CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajib Baca Bagi Mereka Yang Kerap Makan Diluar & Order Makanan Online. Seriau Wei!

23-1-2018 04:44 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4641| Komen: 19|Original author: Oleh: Amiey

Description: Kehidupan yang sibuk terutama sekali bagi mereka yang berkerjaya sememangnya menyebabkan kita kerap makan di luar.
Kehidupan yang sibuk terutama sekali bagi mereka yang berkerjaya sememangnya menyebabkan kita kerap makan di luar.

Ini kerana ianya lebih mudah sementelah penat seharian berkerja atau ketiadaan masa dek kerana kesibukan seharian di tempat kerja.

 


Tetapi sedar atau tidak semua tempat makan sebenarnya bersih dan mengikut piawaian kebersihan seperti yang ditetapkan.
 
Jadi, tidak mustahil lah jika ada laporan atau berita yang melibatkan masalah dalam pengendalian makanan.

Xiao Ling, 27 merupakan seorang kerani di sebuah syarikat di Zhejiang, China. 
Oleh kerana kesibukannya bekerja dia hanya menikmati hidangannya setiap hari melalui ‘food delivery’.


Gambar Hiasan

Dia juga dikatakan tidak bersukan atau melakukan apa-apa senaman.
 
Dia telah menjalani gaya hidup yang tidak sihat tersebut dalam jangka masa yang agak panjang sehinggalah beberapa minggu yang lepas apabila dia telah diserang sakit perut yang sangat teruk selepas makan tengah hari.

Walaupun dia merasa loya dan muntah-muntah, dia tetap berfikir sakit tersebut akan kembali pulih selepas mendapat rehat yang mencukupi. 

Bagaimapun, selepas dua hari, sakit perutnya semakin teruk dan dia memutuskan untuk berjumpa dengan doktor. 

Melalui imbasan yang dilakukan oleh doktor, terdapat sesuatu yang tidak normal dengan pankreasnya. 

Doktor mengesyaki yang dia mengidap ‘acute pancreatitis’ dan telah dipindahkan ke unit ICU sebuah hospital. 

Sumber: China Press

Di sana, dia menjalani ujian darah, dan apa yang mengejutkan adalah doktor mendapati terdapat lapisan lemak terapung di dalam sampel darahnya. 

Tekanan darahnya juga sangat tinggi dan dia juga memerlukan transfusi darah sebelum keadaannya menjadi lebih kritikal.
 
Sebanyak 2000ml plasma darah diperlukan untuk melakukan transfusi tersebut dimana darahnya ditapis menggunakan mesin sebelum dicampur dengan plasma darah yang baru.
 
Plasma darah Xiao Ling berwarna seakan-akan susu. Ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan plasma darah yang normal yang kebiasaannya berwarna jernih atau kuning pucat.
 
Sumber: China Press

Keadaannya bertambah baik selepas melakukan transfusi darah namun laporan ujian darahnya sangat mengejutkan.

Tahap triglycerides dalam darahnya mencecah 18 kali lebih tinggi daripada tahap yang sepatutnya. 

Ekoran itu, doktor terpaksa melakukan transfusi darah sekali lagi sebelum dipindahkan ke ICU untuk pemantauan yang lebih rapi. 

Setelah keadaannya stabil, Xiao Ling menyatakan dia gemar memakan ikan kukus, sup yang panas dan pedas, ayam goreng serta organ-organ dalaman babi. 

 
Gambar Hiasan

Dia juga mengakui sangat jarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan selain jarang bersenam kerana pekerjaannya memerlukan dia untuk bermalam selama beberapa jam sehari. 

Doktor yang merawat Ling menjelaskan bahawa diet daripada makanan berminyak, makan secara berlebihan dan pengambilan alcohol merupakan antara punca pankreatitis. 

Sebenarnya tak salah untuk makan di luar tetapi perlu lah pastikan diet dan pola pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan kita dihinggapi penyakit. 

