CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cendol Pulut Durian 'Cheese'? - Ada 100 'Topping' Cendol Yang Anda Takkan Percaya!

26-1-2018 11:31 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10640| Komen: 21|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Cendol pulut durian 'cheese'? - ada 100 'topping' cendol yang anda takkan percaya!Bayangkan waktu tengah hari yang panas lit lit, tekak anda begitu dahaga sekali. Kemudian ada gerai cendol yang orangn ...

Cendol pulut durian 'cheese'? - ada 100 'topping' cendol yang anda takkan percaya!

Bayangkan waktu tengah hari yang panas lit lit, tekak anda begitu dahaga sekali. Kemudian ada gerai cendol yang orangnya ramai sungguh beratur begitu menggamit hati anda.

Setelah beratur tak lama pun, anda perlu memilih cendol dengan topping apa yang sesuai dengan citarasa. Dan ia bukan cendol biasa – seperti tambahan pulut dan tapai sahaja. Kali ini ada 100 pilihan cendol termasuk topping durian! Mau pitam dibuatnya.


Cendol pulut durian 'cheese'



Di kedai Rojak & Cendol Shah Alam bertempat di Medan Sri Delima, Seksyen 24, Shah Alam, anda boleh mendapatkan kesemuanya di sini.

Rupa-rupanya menu rojak dan cendol ini sudah ada sejak bertahun-tahun lagi. Lagi pula konsepnya layan diri, sesuai dengan suasana medan selera.


Lagi best ada menu raja buah sekali iaitu cendol durian. Kalau tak cukup rasa lagi, anda boleh ambil cendol pulut durian cheese. Wah! Bunyinya macam melampau, semuanya dalam semangkuk, tapi inilah menu yang menjadi bualan ramai orang hingga perlu beratur.

Tak macam sesetengah tempat yang tawarkan durian dalam bentuk sudah dilembutkan, tapi yang ini - anda akan dapat seulas atau dua ulas durian segar bersama cendol. Tak mainlah serbuk durian atau keju kan?

Ada 100 'topping' cendol yang anda takkan percaya!


Apa ‘topping’ lagi yang ada?

Dah kata 100 kan? Jadi anda boleh pilih antara bijirin 'coco crunch', jagung, coklat, aiskrim, marshmalow dan lain-lain lagi.

Harga?  
Mengikut harga pasaran buah-buahan. Boleh jadi RM15-RM20 semangkuk dengan 2 ulas durian. Jadi berbaloilah dengan setiap suapan cendol itu nanti.



Yang seronoknya, gerai ni memang rajin buat promosi seperti promosi sehari cendol durian kampong RM8 saja atau promosi cendol durian XO (isi tebal) dengan harga RM15 semangkuk besar pada hujung minggu tertentu.

Peminat durian dan peminat makanan viral pasti takkan melepaskan peluang ini, untuk menikmati cendol pulut durian cheese. - CARI

20

Bagus
23

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
28

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Oroi8887 26-1-2018 12:40 PM
Wow mcm sedap
Quote pearl.silver 26-1-2018 01:02 PM
Sampai buh marshmellow nk sgt kelainan dlm cendol dia
Quote xoxopac08 26-1-2018 03:33 PM


Quote pinkypetal 26-1-2018 04:40 PM
pearl.silver replied at 26-1-2018 05:02 AM
Sampai buh marshmellow nk sgt kelainan dlm cendol dia

Tak mampu nak bayang rasanya kan? kembang tekak
Quote greantea 26-1-2018 05:27 PM
semua benda nak di cheese kan
Quote airisa 26-1-2018 06:00 PM
haritu beli .. satu cendol durian musang king & satu lagi cendol durian xo - rm46


Quote RatuDunia94 26-1-2018 11:32 PM
Cendol + cheese? Muakknya..
Quote jolijo 27-1-2018 11:05 AM
Fuhhh gila meleleh {:laugh
Quote dubuk 27-1-2018 01:41 PM
sedapppppppppppppppppp
Quote sayawifenikmie 27-1-2018 04:02 PM
euwww ... tak selera la tengok .....
Quote missus_meow 27-1-2018 04:08 PM
org msia mabuk cheese ka?

prefer cendol ori.
Quote kikiharris 27-1-2018 04:26 PM
gula,santan,durian pon manis,cheese lagik..
no wonder muda2  ramai dah kena penyakit tiga serangkai.
Quote missDollie 27-1-2018 07:09 PM
Sama la..kembang tekak..
Quote kamilaa 28-1-2018 12:07 AM
Mak aih habeh diet
Quote pavlovachoc 28-1-2018 05:15 PM
cendol biasa pun kadang x habis ... ini kn lak ade cheese
Quote devilito2 29-1-2018 08:34 AM
airisa replied at 26-1-2018 06:00 PM
haritu beli .. satu cendol durian musang king & satu lagi cendol durian xo - rm46

wow.... berpeluh jgk nak bayar tu
Quote msdummy.2018 29-1-2018 09:47 AM
airisa replied at 26-1-2018 06:00 PM
haritu beli .. satu cendol durian musang king & satu lagi cendol durian xo - rm46

ahaaaa! saya dh agak itulah hergenya.....tiba2 dpt peniaga xjujur..letak durian biasa2 sahaja...saya cakap sebab pernah terkena...
Quote rosasen 29-1-2018 11:30 AM
pelik2 la acah hipster sgt.....xnak buh ikan keli ke dlm cendol tu?
Quote azie5zoe 29-1-2018 02:01 PM
Tetap suka makan cendol ori

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065947 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top