165 5-1-2018 01:56 PM
owh..cinta di langit cardiff.itu je yg sy tgk citer dia..hehe
Quote taleeshoe 5-1-2018 02:14 PM
bercinta 4 thn..semoga kawen nt lg lama dr bercinta

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.240709 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top