CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Polis Nafi Terima Laporan Farid Kamil

25-1-2018 12:28 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7741| Komen: 32|Original author: Oleh: Suzy

Description: Semalam, pelakon dan pengarah Farid Kamil telah memuat naik fotonya bersama satu laporan polis yang berlatarkan Balai Polis Mutiara Damansara, Selangor. Bersama muat naik tersebut dia turut menyatakan ...

Semalam, pelakon dan pengarah Farid Kamil telah memuat naik fotonya bersama satu laporan polis yang berlatarkan Balai Polis Mutiara Damansara, Selangor. 

Bersama muat naik tersebut dia turut menyatakan akan berjuang demi nasib orang teraniaya serta meminta peminat mendoakan yang terbaik untuknya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor telah melakukan pemeriksaan dan menafikan menerima laporan polis di mana-mana balai polis di bawah pentadbiran ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. 

Namun begitu menjelaskan, Farid kamil pernah membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada 18 Januari lalu bagi tujuan mengambil barang di rumahnya. 


Laporan polis itu bagaimanapun hanya menimbulkan spekulasi lain bahawa rumahtangganya dengan isteri, Datin Diana Danielle benar-benar bermasalah.

Fadzil Zahari iaitu adik kepada Farid Kamil telah dihubungi oleh Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan tetapi enggan mengulas lanjut.

“Maaf, saya tidak boleh cakap apa-apa buat masa sekarang,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Menurut sumber yang dipercayai, dalam laporan polis 18 Januari itu, Farid memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari memasuki kediamannya di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya.

Sebelum ini, Fadzil tidak menolak kemungkinan abangnya mengalami masalah mental atau tekanan perasaan kerana rindukan anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3. 

Perkara itu diluahkan Farid ketika bertemu Fadzil tiga hari sebelum ditahan kerana menampar petugas di Balai Polis Kota Damansara pada 4 Januari lalu dan direman empat hari bagi membantu siasatan. Ketika itu Farid mengadu sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya tetapi dinafikan Diana dan juga ibunya, Norsiah Ramli. - CARI 


11

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noni165 25-1-2018 12:49 PM
laporan yg tu la..pasal ambil barang tu la latest report dia..tp kt brickfield rupanya..gmbr dkt damansara..
Quote hotmak 25-1-2018 12:56 PM
lah maknanya mmg dah tak duduk sekali lah ye, sampai kena ada police report nak ambik brg kat rumah, ke sebab wakil kena ada report dulu
Quote mieymiey 25-1-2018 01:10 PM
Makin terbuka segala pekung yang cuba ditutup selama ni
Quote Ferr_Remy 25-1-2018 01:16 PM
Ku sangkakan Ikram yg mental, rupanya Fareed {:thief Jangan sangka air yang tenang tiada Camel yach
Quote Aunty_Acid 25-1-2018 01:23 PM
netizen yg tatau hujung pangkal suka sgt menyokong perkara yg tak betul,
sebab itulah kalau menyokong orang yang salah nanti orang yang salah itu tidak berasa malu untuk membuat salah terussssssssssss
Quote BookerT 25-1-2018 01:30 PM
best sangat ke mak hayam farid kamil ni nyah sampai gosip dia bukan main femes nyah?
Quote ONEK 25-1-2018 02:02 PM
Kalau dapatkan seseorang gunakan sihir/ilmu hitam camni la jadinya bila ilmu tu dah tawar
Quote ONEK 25-1-2018 02:03 PM
boleh sewel jadinya
Quote RatuDunia94 25-1-2018 03:35 PM
Kaler balik la rambut tu jd hitam..  Kena lgsung dgn muka.. Tu kot punca kurang siuman.
Quote melurporeber 25-1-2018 03:43 PM
Ferr_Remy replied at 25-1-2018 01:16 PM
Ku sangkakan Ikram yg mental, rupanya Fareed {:thief Jangan sangka air yang tenang tiada Camel yach

Hahaha sakan aku gelak!!!!
Quote lonso 25-1-2018 03:56 PM
dah tak faham jalan cerita dah... pelik sggh.....
Quote Diann 25-1-2018 04:11 PM
Lepas kejadian camni, ada lagi ke fans dia?
Quote namieamuro 25-1-2018 04:17 PM
so tinD ke punce tokrid mengdadahkan diri lantas menampar org sesuke hati? sampai terkeluar spekulasi tinD la yg plan ape yg dh jd kt tokrid
Quote kimchipedas 25-1-2018 04:52 PM
Makin complicated kes dia ni..
Quote nhao 25-1-2018 04:56 PM
iols dah lost giler dh ngan cite parit ni
Quote tomaz 25-1-2018 05:04 PM
Diann replied at 25-1-2018 04:11 PM
Lepas kejadian camni, ada lagi ke fans dia?

Berlambak okeh yg menyokong dia. Baik budak ni. Hukhuk. Last2 ada yg tuduh dd  buat konspirasi. Hebat!
Quote abangadek 25-1-2018 05:08 PM
baru nak merasa pegang title dato.. sewel pulak
Quote de_ikea 25-1-2018 05:18 PM
so motip pi bergambar depan balai polis mutiara damansara ni buat apa pulak.
hai lah farid. memacam la pulak.
Quote sherry_zaida 25-1-2018 05:21 PM
News kata laporan tu pasal kes benarkan adik dia keluar masuk rumah DD utk elak didakwa adik dia tu menceroboh. Tapi caption IG Farid ckp psl org teranaiya. Huh. Mmg benar rumahtangga ada problem tapi in denial lagi pftttt

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.191247 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top