CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sembang Kencang Pasal Aurat, Tapi Suruh Azankan Anak Pun Tak Reti - Netizen

25-1-2018 12:09 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 7205| Komen: 36|Original author: Oleh: Khair

Description: Isu doktor lelaki memeriksa kandungan dan menyambut kelahiran bayi Islam acap kali dibincangkan dan pihak bertanggung jawab telahpun memaklumkan ia merupakan situasi darurat.


Isu doktor lelaki memeriksa kandungan dan menyambut kelahiran bayi Islam acap kali dibincangkan dan pihak bertanggung jawab telahpun memaklumkan ia merupakan situasi darurat.

Doktor lelaki dibenarkan menyambut kelahiran bayi jika tiada doktor wanita lain yang mampu menyambutnya kerana ia melibatkan isu keselamatan nyawa ibu dan anak yang bakal dilahirkan. 

Baru-baru ini, Dr Ahmad Zakimi Abdullah berkongsi pengalamannya di laman Facebook(FB) mengenai kerenah seorang suami yang nekad mahukan doktor wanita meyambut kelahiran anaknya.

Menurut Dr Zakimi, lelaki terbabit mempertikaikan apabila beliau ingin memulakan pemeriksaan terhadap isterinya dan mempersoalkan di mana doktor wanita lain pada waktu itu. 


"Eh, tak ada doktor perempuan ke?" kata lelaki itu.



Lelaki itu melarang Dr Zakimi atas sebab batasan aurat dengan mengatakan "Mana boleh doktor lelaki periksa isteri saya. Doktor ni tak belajar agama ke? Kan aurat tu".

Selepas itu Dr Zakimi dengan tenang memberitahu bahawa tiada doktor wanita bertugas ketika itu dan seorang doktor lelaki dibenarkan memeriksa dan menyambut kelahiran atas dasar darurat. 



"Saya pun doktor muslim. Saya memang tak alim sangat, tapi tahu juga sikit-sikit pasal agama," balas Dr Zakimi kepada suami tersebut. 


Akhirnya, bayi berkenaan selamat dilahirkan secara normal. Sepertimana dianjurkan dalam Islam, Dr Zakimi memberikan bayi tersebut kepada bapanya untuk diazankan. 

Namun, lelaki terbabit memberi alasan tidak tahu untuk mengazankan bayi yang baru lahir itu.

"Tapi doktor, saya tak tahu sangat azan. Tak biasa. Boleh doktor azankan dan mendoakannya?" katanya.

Dr Zakimi terkejut dengan alasan tersebut, namun atas rasa tanggungjawab dia tetap mengazankan bayi tersebut seperti diminta.


Perkongsian Dr Zakimi ini bukanlah berniat untuk merendahkan maruah lelaki tersebut, sebaliknya dia sekadar ingin berkongsi pengalaman dan mengharapkan ia menjadi iktibar kepada pasangan lain.



Sembang je kencang bro ni, azan pun tak tahu. Diharap jangan ada di kalangan pembaca yang macam ni, ya? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-1-2018 12:42 PM
Sebab tu jangan terlalu sibuk nak membetulkan orang lain saja sampai lupa nak membetulkan diri sendiri dulu
Quote vanillaninja 25-1-2018 01:10 PM
Kalau memang nak doktor perempuan yang sambut, pergi la private hospital. Ni tau nak merempan je.
Quote ~boolean 25-1-2018 01:41 PM
Entahlah..hasanah sangat cerita ni bila membaca.

Memang ramai saja suami yang memilih doktor saat darurat, tapi tang isteri tak cukup kain tapi suami galak cerita tentang aurat macam sangat hasanah di fikiran aku
Quote prettyuglybabe 25-1-2018 01:45 PM
ni hasanah versi doktor pulak ke..
Quote mieymiey 25-1-2018 01:53 PM
Hahahahaha. Sekarang ni nak up cerita macam-macam pun mesti dibayangi hasanah
Quote noni165 25-1-2018 02:17 PM
tak sanggup la tu nak bg org lain tgk wife dia..xpe la..doa la slps kejadian tu dia berubah jadi manusia yg lebih baik dan mendidik anak2 pmpn dia jadi doctor o&g
Quote arm_band 25-1-2018 02:18 PM
elok doktor azankan je bapaknya tu dulu
Quote kurazs 25-1-2018 02:21 PM
Doula Douli Cikebumbum
Quote batu kikir 25-1-2018 02:36 PM
vanillaninja replied at 25-1-2018 01:10 PM
Kalau memang nak doktor perempuan yang sambut, pergi la private hospital. Ni tau nak merempan je.