Apa pandangan anda? Masih teringin nak makan di luar? -CARI

20

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
17

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 23-1-2018 06:09 PM
Bukan mkn luar jd punca.tp pilihan mknn tu.dah la beli mknn brlemak,minum arak lg
Quote hasniey 23-1-2018 06:09 PM
Bukan mkn luar jd punca.tp pilihan mknn tu.dah la beli mknn brlemak,minum arak lg
Quote matchstick 23-1-2018 06:37 PM
tu lah pasal..bukan salah makan diluar..makan kt rumah pun dh kalu menu yg dimasak hari2 berlemak semua sama je lah akibatnya
Quote Cari-Amiey 23-1-2018 06:37 PM
hasniey replied at 23-1-2018 06:09 PM
Bukan mkn luar jd punca.tp pilihan mknn tu.dah la beli mknn brlemak,minum arak lg

Betul la tu. Tapi bahaya makan makanan luar ni kita tak tau minyak dorang guna tu dah brapa kali recycle lepas tu tambah msg banyak2. Menyumbang juga tu.
Quote moonbug 23-1-2018 08:22 PM
Moderation is key. Buah dgn sayur penting utk fiber
Quote msdummy.2018 24-1-2018 12:24 AM
Makan luar pun bukan Bagus sgt,  khususnya dr penyediaan makanan, masak dan bahan yg digunakan.. X kata masak sndr tuh lebih bersih.. Kalo masak sndr kekdahya letak garam lebih,  minyak lebih sama jerlah penyakit tetap datang... So,  berpada2...
Quote onexox97 24-1-2018 12:35 AM
mcm bahaya je
tapi kat china je kot
Quote gigahertz 24-1-2018 06:54 AM
hasniey: Bukan mkn luar jd punca.tp pilihan mknn tu.dah la beli mknn brlemak,minum arak lg

dia ada mkn organ babi kan?
Quote wikedsaikel 24-1-2018 08:54 AM
onexox97: mcm bahaya je tapi kat china je kot


Hehe... aku rasa sini pon ada tapi tak dapat liputan
Quote mamapea 24-1-2018 10:16 AM
aku skrg ni lbh suka masak sndr sbb kalau beli kebanyakan x sedap...x kena tekak...anak2 pun nak aku masak baru diorg nak mkn...kalau jenis mknn bergoreng mmg x beli la sbb tgk minyak brp kali recycle pun xtau la...
Quote ~boolean 24-1-2018 10:43 AM
Buat tajuk begini, aku cadang penulis jadi wartawan blog gosip lah dik.
Isi tak sama dengan tajuk.


Makan luar bukan puncanya semata-mata.
Puncanya gaya hidup tak sihat.
Quote raihaneem 24-1-2018 11:15 AM
Pemakanan seimbang.karbo, serat protein.. minum air byk.. sama2 laj kita mnjaga kesihatan bdn
Quote Artemesiaa 24-1-2018 03:36 PM
Betul tu makanan kena seimbang walau terpaksa makan makanan luar.  Kalau hanya ikut tekak je lama2 boleh membahayakan
Quote pisang_cheese 24-1-2018 11:54 PM
X sempat nak masak. Kena exercise.  Exercise mulut je yg sempat.  
Quote Atifan 25-1-2018 08:59 AM
Makanan kt china mmg semua berminyak...kalau sapa2 yg pernah dok sana mmg tahu..
Quote syidasaleh 30-1-2018 07:17 PM
Tajuk pun.nak gempak aje
Quote sinalegna 30-1-2018 07:20 PM
Atifan replied at 25-1-2018 08:59 AM
Makanan kt china mmg semua berminyak...kalau sapa2 yg pernah dok sana mmg tahu..

Dah tu siap recycle balik pulak minyak tu.. geli weh
Quote samasam90 30-1-2018 07:33 PM
Cari-Amiey replied at 23-1-2018 10:37 AM
Betul la tu. Tapi bahaya makan makanan luar ni kita tak tau minyak dorang guna tu dah brapa kali r ...

alang2 kau dah label makanan luar, be specific. high end restaurant, franchise, atau penjaja dek oi? dlm artikel tu sah2 gaya hidup yg tak sihat.

apa guna kau gegeh masak sendiri kat rumah, feeling hanya pakai olive oil and no msg, tapi tohtap tak exercise mcm dia. makan pun tak follow food pyramid (gitchew)..

so salah pengusaha makanan ke, dek?

#anothercarinorlily
Quote Jorja 30-1-2018 10:52 PM
Seriously tak rugi pun jadi vegan.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.081979 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top