CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senarai Kes Manusia Maut, Akibat Terlalu Ghairah Berswafoto

26-1-2018 05:07 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 4864| Komen: 15|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Description: Tak kira di majlis mana, kebanyakan kita akan berkumpul beramai-ramai untuk mengambil gambar. Selain dari gambar berkumpulan, sudah semestinya swafoto menjadi kegilaan ramai sekarang. Namun tahuka ...
Tak kira di majlis mana, kebanyakan kita akan berkumpul beramai-ramai untuk mengambil gambar. Selain dari gambar berkumpulan, sudah semestinya swafoto menjadi kegilaan ramai sekarang. Namun tahukah anda, budaya mengambil swafoto ini jika tidak dikawal boleh membawa maut? Mari kita lihat, bagaimana aktiviti yang tidak kelihatan berbahaya ini boleh membawa maut.


Terjatuh dalam kawasan air terjun

Air Terjun Manto de la Virgen yang cantik, siapa yang taknak berswafoto kat sini kan?
Sumber: Akaun Flickr GaboTechV
Ia berlaku di Santander, Columbia di mana seorang remaja berusia 19 tahun terjatuh ketika dalam cubaan untuk mengambil swafotonya dalam kawasan air terjun Manto de la Virgen pada 11 Januari yang lalu. Keseronokan boleh bertukar menjadi tragedi kalau kita tidak berhati-hati. Kadang-kadang kalau terlampau suka, menjadikan kita lalai dan lupa tentang aspek keselamatan. 


Terkena renjatan elektrik

Walaupun tak berswafoto, jangan buat kerja bodoh pergi tempat berbahaya.
Sumber: imgur.com
Boleh hangus terbakar kalau terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi tau. Di Zagreb, Croatia seorang remaja berusia 16 tahun meninggal dunia selepas cubaan untuk mengambil swafoto di atas kereta api. Serta merta jasadnya hangus terbakar ketika belum sempat aktiviti swafoto tadi selesai pada 8 Januari yang lepas. Aduh… Sanggup ya.

Ceroboh dan jatuh

Malaysia dulu ada kes ceroboh, tapi alhamdulillah, belum ada yang jatuh lagi.
Sumber: plus.kapanlagi.com
Seorang gadis berumur 20 tahun telah terjatuh pada ketinggian 15 meter dalam kawasan yang baru dia ceroboh semata-mata untuk kelihatan hebat dalam swafotonya. Kejadian berlaku dalam kawan Empangan Malpaso di Aguascalientes, Mexico pada 25 Disember tahun lepas. Dalam Malaysia pun pernah berlaku kes ceroboh untuk berswafoto, tapi belum ada kes kemalangan jiwa dilaporkan. 

Nak tangkap kat tepi tingkap je, tapi jatuh

Lagi kes berswafoto dilaporkan meragut nyawa seorang gadis berusia 20 tahun selepas cubaan mengambil swafoto tepi tingkap rumahnya gagal. Walaupun tingkap itu hanya pada tingkat kedua rumahnya, namun kecederaan di bahagian kepala menyebabkan gadis tersebut menginggal dunia serta merta pada 12 November tahun lepas.

Jatuh dari parkir tingkat 16 hotel di Genting Highlands

Nak berswafoto kat mana-mana tak ada masalah, janji jangan abaikan faktor keselamatan
Sumber: astroawani.com
Seorang  lelaki berusia 20 tahun ditemui maut pada tingkat 7 bangunan hotel di Genting Highlands pada 16 Disember lalu. Ada sumber memberitahu yang mangsa juga dalam cubaan untuk berswafoto dan entah macam mana boleh tergelincir dan jatuh. Mendiang P. Kanesh Naidu disahkan meninggal dunia serta merta akibat cedera parah di bahagian kepala. 

