CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Antara Rumah Azan Terindah Di Dunia, Bangga Malaysia Turut Tersenarai!

15-1-2018 10:21 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 3660| Komen: 5|Original author: Oleh: Zailina

Description: Masjid bukan sekadar tempat beribadat. Keindahan dan kemurnian di sebalik seni binanya cukup menarik untuk diabadikan. Kajian pada 2016 menunjukkan keseluruhan umat Islam berjumlah 2.18 billion iaitu ...
Masjid bukan sekadar tempat beribadat. Keindahan dan kemurnian di sebalik seni binanya cukup menarik untuk diabadikan. Kajian pada 2016 menunjukkan keseluruhan umat Islam berjumlah 2.18 billion iaitu kira-kira 28.26 peratus penduduk dunia. Jadi, pasti banyak masjid dibina di seluruh dunia.


Jom tengok 7 daripada 20 masjid paling indah di seluruh dunia seperti dipetik dari portal HiConsumption.


1. MASJID NABAWI, MADINAH, SAUDI ARABIA

Masjid Nabawi

Masjid pertama didirikan Nabi Muhammad SAW bersama pengikutnya ketika peristiwa Hijrah pada 622 Masihi. Baginda Rasulullah juga dikebumikan di sini, di mana letaknya kubah hijau. Masjid Al-Nabawi adalah tempat suci kedua bagi umat Islam. 



2. MASJID QOLSARIF, RUSSIA

Masjid Qolsarif

Dibina dalam abad ke-16, Masjid Qolsarif merupakan masjid terbesar di Russia sebelum dimusnahkan ketika peperangan Kazan, namun ia dibina semula pada 1996 dan sebahagian besarnya dijadikan muzium. Bagaimanapun, pada musim perayaan, masjid ini dipenuhi penganut agama Islam untuk menunaikan solat.


3. MASJID PUCHONG PERDANA, MALAYSIA

Masjid Puchong Perdana

Masjid yang dibuka pada 2006 ini kelihatan seperti terapung di atas air dan amat cantik dari sudut tertentu di bawah percikan cahaya mentahari. Malah, ia mendapat pengiktirafan sebagai Masjid bertaraf lima Bintang. Masjid ini mampu menampung sehingga 4000 muslimin dan muslimat.


4. MASJID UMAYYAD, DAMSYIK

Masjid Umayyad

Selepas orang Islam menakluk Damsyiq pada 634, masjid ini dibina di kawasan yang pernah terdirinya sebuah geraja Kristian yang didedikasi untuk Nabi Yahya. Di sini juga dimakamkan pahlawan Islam, Salahuddin al-Ayyubi. Damsyiq adalah tempat tumpuan penganut agama Islam dan Kristian pada masa lampau.


5. MASJIDIL HARAM, MAKKAH

Masjidil Haram

Satu dunia tahu orang Islam berkiblatkan Kaabah dan tempat suci ini merupakan masjid terbesar dan tertua di dunia. Pada musim Haji, ia  merupakan pertemuan paling besar di dunia iaitu sehingga lebih 2 juta umat Islam datang ke sini. Para akademik dan sejarawan berpendapat, Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali di mana pembinaan pertamanya dilakukan oleh Nabi Adam AS, diikuti Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.


6. MASJID BIRU, ISTANBUL

Masjid Biru

Nama rasminya adalah Masjid Sultan Ahmed dan menerima kunjungan daripada jutaan pelancong pada setiap tahun. Dinding bahagian dalam dihiasi dengan kira-kira 20,000 keping jubin seramik biru buatan tangan. Di tingkat atas pula dihiasi lampu candelier cantik. Telur burung unta diletakkan di atas candelier supaya ia tidak bersawang.


7. MASJID KRISTAL, MALAYSIA

Masjid Kristal

Dirasmikan pada 2008, masjid ini boleh memuatkan 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat serta liputan WiFi. Ia diperbuat daripada keluli, kaca dan kristal. Masjid ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.


Damai dan tenang untuk beribadat

Cantik, kan kesemua masjid ini? Bangga juga sebagai anak Malaysia kerana ada masjid kita turut tersenarai antara 20 masjid tercantik di dunia. - CARI

8

Bagus
21

Marah
11

Terkejut
18

Sedih
7

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MayaDelaRosa 15-1-2018 11:48 AM
Alhamdulillah.. bangga sangat...{:hooray
Quote Artemesiaa 15-1-2018 02:06 PM
Tak dinafikan Malaysia antara negara yang ada senibina masjid antara yang tercantik di dunia
Quote syue86 15-1-2018 02:15 PM
tertarik tips telur burung unta tu
Quote RatuDunia94 16-1-2018 12:28 AM
masjid msia kurang identiti "malaysia".. Lbh kpd timur tengah..
Quote mr_cool5885 21-1-2018 01:54 AM
Masjid pertama bkn masjid quba' ke.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 2.263926 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top