CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makanan Malaysia Yang Ini, Ada Yang Tak Lalu Makan! Pelik, Tapi Tak Sangka Sedap

2-2-2018 12:37 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 9379| Komen: 27|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Description: Malaysia cukup terkenal kerana keunikan pelbagai kaum yang ada, termasuk juga makanan yang sentiasa menarik perhatian ramai terutama sekali pelancong.
Malaysia cukup terkenal kerana keunikan pelbagai kaum yang ada, termasuk juga makanan yang sentiasa menarik perhatian ramai terutama sekali pelancong.

Jadi tidak hairan jika di Malaysia juga terdapat makanan pelik yang menjadi juadah kebanyakan rakyatnya kerana keenakannya. Mungkin kali pertama anda lihat rasa tidak lalu nak makan. Namun bila dah rasa makanan tersebut mesti nak makan lagi.

Di sini kami ingin senaraikan enam makanan pelik yang ada di Malaysia tetapi menjadi pilihan ramai kerana dikatakan sedap seperti ditulis di laman Butterkicap.

Anda jangan risau kerana makanan yang disenaraikan ini bukanlah kategori yang terlalu ekstrem hingga anda tak larat nak tengoknya. Jadi ini senarainya:

1) Sup Torpedo 

Foto - Food Ranger

Namanya pun dah cukup mengerikan. Torpedo? Adakah dihidangkan bom? Jawapan dia bukan. Sup Torpedo ini adalah sup yang menggunakan zakar lembu.

Kebanyakan sup ini dihidangkan di kedai mamak, tetapi masih ramai  rakyat Malaysia di luar sana tidak tahu mengenai Sup Torpedo ini. 

Berdasarkan cerita mereka yang selalu makan sup ini, Sup Torpedo dikatakan mampu meningkatkan kesihatan lelaki agar lebih 'bertahan lama'. Jadi bagi yang ingin tahan lama, bolehlah ke kedai mamak cari sup ini untuk dicuba.

2) Kaki Ayam

Foto - Butterkicap
Bagi pengemar makanan ini pasti bagi mereka tiada apa yang pelik mengenai kaki ayam ini. Namun anda harus tahu bahawa ada juga individu yang tidak memakannya kerana menganggap ia sesuatu yang aneh.

Kaki ayam kalau kena cara masaknya pasti bertambah selera anda memakannya. Antara masakan kaki ayam yang sering menjadi pilihan adalah sup serta kerabu.

Ada yang berkata bahawa kaki ayam ini mempunyai khasiatnya tersendiri iaitu boleh  memulihkan sendi tulang yang kian rapuh.

3) Belalang Goreng Beras

Foto - dn-novita.blogspot.my
Dahulu zaman nenek moyang kita belalang goreng bukanlah makanan yang pelik bagi mereka tetapi dek arus pembangunan makanan ini semakin dilupakan.

Gorengan belalang ini antara juadah yang amat terkenal di Kelantan terutamanya di Bachok. Mana tidaknya kerangupan setiap belalang tersebut pasti menyebabkan anda memakannya tanpa henti.

Anda tak perlu berasa was-was kerana belalang goreng ini enak dimakan terutamanya bila ditambah daun kari bagi memberi rasa pedas. Setiap gigitan rangup yang anda makan adalah berbaloi. 

4. Beronok

Foto - langkawihomestay.net
Tiada apa yang lebih menggelikan bagi sesetengah orang apabila makan makanan mentah. Kalau di Sarawak Ulat Sagu atau Mulong cukup popular dikalangan penduduknya terutama sekali kaum Melanau.

Tetapi tahukah anda di Langkawi terdapat sejenis kehidupan laut dikenali sebagai Beronok? Beronok ini hidup di kawasan pantai yang berselut.

Hidupan laut ini dikatakan enak dimakan mentah atau dibuat kerabu dikalangan komuniti Melayu di Langkawi. Nak sedap lagi mereka cakap boleh makan dengan nasi panas. 

Jadi kalau anda bercuti ke Langkawi bolehlah cuba Beronok untuk merasai keenakan makanan pelik ini.

5. Hinava

Foto - peppers-love.blogspot.my
Ini adalah satu lagi makanan mentah yang berasal dari hidupan laut dan hidangan ini dipanggil Hinava dan cukup terkenal di Sabah.

Merupakan makanan  Orang Asli Kadazan Dusun, Hinava dikategorikan sebagai salad yang dimakan bersama ikan mentah diperap dalam jus limau.

