CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Buat Roti Sendiri, 'Campak-campak' Guna 7 Bahan Saja!

5-2-2018 10:08 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 6470| Komen: 3|Original author: Oleh: Zailina

Description: Ramai gemar menjadikan roti sebagai sarapan mahupun dijadikan bekal untuk dibawa ke pejabat atau ke sekolah. Ada yang dimakan begitu sahaja dan ada juga mencecah roti dengan sup atau kari.
Ramai gemar menjadikan roti sebagai sarapan mahupun dijadikan bekal untuk dibawa ke pejabat atau ke sekolah. Ada yang dimakan begitu sahaja dan ada juga mencecah roti dengan sup atau kari. 


Ada pelbagai variasi olahan makanan daripada roti yang juga mudah dibawa ke mana sahaja terutama ketika berjalan jauh. Jadi, tak risau soal makanan lagi! Tak susah nak buat roti sebenarnya. Jom tengok resipinya.


Foto: Dapur Ocha

Resepi 'Lof Yis' ini tak perlu diuli langsung! Hanya perlu diperap sehingga doh kembang dua kali ganda daripada asal. Yang penting, semua bahan senang didapati. Murah pula jika dibuat sendiri. Lagipun, boleh ubahsuai mengikut cita rasa kita. Jika mahu buat lof coklat, boleh kurangkan 3 sudu besar tepung dan tambah dengan 3 sudu besar serbuk koko. Nak letak kismis, ceri atau kekacang pun boleh.



Yis adalah bahan terpenting dalam membuat roti.
Foto: thebalance

Bahan paling penting bila buat roti tentulah yis. Yis ada dua jenis iaitu jenis basah yang perlu diletak dalam peti sejuk sepanjang masa dan yis kering yang djual di dalam paket. Kalau nak buat roti dengan cepat, kena guna yis segera. Pastikan tarikh luputnya sebab yis yang tak aktif takkan mengembangkan adunan roti. 

Kalau resipi lain di mana yis dicampur terus ke dalam tepung, pastikan yis tak menyentuh garam. Ini kerana yis akan 'mati' kalau terkena garam. Jadi, garam mesti digaul sebati dengan tepung baru masukkan yis.


Bahan asas, guna minyak kelapa atau jenis lain pun boleh.

Setiap kali membakar adunan kek, biskut atau roti, ketuhar mesti dipanaskan sekurang-kurangnya 10-15 minit. Jika ketuhar jenis yang ada kipas, suhu yang disarankan oleh resipi perlu diturunkan sebanyak 20 darjah Celsius. Ada ketuhar yang ada elemen memanas di atas dan di bawah. Harus diperhatikan ketika membakar kerana bahagian atas akan mudah hangus. Jadi, anda perlu tutup longgar dengan kertas aluminium. 


Resipi sama boleh dipelbagaikan dengan mengguna tepung berbeza, bijirin atau serbuk koko
Foto: athensbaking

Adunan roti biasa mesti diuli kemudian dibiar kembang. Selepas itu diuli semula ke bentuk asal dan dibentuk ikut suka. Kemudian, dibiar kembang lagi sebelum dibakar. Berbanding dengan proses yang renyah roti biasa, resipi Lof Yis ini adalah jawapan kepada impian anda untuk membuat roti yang mudah dan cepat. Adunannya lembik jadi gunakan tin lof atau tin biasa. Oleh kerana ia akan mengembang, pastikan ruang mencukupi. Jika tidak, adunan akan melimpah keluar.


Dapatkan 25 resipi foto dalam buku berharga RM5 ini. Berbaloi!


Hasil Lof Yis yang gebu dan memang sedap.


Lof Yis
¾ cawan susu suam 
3.5g (1/2 sudu besar) yis segera 
1 biji telur 
2 sudu besar minyak 
1½ + 1/8 cawan tepung gandum 
2 sudu besar gula kastor 
½ sudu kecil garam 
2-3 sudu besar badam cincang (jika suka)

Cara Membuat 
1.  Pukul susu, yis, telur dan minyak sehingga sebati. 
2.  Satukan tepung, gula dan garam di dalam mangkuk besar. 
3.  Masukkan campuran yis, kacau sehingga sebati. 
4.  Tuangkan ke dalam tin lof yang sudah dilengser. 
5.  Tutup dan biarkan doh di tempat hangat selama 30 minit atau sehingga doh naik menjadi dua kali ganda dari saiz asalnya. 
6. Taburkan badam cincang. Bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit atau sehingga keemasan.


Bila lagi nak cuba buat roti sendiri, kan? Yang penting kita tahu ia tiada bahan pengawet dan khasiatnya terjamin. Jom cuba! - CARI

10

Bagus

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ipo 5-2-2018 04:21 PM
Sedapnya...dah beli semua bahan roti. Buat je belum lagi..
Quote Jorja 5-2-2018 07:02 PM
Susah susah aja.. elok beli bread maker
Quote WhiskeyScotch 5-2-2018 10:56 PM
Oh senang je ni nak buat. Thank you for the recipe.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.261047 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top