CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rawabi City - Macam Tak Percaya Bandar Super Canggih Ini Ada Di Palestin!

22-1-2018 05:03 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6982| Komen: 6|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Dari Palestin untuk Palestin.Itu ungkapan rakyat Palestin yang tidak pernah putus asa berjuang mempertahankan tanah sendiri dari ancaman Israel.Biarpun terpaksa bermandi darah, namun hak akan terus di ...


Dari Palestin untuk Palestin.
Itu ungkapan rakyat Palestin yang tidak pernah putus asa berjuang mempertahankan tanah sendiri dari ancaman Israel.

Biarpun terpaksa bermandi darah, namun hak akan terus dipertahankan. Terkini Rawabi City - Bandar canggih yang baru dibina ini berjaya memukau ramai mata-mata di luar sana.

Bayangkan anda berada di dalam pusat beli belah dan rupa-rupanya ia lebih tinggi dari gunung-ganang!




Bukan itu sahaja, ada hub teknologi, taman tema, pejabat, sekolah seni Inggeris dengan pengimbas cap jari untuk pelajar, ada masjid, gereja dan paling luar biasa, sebuah amfiteater gaya Rom yang dibina itu sebenarnya terbesar di Timur Tengah!

Macam tak percaya ia adalah bandar raya pertama yang dibina dan dirancang oleh rakyat Palestin sendiri. Walaupun belum siap sepenuhnya, ia sudah menjadi tumpuan media antarabangsa.




Semua idea itu direalisasikan oleh Ahli perniagaan Palestin-Amerika Syarikat (AS) Bashar al-Masri termasuklah pembinaan hartanah bernilai AS1.4 bilion (RM5.5bilion) di Wilayah Tebing Barat.



“Setiap bulan, sekurang-kurangnya 100,000 rakyat Palestin mengunjunginya. Rekaan rumah bentuk simetri pula membuatkan ramai menyangka ia sebuah bandar moden Israel,” jelas Masri.

Rawabi – bermaksud bukit-bukit dalam bahasa Arab ditarah dengan begitu cantik sekali. Bayangkan pusat sukan ekstrem dan amfiteater yang berkapasiti 15,000 tempat duduk boleh berada di bumi bergolak! Dengarnya juga, sebuah pawagam akan dibina. Wow!

Melihat serba serbi mewah di bandar itu, ada juga yang mengkritik  bahawa ia hanya memenuhi permintaan golongan elit semata-mata.

Bagaimanapun Masri menegaskan ia adalah bagi memenuhi permintaan tinggi dari rakyat Palestin yang bekerja di negara-negara Teluk mahupun Israel.













Kumpulan penduduk pertama yang telah berpindah ke Rawabi adalah pada tahun 2015. Harga rumah pangsa pula bernilai dari serendah AS$70,000 (RM278,418) sehingga AS$180,000 (RM715,933) di lot yang strategik. Jadi, siapa kata semua rakyat Palestin miskin?

Saed Abu Fkheida dan isterinya berbelanja di kedai berjenama antarabangsa seperti Max Mara, Juicy Couture, Armani Jeans dan Lacoste di pusat beli-belah Q Centre yang baru enam bulan dibuka. Mereka seronok berbelanja disini kerana semuanya boleh didapati di satu tempat sahaja berbanding di Ramallah yang sukar mendapatkannya.

Sekali pandang memang tak terasa seperti di Palestin! Apa yang boleh kita ambil iktibar ialah bukan betapa canggih bandar itu dibina tapi semangat juang yang tak pernah padam dalam diri mereka. 

Biarpun sudah 70 tahun dibawah cengkaman Zionis Israel, mereka bangkit kembali membinanya dengan lebih hebat! - CARI 

10

Bagus
12

Marah
4

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 22-1-2018 09:15 PM
Harap masa tgh tgk wayang tak kena bom. Scarynya
Quote msdummy.2018 22-1-2018 09:51 PM
Wow.. Ada adventure dlm kerisauan nk kena bomb.. Apa pun salute palestine
Quote aciik 23-1-2018 09:37 AM
stategi kafir laknat untuk menjatuhkan umat Islam bukan dengan peperangan...tapi dengan kelalaian iaitu kecintaan terhadap dunia...kawasan ni ditebing barat dibawah cengkaman yahudi...jadi takda apa nak peliknya....
Quote mangkukhayun 23-1-2018 10:07 AM
alaaaaa...ni sek sek palestine yg dh urban dan liberal...tgok pakaian sudah laaa..compom la tak kena bom...
Quote nordiana87 29-1-2018 08:45 AM
Kesian dorg
Quote aunisofia 11-4-2018 08:48 AM
aciik replied at 23-1-2018 09:37 AM
stategi kafir laknat untuk menjatuhkan umat Islam bukan dengan peperangan...tapi dengan kelalaian ia ...

kan tak mustahil...huhuhu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.175779 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top