CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kek Empat Bahan? Tiga Langkah Saja, Jom Buat!

19-1-2018 11:29 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 6378| Komen: 8|Original author: Oleh: Zailina

Description: Serius, semua orang suka makan kek. Siapa sahaja tak suka, kan? Bagi yang tak suka, mungkin ada sebabnya. Mungkin sebab mereka tak suka bau mentega (dari sumber susu haiwan). Kalau begitu, boleh cuba ...
Serius, semua orang suka makan kek. Siapa sahaja tak suka, kan? Bagi yang tak suka, mungkin ada sebabnya. Mungkin sebab mereka tak suka bau mentega (dari sumber susu haiwan). Kalau begitu, boleh cuba tukar kepada marjerin (dari sumber sayur-sayuran). 



Foto: The Splendid Table

Alamak, tak suka bau telur pula? Hm, cuba tambahkan esen vanila, sedikit parutan kulit oren atau lemon dan sebarang perisa lain bagi mengurangkan bau dan rasa hanyir telur. 

Berikut adalah resipi asas kek. Tapi, kalau nak olah mengikut citarasa, boleh saja. Silakan!


Bahan paling utama yang akan menentukan kek sedap atau tidak adalah mentega. Lebih mahal harga mentega (butter), lebih banyak 'krim susu' di dalamnya. 

Mentega yang agak murah harganya sebenarnya mengandungi campuran lemak sayuran. Atau senang cakap, susu yang 'diadun' dengan pepejal sawit, jagung, soya dan lain-lain sebelum dijadikan mentega. Nama masih sama iaitu 'butter', tapi rasanya tak sesedap atau seharum mentega tulen.


Bahan mudah didapati, buat sendiri kek 'biasa' (plain cake) lebih murah.

Gula kastor pula boleh digantikan dengan gula perang, tapi kek akan menjadi lebih 'berat'. Jadi, gula perang lebih sesuai digunakan untuk kek buah-buahan. Kalau tak suka manis sangat, sukatan gula boleh dikurangkan dalam 30-40g daripada resipi asal. Jangan keliru dengan gula pasir (granulated sugar), ya. Kalau nak guna gula pasir halus (fine granulated sugar) pun boleh tapi, lebih sesuai menggunakan gula kastor.

Ini adalah bahagian penting! Anda perlu menggunakan telur segar. Pilih Saiz A kerana kalau telur kecil, kek takkan naik menggebu. Kalau nak kek lebih gebu, asingkan putih dan kuning telur. Putar putih telur dengan sedikit gula sampai kembang atau kental (meringue), kemudian kaup balikkan perlahan-lahan ke dalam adunan yang sudah siap diletakkan semua bahan. Kiranya, ia adalah langkah terakhir sebelum kek dibakar.


Kek mesti dialas. Nak tahu jika sudah masak, cucuk dengan lidi atau tekan dan tiada kesan jari

Kalau nak masukkan tepung naik sendiri, kena bahagi kepada tiga bahagian. Masukkan satu bahagian, kacau dengan senduk kayu. Kemudian, bila dah rata baru masukkan bahagian kedua. Begitulah seterusnya. Jangan pukul dengan mesin sebab nanti kek akan hilang 'udara' dan tak naik gebu.

Jangan lupa alas tin pembakar dengan kertas kalis minyak supaya kek tidak melekat. Kalau ada, guna tin yang ada pembuka di tepi, lebih senang dan tak perlu nak terbalikkan kek selepas dimasak. Kalau perlu terbalikkan kek dan letak atas redai, tunggu dalam 5-7 minit. Kalau terus diterbalikkan lepas keluar oven, nanti berkecai pula.


Kalau nak kek coklat, kurangkan tepung 20g, tambah serbuk koko 20g

KEK MENTEGA MUDAH
Bahan-bahan
175g mentega
175g gula kastor
3 biji telur
250g tepung naik sendiri, diayak

Cara Membuat
1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu. 
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali. 
3. Kaup balikkan bahan ayak. Kacau rata. 
4. Isikan adunan ke dalam loyang (anggaran 8 inci) yang dialas kertas kalis minyak. 
5. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit atau sehingga masak.

Nota: Suhu bergantung pada jenis oven. Ada oven canggih memerlukan suhu lebih rendah. Masa pula bergantung kepada saiz loyang. Lebih kecil, lebih lama kerana kek lebih tinggi. Lebih besar, kek lebih nipis jadi cepatlah ia masak.


Tiada alasan untuk tidak membuat kek, bukan? Mudahnya mengikut resipi dan kaedah di atas. Selamat mencuba! - CARI
23

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 19-1-2018 11:43 AM
Tips yg sangat berguna {:good Mmm... sedapnya kek butter.. Tambah sesudu susu pekat dalam adunan..bila bakar, perghh wangi sampai kejiranan..makan pulak panas2... Nikmatnyaaaa
Quote noorhairiahma 19-1-2018 11:58 AM
okay, hujung minggu ni boleh buat
Quote snowredpen 19-1-2018 03:24 PM
Nak kena buat ni...
Quote greenyellow 19-1-2018 05:11 PM
wah..thanks atas tips tu..dah boleh buat ni
Quote Amalinarazi 30-7-2018 11:51 AM
Sedapnyaaa
Quote rynehanekoma 10-8-2018 12:52 PM
sehirkedi replied at 19-1-2018 11:43 AM
Tips yg sangat berguna {:good Mmm... sedapnya kek butter.. Tambah sesudu susu pekat dalam adunan..bi ...

Thank you bagi tips
Quote cikbun 8-8-2019 12:36 AM
wah senangnya nak buat
Quote brownsaga 20-10-2020 07:59 PM
Senang sangat ni... Habis la diet...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.068094 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top