Sama seperti Beronok, Hinava juga sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas atau dimakan begitu sahaja. Awas makanan ini sedikit masam jadi pasti muka akan berkerut bila menikmatinya. 

6. Sambal Strawberi Ikan Masin

Foto -  charmingpastel.blogspot.my
Kita tahu bahawa buah strawberi biasanya dijadikan sebagai jem. Tetapi berlainan di Cameron Highland buah strawberi dijadikan sebagai sambal tumis tak cukup dari itu ditambah ikan masin.

Pelik bukan bagi yang pertama kali dengar dan tak pernah makan makanan ini. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana rasanya bila rasa pedas dicampur dengan manis dan masam strawberi dan kemudian ada pulak rasa masin dari ikan masin.

Jangan khuatir kerana campuran semua rasa ini menjadikan makanan pelik ini sangat sedap. Bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih malah sambal strawberry ikan masin ini juga boleh disapu dengan roti.

Jadi itulah enam makanan pelik yang ada di Malaysia tetapi mempunyai rasanya yang enak. Jika ada yang anda belum rasa bolehlah cuba carinya. Selamat mencuba. -CARI
13

Bagus
16

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 2-2-2018 12:43 PM
Sambal strawberry x sedap ditekak iols
Quote aleesyasofia 2-2-2018 12:49 PM
iolss tak prnh mkn kaki ayam.. ada skali tue beli nasi kukus dpt skali dgn kaki ayam pedal sgala tue.. sje cuba kaki ayam.. sdap jgk..
Quote pearl.silver 2-2-2018 01:21 PM
aleesyasofia: iolss tak prnh mkn kaki ayam.. ada skali tue beli nasi kukus dpt skali dgn kaki ayam pedal sgala tue.. sje cuba kaki ayam.. sdap jgk..


Klu kaki ayam yg dah empuk tu sedap sangat2
Tp ada org x mkn kaki ayam, nampak ada kaki dlm periuk je pun dia xmau mkn dah lauk tu..
Berbulu je rasa jumpa org camni
Quote shernazz 2-2-2018 02:05 PM
Kaki ayamntunkalau kulitnya lembut..iols mkn la
Hanya kerabu kaki ayam ja iols blehntelan
Quote msdummy.2018 2-2-2018 05:21 PM
hoh....num 4 & 5 tuh pernah dengar...yg lain2 khususnya num 1 tuh xpernah dengar...mender tuh????
Quote meisapoya 2-2-2018 09:03 PM
Kerabu kaki ayam {:childlike
Quote Victorioussss 2-2-2018 09:37 PM
Rekemended makan sup torpedo sebelum melangkah masuk ke rumah urut bukit bintang
Quote Bantalkuning 2-2-2018 10:29 PM
Teringin nak rasa bronok tu.. Kawan cakap sedap rasa mcm sotong sikit
Quote RatuDunia94 2-2-2018 10:54 PM
Kaki ayam tu dulu masa kecik2 iols suka makan. To dh dewasa ni x suka pulak..
Quote EncikRhoma 3-2-2018 11:57 AM
wartawan cari bukak thread mmang saja nak promot sambal strawbery abang ke?
Quote zasrfikri 4-2-2018 02:54 PM
Semua tak sedap.
Quote abangadek 4-2-2018 03:09 PM
bronok tu org buat kerabu kan
Quote Margarita 5-2-2018 06:51 AM
Sambal strawberry tu tak sedap lah pd saya
Quote izzat1987 5-2-2018 07:38 AM
Menurut hadis organ binatang tak elok dimakan kerana mempunyai kandungan toksik tinggi. Ulat sagu tak boleh dimakan kerana beracun atau bertoksik lama2 boleh bahayakan tubuh badan.
Quote supernaturalee 5-2-2018 02:06 PM
makan zakar?


Quote supernaturalee 5-2-2018 02:08 PM
dlm bnyk2 kt ats ni
no 5 je pnh mkn
sedap jgk
ala2 sushi
Quote uori 5-2-2018 03:01 PM
hinava sedapppppppppppppp!!
Quote biozipstar 5-2-2018 08:44 PM
geli betol zakar lembu itew.. mcm ulat tu pun...
Quote WhiskeyScotch 5-2-2018 10:57 PM
Based on the list, satu pun I tak selera nak makan.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061957 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top