CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bercinta Dengan Artis? Saya Kini Lebih Berjaga-Jaga

30-1-2018 03:37 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 16910| Komen: 84|Original author: Oleh: Suzy

Description: Gagal bercinta sekali tidak bermakna perlu serik. Adat bercinta ada yang kekal, ada yang putus di tengah jalan. Artis pun ada hati dan perasaan tidak lari daripada alam percintaan. Pelakon cantik dan ...

Gagal bercinta sekali tidak bermakna perlu serik. Adat bercinta ada yang kekal, ada yang putus di tengah jalan. Artis pun ada hati dan perasaan tidak lari daripada alam percintaan. 

Pelakon cantik dan putih mulus ini antara pelakon yang sering menjadi tumpuan. Mempunyai wajah yang jelita, Nelydia Senrose antara artis wanita yang menjadi dambaan lelaki. 

Maka tidak hairanlah kisah cinta pelakon ini sentiasa menjadi perhatian. Mana taknya, orang cantik mestilah ramai peminat. Umum tahu mengenai hubungan cintanya bersama pengacara Qi Razali terputus di tengah jalan. Dan kini bekas kekasihnya itu sedang bahagia bersama pasangannya.


Manakala kisah cinta Nelydia sunyi tanpa berita. Lebih mesra disapa dengan nama panggilan Nely, baginya soal jodoh dia hanya berserah pada suratan takdir. 

“Nely tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan umur untuk berkahwin. Ini kerana Nely percaya berkahwin dan jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Nely berserah kepada takdir dan dalam masa yang sama Nely tidak pernah sesekali menutup hati untuk mana-mana lelaki yang mengetuk pintu hati Nely. Bila sudah sampai masanya, insya-Allah ia akan berlaku.”

Tambah Nely lagi, dia tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun kali ini dia akan lebih berhati-hati.

“Nely tidak menetapkan untuk bercinta dengan artis atau sesiapa pun. Serik itu tidak tapi Nely lebih berjaga-jaga untuk mempunyai hubungan dengan artis lelaki agar tidak dilukai lagi. Hati saya masih terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.”

Menurut Nely, si dia perlulah mempunyai kriteria tertentu untuk dijadikan pilihan hati. 

“Kriteria lelaki yang menjadi pilihan Nely mestilah menghormati keluarga Nely, matang, berjaya dalam hidup agar dia dapat membimbing Nely ke arah kejayaan. Lebih penting dia seorang yang merendah diri dan ada kekuatan agama.” 


10

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shanew3stga1z 30-1-2018 03:38 PM
dia putus ngn qi dlu pasai apa ek ?
Quote nordiana87 30-1-2018 03:56 PM
Aku suka die. Lawa sgt.
Quote rosaya 30-1-2018 03:56 PM
Kadang2 pelik dgn netizen apa kau kalut sgt artis nak kawen ke takkkkk...
Quote beeeee 30-1-2018 04:06 PM
Lawa gila hokehhhhh complete!
Quote shiedafaizal 30-1-2018 04:12 PM
cantik la dia ni..tambah dlm citer yg dgn farid kamil tu..masa vid iklan dia pakai dress biru tu..cantik sgt...
Quote aleesyasofia 30-1-2018 04:15 PM
iolss suka dgn lakonan sheolss.. dh la cntk.. msh muda lg.. xpe.. relax jer dlu..
Quote Burong_Hantuk 30-1-2018 04:16 PM
lawa betol neldia nih.
Quote aciklola 30-1-2018 04:22 PM
lawa & pandai berlakon. memang pakej
Quote puteribaya 30-1-2018 04:25 PM

meols pun suka..gebu gebas..lawa,bbakat..x yah la kawin retis..tangkaplah jantan yg helok..mcm Ummi nazira tu ke..yg jamin masa depan dan anak2..kalu kawin retis jugak,,cari yg pandai cari bekalan masa depan..chehh ye ye meols advise mcm Nelly adik angkat meols lakk
Quote tomaz 30-1-2018 04:27 PM
Moga dapat hidayah #acikbawang #the11thhour
Quote Incanto 30-1-2018 04:51 PM
memang cantik sgt  Nely dan tak gedik
harap dapat lah pasangan yg best
tapi since dia muda lagi boleh relax and take yr time
Quote fleurdelis 30-1-2018 05:05 PM
Takpe Nely muda lagi. Cantik pulak tu. Cari lah orang yang ada masa depan. Jgn dengar cakap acik2 bawang suruh kawen retis. Nely berlakon pun best. Sekarang tengok LKC sebab Nely je. Gila2 watak dia
Quote beeeee 30-1-2018 05:05 PM
Ada org speku sheolls dgn jejai? Siyes ahh
Quote ira_229 30-1-2018 05:09 PM
rosaya replied at 30-1-2018 03:56 PM
Kadang2 pelik dgn netizen apa kau kalut sgt artis nak kawen ke takkkkk...

betul...iol setuju...sibuk artis bila nak kawin? bila nak ada anak? bila nak bercerai ntah2 diri sendiri andartu...
Quote mesmerize 30-1-2018 06:35 PM
semalam tengok LKC kat astro ria tu, sheols pakai bedak sejuk penuh satu muka pun takleh sorok kelawaan dia. mmg lawa bebetul.
Quote JeepersCreepers 30-1-2018 06:38 PM
mesmerize replied at 30-1-2018 06:35 PM
semalam tengok LKC kat astro ria tu, sheols pakai bedak sejuk penuh satu muka pun takleh sorok kelaw ...

Smlm mak iols tengah tengok cite ni..iols lalu je x join tengok sbb nak kluar. Dah knp watak Nely ni dressing mcm clown? Cer cite
Quote rosaya 30-1-2018 06:39 PM
ira_229 replied at 30-1-2018 05:09 PM
betul...iol setuju...sibuk artis bila nak kawin? bila nak ada anak? bila nak bercerai  ntah2  ...

Kan sis. Artis pon ada plan dia sendiri. Hahahha kang amek laki orang meroyan semusim.
Quote caplimau 30-1-2018 06:40 PM
bagus la tu, makin tua makin matang..
jangan jadi mcm kak hang asik tukar2 boipren jah..
Quote mesmerize 30-1-2018 06:40 PM
JeepersCreepers replied at 30-1-2018 06:38 PM
Smlm mak iols tengah tengok cite ni..iols lalu je x join tengok sbb nak kluar. Dah knp watak Nely  ...

sebab dia memberontak ngan ayah dia
ayah dia tak penah sayang dia sejak kecik..  kes macam anak bawa sial ke apa tah
tapi rasanya lepas kawen ngan tg ryan slowly dia stop jadi clown dah

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.113140 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top