CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hamil Luar Nikah, Pasangan Artis Ini Bakal Berkahwin

9-1-2018 11:06 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7570| Komen: 8|Original author: Oleh: Suzy

Description: Pasangan artis terkenal di Korea Selatan ini bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Hal ini kerana Yulhee dikhabarkan telah hamil sebelum nikah. Minhwan daripada kumpulan band FT Island dan ...

Pasangan artis terkenal di Korea Selatan ini bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. 

Hal ini kerana Yulhee dikhabarkan telah hamil sebelum nikah. Minhwan daripada kumpulan band FT Island dan Yulhee daripada kumpulan wanita Laboum sebelum ini mengesahkan mereka sedang hangat bercinta.

Minhwan - Yulhee saat sedang hangat bercinta.
September tahun  lalu, Soompi melaporkan berita pencintaan mereka disahkan oleh syarikat pengurusan selepas gosip mengatakan pasangan itu sedang hangat bercinta tersebar.

"Selepas bertanya sendiri dengan Minhwan kami mengesahkan berita yang tersebar itu adalah benar dan mereka adalah pasangan kekasih."


Manakala pada 3 Januari, Minhwan akhirnya membuat pengumuman bakal melangsungkan perkahwinan dengan Yulhee tidak lama lagi. 

Pengumuman tersebut dilakukan menerusi laman Instagram miliknya bagi mengesahkan segala spekulasi mengenai hubungan percintaan yang dikhabarkan.

November tahun lalu, Yulhee ambil keputusan keluar daripada kumpulan Laboum.
"Saya menulis ini untuk secara rasmi berkongsi dengan anda terlebih dahulu. Saya telah membuat keputusan yang besar dalam hidup untuk berkahwin.

"Saya rasa bersyukur menerima ucapan tahniah daripada ramai orang. Saya sekali lagi terharu ramai orang yang turut gembira dengan hubungan kami.

"Keputusan ini saya kongsi dengan keluarga dan rakan terdekat dan mereka gembira mendengarnya," tulis Minhwan.

FT Island bukan sahaja popular di Korea malah mendominasi carta muzik di Jepun.
Berita baik ini telah menerima reaksi pelbagai daripada Korean Netizen. Kebanyakannya mengatakan Yulhee, 20 tahun terlalu muda untuk berkahwin. 

Bagaimanapun ada yang mengucapkan tahniah kerana kedua-dua penyanyi tersebut telah menemui kebahagiaan mereka. - CARI 

13

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
18

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jointhecurse 9-1-2018 12:33 PM
ceit... igtkan sape
Quote ekselen 9-1-2018 12:59 PM
Yg grup pompuan tu siyes,xleh nk kenal muka sbb sepesen jah hihihi
Quote Yunho 9-1-2018 04:55 PM
yg pempuan tak kenal,
yg laki kena choi minhwan FT Island Drummer
Dia org mcm muda sgt....
Quote mieymiey 10-1-2018 08:31 AM
Kumpulan Laboum mana pula ni?
Quote hasniey 11-1-2018 01:14 AM
Edited by hasniey at 11-1-2018 01:17 AM

pasangan trkenal ke? ft island ye la glamer tp yg  org kenal pon biasanye hong ki jeconfirm ke preknen?diorg just ckp nak kawen je kan.xbgtau pon dah ngndung
Quote hasniey 11-1-2018 01:16 AM
mieymiey replied at 10-1-2018 08:31 AM
Kumpulan Laboum mana pula ni?

girl group mmg bersepah.susah nak cam diorg sekarang ni

contoh lagu diorg "only u"

[youtube]NafyjkXjGfs[/youtube]
Quote aunisofia 5-4-2018 03:05 PM
tak kenal huhuhu
Quote misscendol 16-7-2018 09:41 AM
minhwannnnnn cute

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.322631 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top