CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Teh Lapis Warna-warni Cantik Memukau, Tak Tergamak Nak Minum!

8-1-2018 10:16 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 4077| Komen: 8|Original author: Oleh: Zailina

Description: Teh berlapis-lapis dan berwarna-warni serta perisa beraneka semakin digemari. Pelbagai 'jenama' baru muncul untuk bersaing dengan Tealive, Gong Cha dan banyak lagi kiosk minuman. Dah macam satu trend ...
Teh berlapis-lapis dan berwarna-warni serta perisa beraneka semakin digemari. Pelbagai 'jenama' baru muncul untuk bersaing dengan Tealive, Gong Cha dan banyak lagi kiosk minuman. Dah macam satu trend di pusat membeli-belah apabila melihat orang beratur panjang untuk merasa teh 'panorama' ini.


Memetik portal Says, SunnyCha berasal dari Taiwan dan mula dipasarkan di Malaysia sejak April 2016. Ia semakin digemari dengan siri SunnySky teh berwarna-warni. Antara yang popular adalah Teh Bunga Telang. Mereka menggunakan kelopak bunga dan jus buah-buahan sebenar. Dekorasi kiosk menarik dengan botol berisi daun teh dan servis juga pantas.


Terhibur tengok teh berlapis-lapis


Perisa yang boleh didapati:
(i) Elara, dengan madu sitrus
(ii) Supernova, dengan probiotick dan sitrus
(iii) Milky Way, dengan susu madu 
(iv) Nightsky, dengan madu


Beratur nak rasa teh yang beraneka perisa

Untuk menyerlahkan warna minuman SunnyCharistas, anda boleh letak di atas lampu suluh. Memang cantik berwarna-warni dan menggirangkan. 

Selain daripada siri SunnySky, ada juga minuman klasik teh dengan susu, Oolong Chá Latte, Matcha Soy Latte, dan Tie Guan Yin Chá Latte dengan Labu.

Macam pelik? Cuba rasa dulu! Mana tahu mungkin kena dengan selera anda.


Dingin membasahkan tekak, yang penting perisa yang umph.

SunnyCha mampu berbangga kerana ia menggunakan bahan dan perisa semulajadi, tanpa additif tiruan seperti pewarna, perisa dan pengawet dalam teh mereka. Juga tiada sirap atau gula putih, sebab ia merosakkan rasa teh asli. 

Sebaliknya, kiosk teh ini menggunakan gula perang atau jus buah-buahan sekiranya pelanggan ingin menambah kemanisan. Semua minuman dalam cawan bersaiz kecil, biasa, besar atau boleh juga didapati dalam botol. Anggaran harga antara RM6.80 hingga RM17.80.


Pelbagai jenis teh, bermacam khasiat

Alamat SunnyCha: Lot 10 Shopping Centre, Sunway Pyramid, 1 Utama Shopping Centre


Inilah trend baru meminum teh. Memang kreatif, kan? Yang penting, ia menyihatkan sebab semua bahan dari sumber semula jadi. Apa lagi, ayuh geng! - CARI
6

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 8-1-2018 11:32 AM
mcm menarik je
Quote intanpurnama 8-1-2018 11:55 AM
Bekasnya pun cantik sayang lak nak minum huhu
Quote lilac85 8-1-2018 01:03 PM
Nmpk sungguh sedap
Quote onexox97 8-1-2018 03:12 PM
kna kereatif nak marketkan tea
Quote virgocircus 9-1-2018 12:40 AM
Ala sejak menjak badan berangin ni dah x bole minum tea...asek nk sendawa je...penat tau
Quote LostStar 9-1-2018 10:45 AM
ptot tak penah nampak.. ada dekat 3 mall tu jek.. harap cepat la bukak di mid.. hehe
Quote rosabiru 9-1-2018 03:58 PM
cantik bekas dia.pas minun leh simpan.
Quote pavlovachoc 9-1-2018 07:53 PM
menarik.. boleh cube try test ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060995 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top