CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Minuman Dengan 'Topping' Keju Dan Durian, Bikin Goyang Lidah!

11-1-2018 10:56 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 3886| Komen: 12|Original author: Oleh: Zailina

Description: Suka makanan berkeju? Jika ya, anda harus datang ke Restoran Cheese Banjir untuk segala-galanya berkaitan keju! Oh, tidak! Bukan keju sahaja, durian pun ada di sini! Memang kena dengan selera 'hantu d ...
Suka makanan berkeju? Jika ya, anda harus datang ke Restoran Cheese Banjir untuk segala-galanya berkaitan keju! 


Oh, tidak! Bukan keju sahaja, durian pun ada di sini! Memang kena dengan selera 'hantu durian' lah nampak gayanya.

Menurut My Makan TV, restoran ini juga merupakan "The First Meatza in Malaysia". Meatza adalah piza yang mana dasarnya bukan doh, sebaliknya menggunakan daging. Terdapat lapisan keju Mozarella di tengah-tengah piza selain hiasan (topping) yang luar biasa kejadiannya. 


Peminat keju atau durian kena cuba!
Foto: SAYS/MYMAKANTV


Bukan itu sahaja, ada Milo kaw dengan krim keju serta durian di atasnya. Memang layan habis! Kalau nak terliur lagi, boleh tengok My Makan TV. Tak sah kalau tak tengok berulang kali. 


Beraneka pilihan yang menggoda selera

Selain Milo, boleh juga pilih topping keju dan durian di atas Nescafe, teh, kopi, bandung soda atau jus buah-buahan. Peminat tegar durian memang tak lena tidur kalau tak cuba semua ini.


Foto: mStar Online


Tengok gambar saja, dah terbayang keenakannya
Foto: MyMakanTV

Eh, kalau tak suka durian, boleh pilih taburan Cheese Misai yang cukup menyelerakan. Minuman ditambah buih krim keju dan ditaburkan dengan keju Mozzarella! Pencinta keju memang tak senang duduk kalau belum cuba, tau.

Restoran ini dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam, isnin hingga jumaat. Manakala sabtu dan ahad dari 11 pagi hingga 10.30 malam.

Alamat: Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, Kuala Lumpur (bersebelahan Shell Out Desa Pandan)


Apa salahnya ubah selera sesekali, kan? Pisang goreng cheese dah try, sekarang masa nak minum bandung soda durian pula. Fuh, terangkat! - CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cempakaa 11-1-2018 01:40 PM
thanks for sharing. cambest ni tak pernah rasa cheese durian bila kena dgn air
Quote vanillaninja 11-1-2018 02:30 PM
Macam muak je.
Quote dubuk 11-1-2018 03:25 PM
potong selera betul lah
Quote EncikRhoma 11-1-2018 04:05 PM
kalau dah durian seketul tutup  kat atas tu camana nak minum?
Quote samasam90 11-1-2018 04:25 PM
mcm mana goyang lidah tu? my wild imagination suggests as in rimming style. begitu ke @Cari-Zai ?
Quote missDollie 11-1-2018 05:32 PM
Nampak selekeh betul..yucks..
Quote AmandaRollins 11-1-2018 05:44 PM
PELik org buat minuman sampai meleleh leleh cmtu....nk minum cmnana lahanat..geramm
Quote abangadek 11-1-2018 05:47 PM
i tak suka sgt cheese tapi durian tu sedapnyaaaa.. aritu craving cendol durian.. dapat kt satu kedai ni hampeh jaaa dh la mahai pakai durian frozen pulak tu.. sampai kuah cendol dh habis pun durian maintain keras batu lagi
Quote hasniey 11-1-2018 07:59 PM
minuman mcm ni xhilang dahaga.dah mcm mkn kek je.
Quote msdummy.2018 25-1-2018 12:17 AM
Mcm xmasuk  tekak jer
Quote chazey 25-1-2018 11:06 PM
The F are those?
Quote WhiskeyScotch 25-1-2018 11:51 PM
This is not healthy! No!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051302 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top