Dipijak gajah untuk berswafoto

Pastikan haiwan tu jinak dahulu sebelum ajak swafoto.
Sumber: tripadvisor.co.uk
Pada 25 Julai tahun lepas, seorang lelaki telah menceroboh masuk ke Bannerghatta Biological Park di Bangalore, India. Ternyata niatnya telah disalah anggap gajah-gajah disana dan telah menyerang dengan memijaknya sehingga mati. Mungkin kerana terkejut diajak berswafoto dengan gajah liar menyebabkan gajah-gajah tadi menyerang.

Jangan Swafoto semasa memandu 
Sumber: littlegatepublishing.com
Nah… Ini baru 6 kes yang sempat dikongsikan dalam artikel ini. Sebenarnya ada banyak lagi kes-kes kematian kerana kemalangan akibat mengabaikan faktor keselamatan ketika berswafoto. Kini di Malaysia, terdapat sesetengah kawasan yang melarang pelawat untuk berswafoto atas pelbagai faktor. Kita sepatutnya menghormati peraturan itu dan seharusnya menjaga adab apabila bertamu di tempat orang. Jangan pula ada yang tangkap curi-curi dengan menceroboh, nanti kena tangkap dan tular dalam media sosial.

Sumber: tekno.tempo.co
6

Bagus
7

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 26-1-2018 05:13 PM
pprt nyer artikel.....sesetengah gbr tak ada kena mengenai dgn kes kejadian yg ditulis....
Quote greantea 26-1-2018 05:18 PM
Modngengade replied at 26-1-2018 05:13 PM
pprt nyer artikel.....sesetengah gbr tak ada kena mengenai dgn kes kejadian yg ditulis....

janji ada gambar kot. hehehehe......


Quote Modngengade 26-1-2018 05:21 PM
greantea replied at 26-1-2018 09:18 AM
janji ada gambar kot. hehehehe......

kan...pening akak.....ingatkan  cicak pun pandai  berswafoto

Quote greantea 26-1-2018 05:25 PM
Modngengade replied at 26-1-2018 05:21 PM
kan...pening akak.....ingatkan  cicak pun pandai  berswafoto


Quote Artemesiaa 26-1-2018 05:30 PM
Walau disenaraikan pun tapi jenis degil tak makan nasihat ni mana nak didengarnya
Quote dinopower2 26-1-2018 05:33 PM
Modngengade replied at 26-1-2018 05:13 PM
pprt nyer artikel.....sesetengah gbr tak ada kena mengenai dgn kes kejadian yg ditulis....

hari ni kan hr jumaat.... kompom la wrtwn cari nak balik awal okeh... tlg paham skit
Quote zorrro_03 26-1-2018 06:08 PM
Modngengade replied at 26-1-2018 05:13 PM
pprt nyer artikel.....sesetengah gbr tak ada kena mengenai dgn kes kejadian yg ditulis....

ni bukan pprt.  bodoh nama nya...  patut hempuk ramai2.  
Quote R2D2 26-1-2018 07:05 PM
CI tak perlu pun wartawan Cari
Quote moonbug 26-1-2018 09:11 PM
Point tu dah OK dah, jangan sbb nak selfie sampai mati pulak
Quote CiliPadiSedap 28-1-2018 06:24 AM
Artikel b minus terpesaong
Quote nordiana87 29-1-2018 09:29 AM
Aku ingat yg mati tu cicak. Adoii..gambar sekadar hiasan rupa nye
Quote EvieWanKenobi 29-1-2018 01:50 PM
tak pasal2 je cicak tu..
Quote miznora 29-1-2018 06:51 PM
takyah tunggu swafoto tmpt2 rare..
yg hari2 jenis mesti swafoto pun ade. kemurungan aku kalau scroll fb asyik2 muka dia
Quote Nurz1234 31-1-2018 03:24 PM
Tak perlulah selfie sampai membahayakan nyawa. Nak kasi siapa tengok pun.
Quote anony-mous 3-2-2018 02:45 AM
Pprt nya artikel. Asal penulis dri yendon kah?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.065122 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top