Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Gemar Makanan Mentah, Lelaki Ini Secara Tidak Sengaja Ternak Cacing Pita 2.8 Meter!

30-1-2018 12:29 PM|Oleh Amiey| Komen: 8

Anda gemar memakan makanan yang mentah atau separuh masak? Tahukah anda makanan mentah berkemungkinan besar mempunyai parasit atau cacing di dalamnya? 

Sebagai contoh, Sushi atau Sashimi. Walaupun sedap dimakan mentah, namun tanpa sedar anda mungkin termakan parasit yang terdapat di dalamnya.  

Gambar Hiasan

Baru-baru ini sebuah akhbar Singapura, Straits Times telah melaporkan kejadian yang menimpa seroang lelaki yang dikatakan telah membela cacing pita sepanjang 2.8m dalam tubuhnya tanpa dia sedari.

Lelaki Ini Secara Tidak Sengaja Menternak Cacing Pita Sepanjang 2.8 Meter Gara-Gara Gemar Makanan Mentah! (Sumber: Straits Times)

Dia tidak pernah menyedari akan hal itu kerana selama ini tiada sebarang simptom yang menunjukkan badahnya mempunyai parasit sepanjang itu.

Dalam imej yang ditangkap oleh Jabatan Mikrobiologi Hospital Umum Singapura (SGH), cacing itu dikatakan mempunyai panjang sekurang-kurangnya 1.5 kali lebih daripada tinggi pesakit itu.

Seorang pakar penyakit berjangkit, Hsu Li Yang berkata kes yang berlaku pada tahun 2016 itu terjadi kerana lelaki itu terlalu kerap memakan makanan laut mentah atau kurang masak. 

Gambar Hiasan

Selepas pemeriksaan terperinci dilakukan, Jabatan Mikrobiologi SGH mengatakan bahawa cacing pita sepanjang 2.8m itu mungkin berasal daripada ikan air tawar mentah atau yang kurang masak.

Adalah tidak mudah untuk mengesan parasit yang ada di dalam ikan menggunakan mata kasar dan biasanya tetapi pembuat sushi yang berpengalaman dan pembekal ikan yang mampu mengesan parasit tersebut.

Walau bagaimanapun, doktor mengatakan bahawa mereka yang gemar menikmati sashimi atau salmon mentah tidak perlu bimbang tentang penggunaan bahan mentah itu dalam hidangan mereka.

Gambar Hiasan

Sebelum ini,pernah dilaporkan pada bulan Januari lalu apabila seorang lelaki berusia 30 tahun di Amerika Syarikat dikatakan mempunyai cacing pita sepanjang 1.6m dalam perutnya kerana dia dikatakan menikmati salmon sashimi hampir setiap hari.

Apa pun, tidak salah untuk menikmati makanan laut mentah namun berpada-padalah dan hadkan pengambilannya. Sebaiknya makanlah makanan yang dimasak secara sempurna sebelum anda menikmatinya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
4
Komen: 8
Komen

Previous : Peruvian Lodge, Penginapan Tergantung Pertama Di Dunia! Yang Gayat, Lupakan Je Nak Cuba

Next       : Isteri Pak Arab Terdesak, Hantar Sendiri Mesej Cerai Guna Telefon Bimbit Suami

Komen Terbaru

Quote Rainsack 31-1-2018 11:46 PM
Gelinye eeeee

Lain-lain Komen

Quote MsKathryn 30-1-2018 12:42 PM
I pun suka sushi tp xde la nak mkn setiap hari... mkn bila teringin je



Quote raihaneem 30-1-2018 12:46 PM
Tk sanggup tgk gambaq..geli..terbayan-bayangg
Quote Artemesiaa 30-1-2018 01:18 PM
Memang tak berapa gemar makan makanan mentah bimbang kes sebegini.  Satu lagi kalau suka makan salad pun kena pastikan ia dah betul2 dibersihkan sebelum makan.  Sebab tu omputih suka makan makanan sebegitu bersama cuka.
Quote Jorja 30-1-2018 01:31 PM
Padan muka. Orang pra sejarah pun pandai masak makanan la ni ada hati nak makan raW
Quote skystrike 30-1-2018 03:53 PM
sebab tu bila orang jepun makan sushi & sashimi diorang letak sikit wasabi....sebab wasabi ni wlaupon sangat pedas dia boleh bunuh kuman, bakteria, cacing, parasit kat ikan2 mentah ni...
Quote Burong_Hantuk 30-1-2018 03:54 PM
geli betol
Quote Siputjelly 30-1-2018 08:46 PM
i suka makan sashimi tapi once a year i memang akan makan ubat cacing.
Quote Rainsack 31-1-2018 11:46 PM
Gelinye eeeee

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.179759s Gzip On
To Top