Paling tinggi Hospital Kerajaan charge untuk 3rd Class - <RM50. (tanpa operation, caesar ke apa)
Kalau Hospital Swasta------mahu habis RM3,000 (kelahiran biasa). Ini ada darah tinggi, lagi banyak prosedur ----- harus mencapai RM5,000.
Mamat seluar pendek tu bukan ada duit pun.......gebang je lebih.

Quote jolijo 25-1-2018 03:01 PM
Tulah sibuk cari psl org lain tak tgk diri sendiri penuh kelemahan
Quote mdhelmi 25-1-2018 03:19 PM
xyahla nk meroyan sgt
cerita doktor tu pon blom tentu btol
mamat seluar pendek, xreti azan dan doa tu bole jadi auta je
Quote Nurul8001 25-1-2018 03:27 PM
Saya nak tanya ikhlas ni,memang wujud ke org yg melampau lampau ni, sbb saya tak pernah jumpa..

Sekeliling saya, relax2 je, bersalin kan, tak kisahla sapa yg sambut, asalkan selamat..

Cuma waktu check up la, bila ada duit lebih sikit, pergi check up kat doktor perempuan kat hospital swasta..sbb, kat swasta, mesin scan dia jelas, ada 3d 4d, tak mcm kat klinik gomen
Quote leenali 25-1-2018 03:54 PM
Nurul8001 replied at 25-1-2018 03:27 PM
Saya nak tanya ikhlas ni,memang wujud ke org yg melampau lampau ni, sbb saya tak pernah jumpa..

S ...

wujud..
and depa punya request dasat.. baik swasta or gomen

depa jugak paling kuat pumpang kat social media

basically semua pada mereka tak betul.. hanya mereka sahaja betul

cakap acah2 mat saleh tapi kdg2 sampai tak paham apa yang dia cerita

salah cakap kalu complaint sampai kat bos pulak


Quote noor2 25-1-2018 04:10 PM
Cerita versi hasanah ke ni...
Quote eyelineronfleek 25-1-2018 04:24 PM
Nurul8001 replied at 25-1-2018 03:27 PM
Saya nak tanya ikhlas ni,memang wujud ke org yg melampau lampau ni, sbb saya tak pernah jumpa..

S ...

You would be surprised at the amount of dumb and ignorant ppl that exists in this world. Confirm mmg ade org mcmni.
Quote Jorja 25-1-2018 11:28 PM
Kawan I doc lelaki selalu cek pantt perempuan.. ada pub dkt klinik dia so ramaila gro datang mc. kalau us keluar lunch dgn dia selalu takda selera katanya. Makan sikit aja.
Quote sayawifenikmie 26-1-2018 12:16 AM
ehhhh .. menyampahlak kat doktor ni .. lelaki kuat ngumpat ... ishhhhhhh .. mulut cam makcik bawang (sesuai ke penggunaan bawang di sini?)
Quote de_ikea 26-1-2018 12:42 AM
Klo ikut pandangan biasa cerita ni mcm tak logik ja. Nampak ciri hasanah juga. Tapi kkdg perangai manusia ni diluar dugaan sgt. Yg pelik2 tak terbayang dr logik akal. Sama je samada di hosp swasta atau gomen, hosp besar atau daerah. Moga diberi hidayah utk sama2 mudahkan urusan orang lain.
Quote L211 26-1-2018 03:25 AM
hahahaha aku pernah kena tegur sebab pakai baju agak terdedah kat dada kononnya dgn sorg pakcik ni pakai kopiah siap ugut nak tampar muka aku sebab baju.. entah macamana aku jumpa pakcik tu kat karaoke dgn kawan dia siap ada GRO gitu..terus aku sound 'kopiah mana pakcik, ppuan kat sebelah tu xnak ke tampar muka dia sbb kain tak cukup kat dada n paha... sian dah laa tua, munafik plak tu.." terdiam weh pakcik tu, nak marah aku tak boleh sbb aku dgn geng VIP & Polis.. huhuhuhu

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.172457 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top