Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Siapa Tahu Pisang Mentah Lebih Berkhasiat Berbanding Pisang Masak? Baca Ini!

2-2-2018 10:28 AM|Oleh: Norlili| Komen: 10

Jarang antara kita suka makan pisang mentah, kan? Selalunya, jika dibuat pisang goreng tak pun pengat barulah berselera. Rasanya mungkin sedikit kelat dan pahit jika dimakan begitu sahaja. Tapi, selalunya yang pahit dan kelat itu menjadi ubat bak kata orang tua-tua, kan? 


Foto: doktorsehat.com

Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya kandungan gizi dan nutrisi dalam pisang mentah adalah lebih tinggi berbanding pisang masak. Biar betul? Boleh jadi, macam makan ulam mentah-mentah lebih banyak khasiat daripada dimasak lemak. 


Foto: freshplaza.com

Menurut Laman boldsky.com, makan pisang mentah dapat menstabilkan tekanan darah kerana di dalamnya mengandungi kalium yang tinggi. Kalium diperlukan tubuh untuk menstabilkan dan menurunkan tekanan darah tinggi. 


Foto: Medium

Kalau jenis susah nak membuang air besar, eloklah ambil pisang mentah untuk melancarkan proses pembuangan. Sebabnya, serat dalam pisang mentah boleh mencegah kembung perut dan sembelit. 


Foto: babycenter

Perasan atau tidak, petua orang dulu-dulu, kalau cirit-birit mesti akan minum teh kelat tanpa gula. Rasanya yang kelat seakan pisang mentah memberi khasiat untuk merawat cirit-birit. 

Kalau jenis yang badan sihat dan stabil, boleh juga makan pisang mentah untuk menstabilkan metabolisme badan. Hanya sekadar untuk menjaga kekebalan tubuh. Oh, macam vitamin tambahan lah, kan?

Ada yang nak makan pisang mentah lepas ini? Kalau kelat sangat, boleh pelbagaikan menu supaya rasanya sedap sikit. Semoga bermanfaat, ya! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
32
Terkejut
3
Sedih
23
Lawak
20
Bosan
11
Komen: 10
Komen

Previous : Perhatian! 10 Kesalahan Burukkan Lagi Keadaan Semasa Pertolongan Cemas..

Next       : Wajib Tahu! 6 Punca Lain Penyebab Sakit Hati Selain Dari Pengambilan Alkohol..

Komen Terbaru

Quote beeeee 22-2-2018 05:32 PM
cekodok jela hujan hujan ni buat cemilan

Lain-lain Komen

Quote haryatie 2-2-2018 11:25 AM
suka jerkkk..
selain pisang, betik pun selalu makan..
dlm seminggu mesti mkn buah2 ni..
Quote CardiGans85 2-2-2018 11:50 AM
Sedapnya pisang emas mentah msk lemak.........
Quote Artemesiaa 2-2-2018 12:55 PM
Betul tu pisang mentah masak memang sedap rasanya
Quote whitePoison 2-2-2018 05:28 PM
pisang lemak manis sedap.. kecil tak muak bila makan
Quote jazaa100 3-2-2018 11:25 PM
CardiGans85 replied at 2-2-2018 11:50 AM
Sedapnya pisang emas mentah msk lemak.........

pisang emas muda ke?

Quote CardiGans85 3-2-2018 11:42 PM
jazaa100 replied at 3-2-2018 11:25 PM
pisang emas muda ke?

Haah..yg muda. Yg msh hijau tu
Quote jazaa100 4-2-2018 01:07 AM
CardiGans85 replied at 3-2-2018 11:42 PM
Haah..yg muda. Yg msh hijau tu

Ooo...nak cuba lah...
Selalu pisang emas, aku suka goreng....sedap.

Quote CiliPadiSedap 4-2-2018 10:43 AM
Pisang mentah akak bg ahchong je ( monkey magic cari forum)
Quote biozipstar 22-2-2018 04:57 PM
sedapnya kerepek pisang yg mak aku buat... guna pisang nangka
Quote beeeee 22-2-2018 05:32 PM
cekodok jela hujan hujan ni buat cemilan

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.074913s Gzip On
To Top