CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amah Mencuri: Tiada Isu Mungkir Janji Beri Ganjaran Kepada Pemberi Maklumat - Aliff Syukri

29-1-2018 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2773| Komen: 13

Description: Pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri didakwa mungkir janji dalam tawarannya sebelum ini kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubungan kecurian melibatkan bekas pekerjanya.Namun, me ...
Pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri didakwa mungkir janji dalam tawarannya sebelum ini kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubungan kecurian melibatkan bekas pekerjanya. 


Namun, memetik laporan Mstar Online, Aliff menegaskan tiada isu mungkir janji kerana beliau mempunyai bukti berbentuk rakaman video dan resit pemberian wang tunai kepada pihak yang telah menghubunginya sebelum ini.

Untuk rekod, dua bekas pekerja Aliff Syukri ditahan oleh pihak polis pada 22 Januari lalu berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada orang awam.

"Saya ada empat orang gaji, dua sudah diberkas sebelum ini dan dua yang lain pula berjaya ditangkap polis baru-baru ini.

"Duit ganjaran itu saya nak bagi pada waktu pertama kali bekas pekerja saya ditahan," katanya.

"Takkan ada empat orang gaji, saya kena bagi RM20,000 (RM5,000 seorang) pula. Saya bagi kepada individu yang terawal itu sahaja, tetapi pemberi maklumat yang terbaru ini mengugut untuk 'viral'," ujarnya.


Pun begitu, usahawan tersebut mendakwa sudah menawarkan wang saguhati kepada lelaki tersebut, namun ditolak kerana dia bertegas mahu dibayar jumlah sama dengan nilai tawaran awal yang dibuat Aliff Syukri.

Foto Carian internet
Terdahulu, mStar Online pada Sabtu melaporkan, hasrat seorang lelaki untuk membantu seorang usahawan kosmetik menjejaki bekas pekerjanya yang dipercayai mencuri wang tunai dan barang kemas bagaikan tidak dihargai apabila ahli perniagaan itu didakwa mungkir janji.

Lelaki dari Klang, Selangor yang ingin dikenali sebagai Abu itu meluahkan rasa kecewa dan marah kepada jutawan berstatus Datuk kerana bertukar fikiran sebaik sahaja kedua-dua suspek berjaya ditahan pihak polis hasil maklumatnya. - CARI 

8

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Iema5008 29-1-2018 11:05 AM
Bajet bgus je budak alif ni.. tetiap hari mmnjang je controversi sna sini..
Quote Arry 29-1-2018 11:37 AM
duit banyak pun kedekkk
Quote nisako 29-1-2018 11:40 AM
nasib ko la....................suka cari publicity sgt
Quote sranua 29-1-2018 12:24 PM
Alah bukan habis duit tu pun. Orang dah buat kerja, bayar je lah. Tak rugi buat baik.
Quote dinopower2 29-1-2018 12:26 PM
la dah kaya sgt kan... byr jelah..... riak ya amat
Quote Artemesiaa 29-1-2018 12:34 PM
Sebab jangan segala benda nak diviralkan pada umum sendiri juga yang nak kena menjawab nanti
Quote ultra78 29-1-2018 12:57 PM
Next time jangan bagitahu berapa jumlah.
Quote gekkou 29-1-2018 03:07 PM
lain kali bagi tahu siap2 bayaran hanya untuk pemberi maklumat terawal
Quote Modngengade 29-1-2018 03:11 PM
fonen mmg suka ckp korner2 dekk  mcm kaka  @FOTHER-MUCKER
Quote sukacactus 29-1-2018 03:52 PM
Duit dia dah byk abis beli condo kat pavillion
Ntah le dia propa ke idok, 5 juta katanya
Quote DollahRepek 29-1-2018 04:36 PM
Mamat nie memang suka propa jer ker?
Quote idakamaruddin 29-1-2018 04:42 PM
bgtau jumlah sbb nk bg org dgr mcm byk n org akan  tlg cari n bg info

patut letak disclaimer  (tertakluk pada terma dan syarat)

Quote L_Z 30-1-2018 06:48 PM
Dak Abu... Apa Kata ko sumpah ja pondan ni jadi muflis atau cacat mcm rozita mak dia tu.. Sebab mulut mak dia pon hazab gak dedulu suka cerca Dan caci exlaki

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.091908 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top